Tuesday, December 28, 2010

Hai Kawan-Kawan Yang Ku Sayangi..


Dah lama tak update blog nih.. Sorry la ye.. saya sangat sibuk sekarang , Kalau ada masa saya akan update dengan issue yang lebih menarik , sebenarnya banyak perkara yang nak saya perkatakan di sini tapi disebabkan dah bertukar tempat kerja saya sangat sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Kepada Kawan-kawanku yang telah banyak mengharungi Selautan Lahar berapi bersama-sama bersedih dan bergembira dengan hidup saya sebelum ni simpan la tarikh ini, Nanti kita akan berjumpa pada tarikh tersebut OK :D

Teringat zaman suka duka dulu .. rindunya...:)

Monday, July 5, 2010

Membeli rumah, Emas dan membuat Tanaman Fertigasi.

Assalamualaikum semua ,

Dah lama tak mendengar atau berkongsi cerita dari blogger-blogger yang lain. Agak lama meninggalkan penulisan dunia blog ni. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk mencari dan mempelajari ilmu untuk membantu hidup saya agar lebih baik. Usaha memang ada ganjarannya. Permulaannya adalah dari pembelian sebuah rumah. Disebabkan BLR naik buat masa ini sehingga 6.05% sedangkan semasa saya mohon pinjaman rumah pada waktu itu BLR adalah ditahap 5.85% saya mula terfikir apa alternatif saya untuk mempercepatkan bayaran semula wang yang telah saya pinjam daripada bank. Tidak mustahil BLR akan naik lebih tinggi dari sekarang. Selain Alternatif memilih perbankan islam untuk memastikan pinjaman mengikut syariah, adalah lebih baik saya membayar lebih banyak agar rate pembayaran tersebut tidak terlalu membebankan.

Berikut adalah link berkenaan Bank islam dan Bank konvensional bagi sesiapa yang berhajat meminjam wang dari bank untuk membeli kediaman sendiri InsyaAllah ia dapat membantu.
Perbezaan Bank Islam dan Bank Konvensional.(Sumber Zaharuddin Abd Rahman)
Gambar Hiasan

















Bagaimana saya dapat membayar lebih bagi pinjaman perumahan agar saya tidak merasa terlalu beban untuk membayar semula pinjaman tersebut?

a) membuat pengubahsuaian dan menyewakan rumah tersebut dengan harga sedikit tinggi dari bayaran pinjaman rumah.

Tetapi sebagai tuan rumah kamu perlulah pantau kawasan rumah dan keselesaan rumah tersebut supaya penyewa akan berasa patut untuk membayar harga yang kamu berikan. Dengan itu, ia akan mengelakkan rasa ketidakpuasan hati penyewa dan untuk mengelakkan masalah yang lain berlaku. semasa membuat pinjaman perumahan tersebut kamu perlulah meminjam lebih sikit untuk kamu mempunyai lebihan wang bagi mengubah suai rumah kamu, itu adalah jika kamu membeli rumah yang masih belum diubahsuai. Buatlah pengiraan yang sesuai dan tepat agar apa yang kamu lakukan itu kelak tidak membebankan kehidupan kamu. Dari perancangan itu kamu juga mampu membayar lebih untuk pinjaman perumahan kamu dan disamping itu jika caranya betul kamu mampu menyewa sebuah rumah lain yang sewanya lebih rendah untuk kamu duduki sementara ,sehingga kamu selesai membuat pembayaran pinjaman tersebut atau jika kamu suka kamu boleh meneruskan langkah ini seberapa lama yang kamu mahu.

Contohnya: Kamu membeli sebuah condominium dan kawasan tersebut adalah kawasan yang mempunyai institusi pendidikan, Kawasan perindustrian atau kawasan pejabat. (kawasan penting untuk membantu) Katakanlah kamu meminjam dari bank islam (lebih baik) rumah tersebut adalah RM 160K. Kamu meminjam sebanyak RM 200K termasuk kos ubahsuai rumah, bulanan untuk bayaran pinjaman tersebut adalah RM1000 selama 40 tahun. Mengikut "market value" kawasan tersebut, paling tinggi kadar sewa termasuk rumah yang telah membuat ubahasuaian adalah sehingga RM3000 sebulan. Maka kamu dapat membayar pinjaman bulanan bagi mengurangkan bebanan kepada pihak bank lebih dari RM1000 - RM2000 ,Bukan itu sahaja kamu juga mampu menyewa rumah untuk sementara bagi menjadikan rumah yang kamu beli itu sebagai aset ,dan sewa yang kamu mampu bayar adalah sehingga RM 1000 sebulan. Dari sudut lain adakah kamu nampak kamu seperti tidak membayar apa-apa? =D

b) Membeli emas dan mengambil keuntungan dari simpanan tersebut untuk membayar pinjaman.
Gambar Hiasan


