Tuesday, November 11, 2008

~Secara jujurnya saya memohon maaf~

Mungkin ada antara kamu yang mungkin marah dengan penulisan saya. Ketakpuasan hati takkan pernah lekang dari benak manusia. Biasalah tu dah tentu manusia tiada yang sempurna. Terkadang tak berniat untuk memikirkan hal-hal itu secara terus dan tak ada niat juga untuk menyinggung perasaan sesiapa. Mungkin dengan penulisan ini membuat saya faham waktu saya merasa marah, sedih dan gembira. Saya akan baca semula dan saya akan memikirkan apakah betul perkara yang saya lakukan itu, jika silap mungkin saya akan perbetulkan. Mungkin satu-satu entri yang saya buat adalah berkenaan dari kisah kehidupan saya dan mungkin juga tidak sama sekali. Dan sudah tentu satu-satu entri saya maksudkan tak tertumpu kepada seseorang saja mungkin ia tertumpu kepada semua atau kelompok yang berkaitan dengan permasalahan atau cerita itu. Seperti tulisan saya didalam entri sebelum ini iaitu Segmen Belajar Berfikir #1 tentang pendapat saya pada sesuatu perkara yang kita lakukan selama hidup ni adalah perkara yang sama saja dan mungkin membuatkan ia berlainan adalah disebabkan situasi, manusia dan cara.

Mungkin dalam satu-satu situasi yang saya ceritakan atau permasalahan sesuatu perkara ada berkaitan mungkin kamu,kamu dan kamu yang lain. Tetapi dalam satu-satu situasi yang saya ceritakan itu mungkin situasi yang sama ,cuma yang membezakannya ialah manusia dan cara. Jika ada diantara penulisan saya sepertinya berkaitan dengan kamu dan kamu kamu diluar sana saya memohon maaf jika ada yang merasakan sesuatu yang saya lakukan itu menganggu hari-hari hidup kamu. Manusia tak semestinya betul keseluruhannya mungkin ada silap saya sehingga ada yang beranggapan apa yang saya tulis itu agak keterlaluan. Tetapi didalam blog ini saya cuma mahu mencari satu jalan untuk saya melatih pemikiran saya agar boleh berfikir dengan aktif dengan harapan, apa yang saya lakukan mampu mengubah persepsi saya dalam satu-satu masalah yang saya hadapi.

Belajar dari kesilapan mampu membuat kita melangkah dengan lebih baik betul tak?

3 comments:

Madu Warna Biru said...

oh sorry la ye . tak de niat pun
=D

ultramantarojuga said...

ya btol,,,
mne ad mnusia yg xbuat jhat+slah,,,

klo ad yg kter xder,mnipu la 2,,
ntah2 die yg bnyk dose

Madu Warna Biru said...

ha tulah.. kadang-kadang nak menulis pun susah.. terpaksa pilih ayat yang bagus2 untuk dijadikan isi penulisan...

bila nak menulis terasa dikongkong.. cuba kita terbuka bila orang cakap pasal kita jangan cepat melenting dan cuba cari benar atau tak kesalahan yang kita buat sama atau tak dengan isi yang di paparkan. bila tak salah baru kita akan jelaskan macam entry sebelum ni yang saya buat tentang elok atau tak berdiam diri tuh dalam segmen belajar berfikir 3.

kan?