Terlalu banyak yang saya fikirkan buat masa ni. Ini adalah entry saya yang ketiga untuk pagi ni. Saya resah kalau tak dapat jawapannya. Dan saya senang sekali mahu bertanyakan kamu jika kamu ada pemikiran yang sejak kebelakangan ini terlalu merunsingkan dan membuat saya resah setiap kali.
Kamu sendiri tahu pemikiran kita sekarang seolah disekat dan macam-macam agenda yang dibuat untuk menyekat pemikiran kita agar kita hanya tahu mengikut apa yang ditunjuk. Seolah mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk melahirkan pemikir yang kreatif dan kritikal sengaja diendahkan agar mereka peroleh kuasa untuk segalanya. Mereka rasa dengan melakukan perkara itu mereka tidak akan risau kuasa yang mereka peroleh sekarang ni tidak akan dirampas oleh orang lain. Macam-macam kita dengar dan lihat tentang kebodohan yang kita sendiri tunjukkan mengikut kata dan hanya membiarkan situasi itu berpanjangan tanpa ada sesiapa yang sanggup mengubah agar situasi tersebut didalam keadaan yang lebih baik. Mungkin ramai antara kita takut dan telah terperangkap dalam perancangan-perancangan yang tak masuk akal dengan sengaja meracun fikiran kita supaya kita hanya tahu berdiam diri.
Mungkin kamu juga akan kata tak semua manusia yang boleh terperangkap dalam perancangan yang tak masuk akal itu. Jika benar kenapa mereka-mereka yang berfikiran terbuka dan pemikir yang mampu mengubah dunia tidak tampil memberanikan diri membuat sesuatu perancangan dalam senyap tanpa diketahui mana-mana pihak agar situasi yang buruk itu akan menjadi sesuatu yang mengejutkan. Mungkin benar manusia hanya tahu berkata-kata dari melakukannya. Berhasad dengki dan mementingkan diri adalah sifat yang tidak mampu kita pisahkan dari dalam naluri manusia. Sifat-sifat itu takkan mampu membuat kita berani sebab kita hanya tahu untuk menyelamatkan diri. apa kata kalau kita pisahkan naluri dengan sifat itu bolehkan?
Mungkin saya akan beri contoh disini tetapi tidak menunjukkan mana-mana perkara. Tetapi kamu haruslah berfikir apakah situasi ini benar-benar berkaitan dengan yang lain. dan bagi pendapat saya sesuatu perkara yang kita lakukan selama hidup ni adalah perkara yang sama saja dan mungkin membuatkan ia berlainan adalah disebabkan situasi, manusia dan cara. Biasanya pemikiran kita mengatakan masalah itu terlalu banyak, tahukah kamu bahawa masalah yang banyak itu mungkin mengikut konteks isinya berkemungkinan hanya 2 masalah saja. Dan biasanya masalah itu berulang-ulang dalam hidup kita mengikut perkara yang saya berikan tadi iaitu situasi, manusia dan cara yang berlainan.
Contoh:
a)Masa kamu disekolah menengah kamu bercinta dengan A dan A telah pasang lain. kamu putus cinta menangis-nangis dan kamu kata kamu tak bahagia. Kamu cuba kuat dan tabah hingga kamu boleh lupakan .
b) Masa kamu kolej kamu bercinta dengan B dan B sebenarnya hanya sukakan kamu disebabkan kamu mempunyai wang yang banyak. Dan hal itu kamu sedar bila keluarga kamu dah muflis kemudian B meninggalkan kamu disebabkan kamu takde duit. Kamu kata kamu tak bahagia masih menangis-nangis dan kamu cuba tabah hingga kamu boleh lupakan B.
c) Masa kamu berkerja kamu bercinta dengan C dan C sebenarnya takde perasaan pun dengan kamu. cuma disebabkan kamu terkenal dia tumpang "glamour" kamu. lepas tu kamu tak "glamour" lagi dan C meninggalkan kamu dan kamu sangat sedih tidak boleh menerima hakikat itu.
dalam 3 perkara di atas kamu faham itu adalah perkara yang sama dalam konteks isinya cuma yang berlainan hanya situasi, manusia dan cara. Tetapi kita biasanya akan mengatakan sesuatu masalah itu banyak dan sebenarnya perkara dalam konteks isinya hanya ada 1 masalah. Bila kita mempunyai pemikiran seperti itu pasti kita tak mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana kita tidak lihat pada konteks isi masalah tersebut. Kita hanya ambil situasi, manusia dan cara berlainan sebagai masalah dan itulah yang menyebabkan masalah menjadi banyak. Masalahnya disini, kita tidak tahu membezakan isi untuk kita selesaikan dengan cara yang tenang. Sebenarnya semua tu berlaku dalam realiti kehidupan kita. Cuma kita tak sedar dan terlalu ikutkan kata hati marah, prejudis dan benci menyebabkan permasalahan yang berlaku tidak dapat diselelsaikan dengan baik.
Disini saya hanya nak tahu, dalam situasi ini
contoh1
Kamu tahu kebanyakannya pemuzik yang berjaya tiada kualiti didalam industri hiburan kerana mereka mahu berkongsi dan mahu menunjukkan mereka mampu lakukan kepada orang lain namun mereka tak punya pemikiran yang kritikal untuk menjadikan peluang itu lebih baik.
Contoh2
Kamu juga tahu ada pemuzik diluar industri hiburan adalah pemuzik yang hebat dan mampu menggunakan lirik mereka untuk membuat perubahan bukan sahaja didalam industri itu sendiri malah politik atau dunia. mereka ada peluang tetapi mereka tidak mahu membuat perubahan itu dan membiarkan kualiti-kualiti yang seharusnya ada dalam industri hiburan dibiarkan ditahap yang rendah.
Soalan saya disini:
Kenapa pemuzik hebat yang masih belum masuk dalam industri hiburan tidak mahu membantu industri kita dan membiarkan muzik kita dalam takuk yang rendah?
sedangkan ada masanya mereka mengutuk dan mengatakan kelemahan didalam industri sangat teruk, mereka ada peluang tetapi mengapa mereka tak nak gunakan pemikiran kritikal untuk mengubah industri hiburan ? mengapa mereka tidak sama-sama membantu agar manusia-manusia yang dikatakan tipikal sama-sama dapat berfikir secara kritikal? adakah sifat-sifat orang yang berfikiran kritikal ini mementingkan diri?
Kamu dapat bayangkan tak kalau pemuzik hebat itu mahu melakukan dan mahu mengubah kualiti industri hiburan menjadikan sesuatu yang sangat berkualiti dan apa akan jadi seterusnya?
apakah perubahan itu mampu memberi kesan kepada pemikiran manusia, politik dan perkembangan ekonomi?
Mungkin saya masih memikirkan jawapannya.
haih lega..
3 comments:
kroni. mudah saja. nice write kak!
akak.
saya insyallah pergi KAMI sebab dapat tahu KAMI buat ari sabtu, bola Malaysia ari ahad.
So, insyallah berjumpa kita di sana la yer.. ramai-ramaikan..
selamat hari raya kembali.
:)
terima kasih penanya,
kroni saje? ada lain?
=)
qareem
nanti jumpa disana yer...
=)
Post a Comment