Kebanyakan dari kita samada kamu atau kamu yang diluar sana pasti mengetahui bahawa emas adalah sesuatu yang sangat bernilai. Emas adalah logam yang cantik dan mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran. Jika kamu tahu juga ,emas adalah pelaburan jangka panjang yang dapat memberi keuntungan kepada pihak yang membeli dan menjual. bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut dan mahu memahami lebih lagi tentang emas atau ada yang masih tidak tahu dimana emas yang paling terbaik untuk dibeli sila la ke website En. Syukor Hashim. Jika ada antara kalian yang mahu membeli emas sila email kepada saya di maduwarnabiru@gmail.com atau kamu boleh memberikan Komen untuk lock harga atau cadangan lain diblog ini sahaja. Sebabkan terfikir bagaimana untuk mendapatkan bayaran lebih untuk membayar rumah, saya google dan google sehingga terjumpa blog en syukor tu. Banyak kaedah dan keuntungan yang boleh di pelajari , memegang fizikal emas adalah langkah terbaik untuk mengatasi masalah akan datang dengan mudah dan cepat. Untuk huraian yang lebih panjang sila ke blog saya lagi satu Projek Madu. Kalau nak dibandingkan dengan kaedah beli dan sewa seperti kaedah diatas membeli emas untuk membayar pinjaman perumahan agak memakan masa. Tetapi jika ada caranya pasti kamu adalah yang paling untung kerana mengetahui kaitan beli dan sewa rumah dan membeli emas. ada 2 cara untuk membuat pembayaran pinjaman dengan membeli emas.

i) Kaedah Pajak tebus pajak sila baca website Jurnal Nizam 77. Untuk lebih memahami kamu perlu membaca website En Syukor terlebih dahulu dan kamu pasti akan memahami teknik pajak tebus pajak. Harga emas bergantung pada Harga emas dunia di www.kitco.com. Membeli emas dan mendapatkan keuntungan dari emas kena ada tujuan, terpulang pada individu tu bertujuan untuk membuat apa sebenarnya, tetapi buat masa sekarang kita cuma nak tau macam mana untuk membayar semula pinjaman perumahan tersebut. Bagi kaedah ini seperti dinyatakan pada link tersebut ia bertujuan untuk memperbanyakkan pegangan emas fizikal dan akhirnya emas itu jugakla yang dipegang, kalau tak, rugi.. tetapi untuk pembayaran semula perumahan bagi mengurangkan beban bulanan, kamu boleh mengambil keuntungan dari emas tersebut untuk membayar pinjaman perumahan.

Contohnya: Seperti contoh membuat ubahasuian diatas. Kamu mempunyai duit lebihan dari pinjaman sebanyak RM40K dan ini adalah terpulang pada kamu mahu membuat ubahsuaian atau tidak dan kamu menggunakan duit lebihan tersebut untuk membeli emas. Dengan wang tersebut kamu boleh membeli emas dan membuat teknik pajak tebus pajak dan membuat keuntungan dari situ. Duit 40k tu ibarat kamu membuat modal untuk mendapatkan wang yang lebih untuk membuat pembayaran hampir separuh kepada bank. Dari situ bebanan disebabkan rate bulanan yang perlu dibayar dapat dikurangkan. Tetapi untuk kaedah ini kamu perlu memikirkan bagaimana untuk membayar kepada bank secara bulanan pula. ok untuk mendapatkan keuntungan daripada emas disamping perlu memikirkan bayaran bulanan untuk pembayaran bank pula seperti kaedah kedua di bawah.

ii) Kaedah Perkara a) dan b)i) . Dari campuran kaedah a) dan b)i) sangat memerlukan kebijaksanaan individu untuk membuat pengiraan dan pembahagian wang pinjaman dengan lebih baik dan tepat. kaedah seperti yang telah diberitahu selain membuat rumah sebagai aset dan membeli emas untuk mendapatkan keuntungan dan akhirnya boleh memiliki emas sebagai simpanan bagi membantu permasalahan di masa depan. InsyaAllah.

