Monday, October 13, 2008

Segmen Belajar Berfikir #2

A: " ei! dia bercinta dengan datuk ni la"
B: " eh! Tak la dia bercinta dengan artis ni, saya tahu semua tentang dunia hiburan"
A: " Wah! hebatnya kamu"
"Nak tak tahu cerita panas artis tempatan lawatilah xxxxx.com.my"
" Ingat mulut xxxxx macam saya ingatlah xxxxx.com.my"

Biasa kita dengar tentang iklan mempromosikan website ini di stesen-stesen radio tempatan. Yang amat menghairankan saya tiada perbincangan lainkah yang lebih baik selain daripada menyibuk tepi kain orang lain. Dunia seni seakan sinonim dengan kehidupan persendirian anak seni dinegara kita. Mungkin terlalu ikutkan dunia barat hingga keselesaan seorang anak seni itu telah dicabul oleh manusia-manusia yang mementing wang dan kebendaan. Mereka menjaja cerita tentang kehidupan seharian yang sepatutnya tak perlulah kita tahu sedangkan kehidupan kita tak mampu nak dijaga oleh kita sendiri.

Apakah perbincangan yang lebih penting tentang dunia seni tidak wujud dari kotak pemikiran masyarakat masa kini?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan A " saya tahu semua tentang dunia hiburan"?
Tahu dari segi apa? manusia ini bercinta dengan manusia ini? manusia ini ditangkap khalwat dengan manusia ini? manusia ini baru saja dipaparkan gambar bogel di ruang maya dan mendapat banyak pelawat? Apakah soalan-soalan ini yang dikejarkan kita untuk mengetahuinya. Boleh dikatakan kalau kita terlepas semua cerita sensasi ini akan terlepaslah kehidupan yang kononnya bagus dari permikiran kamu? Kamu ada terfikir tak? persoalan inikah yang mampu membawa industri hiburan ketahap yang lebih berkualiti?


Saya masih tak faham mana perginya soalan-soalan yang bernas yang mampu memperkembangkan pemikiran masyarakat kita hari ni, semuanya kabur. Sudah la diracuni dengan banyak perancangan-perancangan yang membodohkan kita, ini ditambah pula dengan soalan-soalan yang sangat-sangat menampakkan kecetekan akal fikiran masyarakat kita. Sampai bila ianya harus berakhir?

Bila soalan tak dijawab mereka akan kata anak seni ini sangat sombong tidak mahu berkongsi dengan masyarakat. Apakah anak seni tiada hak untuk tidak menjawab soalan-soalan bodoh seperti itu? Mereka sengaja melancarkan provokasi. Suka mengadakan sesuatu yang tak pernah ada. Mereka suka mengubah sesuatu dari asalnya cakap benar kepada satu cakap bohong yang menyonsang akal fikiran manusia.

Inikah yang ingin kita lihat? inikah yang seharusnya ada dalam kelompok masyarakat kita?


Cuba bayangkan jika kita punya hak bersuara. Memegang kata yang benar. Memperjuangkan sesuatu untuk dibawa ketahap yang di pandang tinggi. Apakan akan jadi ye?


p/s: Saya sokong kamu, kamu perlu tegas dalam semua jawaban kamu, kamu tahu hak kamu dan kamu masih menjaga nilai yang seharusnya ada dalam setiap manusia. Teruskan ye, saya disini menyokong perjuangan kamu walau tak terlihat dari mata kamu. =)

2 comments:

Adexx Boxx said...

berpinar mata baca..tapi masih boleh buat otak berfikir..

ingat saya lagi?? singgah la ke blog..saya sudah kembali!!

nurul said...

mmg manusia xpenah fikir sebelum bercakap...
akhirnye makan diri sendiri...

tu la manusia sering alpa ngan ape yg berlaku disekeliling kita