Contohnya: sama seperti situasi diatas terpulang pada individu untuk meminjam berapa yang mampu dibayar dan yang layak diberi oleh pihak bank kepada kita. Jika mengikut contoh lebihan RM40k diatas kamu perlu membahagikan lebihan tersebut untuk membuat ubahsuaian dan membeli emas, katakanlah kamu membuat ubahsuaian menggunakan lebihan wang iaitu RM 20K dan selebihnya kamu membeli emas.. kamu bukan sahaja mendapat keuntungan seperti kaedah beli dan sewa diatas malah kamu juga mendapat keuntungan dari membeli emas tersebut dari kaedah pajak tebus pajak dan kemudian dari keuntungan kaedah itu kamu boleh membeli emas lain lagi untuk simpanan masa depan..
hebatkan? :D

c) Membuat pertanian seperti tanaman fertigasi dan menggunakan keuntungan untuk membayar pinjaman.

Kaedah yang disebutkan ini adalah untuk individu yang berkeinginan melakukan kerja separuh masa atau yang memang dah ada niat nak berhenti kerja. Jika kekuatan untuk bekerja sendiri tu ada, lagi-lagi ada kenginan untuk menjadi petani moden kamu sangat beruntung jika kamu mengetahui perkara ini. Untuk ilmu pertanian ini saya juga telah buat kajian dan mengoogle untuk mencari lebih banyak pengetahuan dalam bidang pertanian. Untuk pengetahuan kamu Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan, kamu cari je carian tanaman fertigasi dan kamu akan mendapat lebih pengetahuan mengenai tanaman tersebut. jika benar-benar berminat kamu boleh menghadiri kursus yang diadakan. Daripada kursus tersebut kamu banyak mendapat pengalaman dan kamu akan mendapat bantuan dalam kumpulan dan bantuan pemasaran.

Contohnya: mengikut perkara a), b)i) dan b)ii) , untuk kaedah tanaman ini juga kamu boleh mendapat keuntungan daripadanya, seperti biasa kita menggunakan lebihan pinjaman bank samada kamu mahu memakai sebahagian atau keseleruhan wang lebihan itu seperti yang saya nyatakan pada contoh b)ii) pada pembahagian lebihan wang itu kamu juga boleh melakukan pembahagian samada pada ubahsuaian rumah dan membuat tanaman fertigasi ini. Kos untuk tanaman fertigasi ini mengikut berapa banyak beg dan berapa besar kawasan tanah yang kamu perlu untuk lakukan. Untuk permulaan nasihat dari yang berpengalaman eloklah dimulakan dengan 2000beg dengan keluasan tanah setengah ekar. Tanaman fertigasi ini kos anggaran yang diperlukan adalah sehingga RM 20K. Untuk "confirmation" kos boleh la kamu google tentang tanaman fertigasi tersebut. Anggaran yang di buat dari keuntungan tanaman tersebut adalah sehingga 100% keuntungan jika semua cara kerja yang dipelajari dilakukan dengan betul. Jika kita mendapat keuntungan dari tanaman tersebut kita akan mampu membayar terus pinjaman perumahan atau kita juga mampu membeli emas dengan menggunakan teknik yang telah diberitahu dari keuntungan tanaman tersebut. Atau sekiranya kamu mahu mendapatkan keuntungan melalui 2 kaedah yang disebutkan diatas bolehlah keuntungan tanaman ini dibahagi dua untuk pembayaran rumah dan untuk membeli emas sebagai simpanan jangka panjang.

Berikut adalah link tentang penanaman fertigasi cili sebagai contoh untuk kefahaman kamu yang tak berapa tahu pasal Tanaman fertigasi.
Gambar Hiasan



bestwayagro.blogspot.com dan iqilagro.blogspot.com disana kamu akan banyak mendapat maklumat tentang penanaman fertigasi. jika kamu berminat ia adalah peluang terbaik untuk kamu menjadi seorang usahawan. Kalau ada sesiapa berminat untuk "invest" bagi projek Tanaman Fertigasi yang saya rancang untuk buat ni beritahu juga ye saya sangat mengalu-alukan.


Kesimpulannya saya dah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan beban pembayaran pinjaman rumah. kaedah yang diberitahu di atas adalah dari lubuk pemikiran saya sendiri. Jika kamu mempunyai idea yang lebih baik boleh kirimkan komen untuk kita berkongsi bagaimana cara menyelesaikan masalah pinjaman bukan sahaja pada pinjaman perumahan malah pinjaman kereta atau pinjaman peribadi pun kita boleh buat jika caranya betul. Kalau kamu ada kaedah lain yang lebih baik atau yang lebih mudah beritahu lah ye kita boleh berkongsi sambil kita mendapat ilmu. Sesiapa nak beli Emas inform saya jugak ok =D email saya maduwarnabiru@gmail.com

Friday, April 2, 2010

Bila suka bersangka buruk..


Makin hari jiwa rasa makin meluat, apa orang kata tuh "annoyed.." "annoying.." huh... bila hati dah hari-hari melihat keburukan orang lain tanpa ada sifat positif untuk melahirkan rasa bahawa sesuatu perkara yang dilakukan itu bersebab, mungkin hati itu dah tak mahu menerima kebaikan walaupun kebaikan itu dah nyata di depan mata. itulah bahana bila suka bersangka buruk iye tak?Biasalah kalau dah "prejudis" baik macam mana pun memang tak la nampak baik. Macam mana pula hati orang yang hari-hari kene dengar orang lain maki dan mendengar pertuduhan-pertuduhan dari seseorang kepada seseorang yang lain tanpa ada bukti yang sahih?

situasi 1:

Macam biasa kamu ada dalam syarikat orang lain, kamu di tugaskan disitu di sebabkan kamu terpaksa pegang projek yang lagi setahun nak habis.. dalam keadaan itu kamu terpaksa memastikan tugasan jurteknik- juruteknik kamu berjalan dengan baik. dan kamu tahu juruteknik- juruteknik kamu itu tahu asas untuk membaik pulih komputer. masakan tak tahu asaskan? kalau tak tahu cemana boleh jadik juruteknikkan? mungkin ada satu masa, juruteknik kamu tu pergi mengulau.. ada masanya kerani sistem tak sempat nak update report dalam sistem dan kadang-kadang juruteknik kamu tak datang tepat ke sekolah mengikut tarikh yang telah dijanjikan. Kamu juga tahu keadaan yang sukar bila dari Johor Bahru Nak pergi ke Pontian atau Batu Pahat mengambil masa berapa lama, lagi-lagi di kawasan pendalaman. Tentu-tentu lari dari tarikh yang dijanjikan. bukan 1 dua tempat kene pergi ,kadang-kadang hampir 10 ke 20 tempat kene pergi.. terpaksala "extend".

Kadang-kadang kerani sistem dan juruteknik kamu tu tak ada niat pun nak mengulau tapi disebabkan kerosakan terlalu banyak berpunca dari "peralatan teknologi yang canggih sangat" tuh cepat sangat rosak menyebabkan elok-elok tak pening nak "handle" perkara-perkara macam ni jadi nak terbalahak sampai pengsan. Elok-elok kerani dapat rehat terus tak dapat rehat ,kadang-kadang kene kerja sampai malam, sampai yang jenis tak tahan drg tipu amek MC rehat, elok-elok technician boleh datang ke sekolah sampai tepat pada masa, mengikut susunan yang sistematik terus tak nak pergi dan berkata " minum kopi kat warung pak mat lagi baik". Semua punca disebabkan bila menuduh yang mereka ni tak buat kerja.. bila sampai situasi di tempat kerja kamu, kamu tentu-tentu tahu juruteknik dan kerani sistem kamu tu sebenarnya buat kerja lagi-lagi kalau kamu memang pernah ada pengalaman untuk kerja-kerja yang mereka buat sebelum ni, lagi la kamu faham keadaan yang sebenarnya..

Bila kamu dengar orang yang bukan pekerja syarikat kamu kata " diorang ni penipula .. drg bukan datang sekolah, macam lak'anat" .." dorang ni buat kerja tak betulla, kenapa bodoh sangat dia ni" .. "drg ni kalau tak tahu asas memang bodoh sangatla tuh" boleh tak jangan nak maki depan aku? " boleh tak? dia tak tahu apa kamu rasa dan kamu buat .. dia tahu mengarah dan taip report je.. tiba-tiba nak maki hamun macam dia sorang je buat kerja. Kalau setakat "presure" kena maki dengan cikgu, disebabkan tu salah je semua kene pada juruteknik dan kerani sistem.. bukan nak cek dulu masalah yang dihadapi sebelum nak tuduh, sikit-sikit cakap bodoh, sikit-sikit celaka, kadang-kadang guru yang buat report, letak je ganggang terus maki celaka la , maki lak'anat la.. kadang-kadang kita tahu bukan senang nak hadap situasi tu ,sekali sekala ada juga perasaan nak maki hamun tu kan .. tapi kalau hari-hari nak maki, nak jadi apa kau ni? bila kamu yang dengar hari-hari pun rasa nak maki balik orang yang asyik tau nak maki orang tu je.. bayangkanla kamu hadap orang macam ni dan kamu terpaksa dengar dia maki juruteknik dan kerani sistem kamu dan kamu rasa agak malu bila hari-hari kamu dengar dia asyik maki "customer" yang buat report tu. Sekarang ni ada orang baru masuk tempat ni dan awal-awal dia telah didedahkan dengan makian serta cemuhan apa yang kamu rasa kalau kamu adalah orang baru? kalau saya " Ish poyo nye..drg ni.."

Kamu rasalah kalau adalah situasi macam tu dalam hidup kamu, samada kamu akan terlibat sama atau kamu akan jadi benci dan rasa meluat dengan orang yang suka menuduh itu.. kalau tipikal "attitude" kebanyakan orang memang suka mengutuk atau pandang keburukan orang lain, dan merelakan diri dia untuk menyertai orang-orang yang saya sebutkan tadi.. betul tak ,apa yang saya cakap? sebab saya pun pernah alami keadaan tu.. tipu la kalau kita tak pernah alaminya kan? =D cuma kesedaran tu bila akan tiba je kan?

cuba bayangkan juga kamu dah banyak kali melalui perkara seperti ini , dan cuba untuk mengelak supaya perkara tersebut tidak berulang lagi dalam diri kamu.. apa yang mungkin kamu rasakan saat ini? mungkin benci ,meluat dan rasa yang macam " haih lebih baik aku bla dari sini.." dari berada dalam tempat yang penuh kebusukan hati.. tapi disebabkan kamu dah terpaksa berada di situ nak tak nak kamu terpaksalah tadah atau pekakkan telinga dengan headphone.. kalau tak pasang sesuatu dalam telinga jangan nak tipu la kamu tak boleh dengar orang yang memaki-maki sambil menuduh-nuduh orang lain tuh.. "pantry" sebelah pun boleh dengar inikan kamu yang duduk sebelah dia kan?

situasi 2:

Bila kamu tahu kawan kerja kamu kata, "maki je orang yang penting kamu rasa kamu baik". Rasa nak pijak je otak dia ni bila keluar nanah busuk. tolongla jangan fikir macam tu.. mengata orang pum pam pum pam .. cakap teruk la perangai dia.. tak baik la perangai dia. dia suka main game masa kerja. kutuk dia kawan suami orang , sampai nak meletup anak tekak masa bercerita ingat baik ke tuh? kawan kamu kata (statement ye..)yang penting ikhlas, tengok diri sendiri la wei, cukupla sikap mengata belakang tu dah nampak kamu seorang yang tak baik..

Saya pasti kamu ada dalam situasi yang hampir sama.. masih banyak lagi cik kiah-cik kiah kat tempat-tempat kerja ni rupanya.. bila hati dah tekad tak nak jadi orang macam tuh lagi kamu akan sedar makin dekatlah benda-benda yang macam tu datang dalam hidup kamu. Apa yang penting untuk diri kita pada waktu ini cari punca dan larikan diri kamu dari situasi yang buat kamu terpanggil semula kepada situasi yang semacam itu. Syaitan bila kita nak buat baik jangan harap dia nak bagi peluang.... lebih baik senyap dari bercakap sebab supaya orang takkan bezakan sikap dengan cara..

p/s: maaf la kalau terkasar tapi telinga ni dah bernanah dah. nak dapat headphone pinjam pun susah haih~

Saturday, December 12, 2009

Bila orang dah tak sukakan kita..



Kamu tentu tahu dalam hidup kita bila ada orang yang tak suka kita. Apa-apa pun kita harus terima.

Yang pertama kita tgk apa yang ada dalam diri kita yang buat orang lain tak suka dengan kita. Kalau kamu dah tahu kamu tu manusia jangan nak pertikai yang kita ni tak pernah buat salah, mungkin sebab yang jelas adalah disebabkan kita punya kesilapan yang kita tak pasti bila masa kita buat, tak nampak atau sengaja tak nampak kita perlu tahu bagaimana nak memperbaiki diri sendiri untuk tidak menjadi keterlaluan dan membuatkan orang akan menjadi lebih meluat terhadap diri kita ni. Saya tengah memperbaiki walaupun dah terlalu banyak untuk di perbaiki salah masih nampak ketara walaupun cuba berubah.. saya masih berubah , masih cuba untuk berubah ...

Yang keduanya kalau orang tuh dah betul-betul tak suka , bagaimana cara pun dia takkan terima , bertukar rupa , bertukar cara atau bertukar rasa, yang pasti tolong jangan jadi orang lain , tolong jangan buat sesuatu yang bukan ada dalam diri sendiri, sebab bila kita nak jadi orang lain sangat kita akan nampak seperti orang bodoh.. jadi.. kalau diorang dah tak suka jangan dipaksa untuk kita lebih menimbulkan rasa tidak senang dalam kehidupan orang yang tak sukakan kita tu.. jangan sekali-kali merayu , memaksa atau bertindak diluar kemampuan kita .. jika tidak, sesuatu perkara tersebutlah akan menyebabkan kita lebih tidak disukai oleh orang yang memang tak menyukai kita malah mereka akan lebih merasakan meluat dan benci terhadap kita..

Walaupun rasa itu berat cubalah jadi orang yang tak sukakan kita tu, bayangkan kamu dalam keadaan dia, kamu tak menyukai seseorang dan mereka berbuat sesuatu untuk kita menyukai dia , mungkin rasa meluat dan benci itu timbul dalam diri kita kerana bila kita dah tak suka dia, lagi dia nak kacau hidup kita!! pernah tak kamu rasa macam tu?? pasti pernah bukan? sekejap atau lama atau sampai akhir hayat, kita perlu ingat kita tak perlu berusaha lebih dari kemampuan kita untuk mereka menyukai kita, sekurang-kurangnya berikan masa pada mereka, jika mereka masih berkeadaan itu maafkan dia dan buang dia dalam hidup kita sejauh-jauhnya kerana rasa itu akan menjejaskan kehidupan yang akan kita teruskan, jika perkara itu menjadi sebaliknya berkawanlah dengan seikhlas-ikhlasnya.. Cuba dengan sedaya upaya, rasa sakit itu hanya sementara dan sakit itu akan hilang bila kita menjadi orang yang tabah menghadapi dugaan, berbeza dengan ketabahan yang tak mahu dibina oleh orang yang mahu merosakkan kehidupannya sendiri..


Seperti pakar motivasi saya rasakan sekarang, tetapi motivasi ini perlu berjalan dalam kehidupan kita, kita takkan terlepas dari keadaan begitu ,dengan sifat positif yang perlu kita wujudkan kita mampu menjadikan kehidupan kita lebih baik dan bahagia.. InsyaAllah.

P/S: Jika orang lain tiada masih ada lagi pengganti yang menggantikan dia. tetapi tidak pula kepada yang Esa dia tetap satu dan hanya dia yang kita ada..

Tuesday, November 24, 2009

Kasut Crocs =)

Sudah lama saya tak update blog saya ni. sebenarnya saya sibuk dengan blog satu lagi maklumlah terpaksa bekerja keras carik makan.. hak hak :D kalau ada sesiapa berminat sila ke link ini PROJEK MADU untuk sepenuhnya senarai kasut murah lagi cantik:D berbaloi-baloi..:)

dibawah adalah antara kasut-kasut yang dijual:

(WS01)










(WS02)










(WS04)











(WA01)










(GA01)










(VS03)










(D01)










Untuk wajah kasut yang lain sila ke PROJEK MADU boleh beli kasut kat situ tau :D

click