Friday, May 9, 2014

Milo Rice Cooker Cake

         Minggu ni teringin sangat nak makan kek. hari ke hari memang rasa nak makan tapi punya la malas nak buat, nak pergi kedai beli pun tak terbeli. Semalam mula menggoogle nak cari resipi paling senang. Bahan kat rumah pun tak banyak yang tinggal, setakat bahan asas nak buat kek je yang ada tapi serbuk koko pula tak ada. Mood nak pergi beli tu nak singgah ke kedai tu punya la malas, tak tahula kenapa penyakit malas datang minggu ni. 
        
        So nak di jadikan cerita minggu nih saya nak buat kek Milo sebabnya milo je yang ada selain bahan asas nak buat kek tuh memang dah tersimpan kat dapur. kat bawah ni resipi yang saya ambil dari en.google tapi ada ubah sikit sebab tak cukup bahan sebenarnya.. heheh..

Bahan-Bahan :




Caranya:


.

adunan yang telah siap mix

Untuk rujukan resipi ni boleh masuk link yang saya bagi ni (/Milo Cake Recipe). 

Bakar Menggunakan Rice Cooker.

Cara nak bakar pakai rice cooker nih senang je.. pergh memang nampak malas betul kan hehe.. ok mula-mula griskan dengan butter dan letak baking paper dekat rice cooker tu. macam dalam gambar.



Periuk yang dah di gris dan telah diletakkan baking paper

sebenarnya terpulang pada kamu nak tepungkan ke atau nak butterkan , lain orang lain cara. lepas tuh dah boleh masukkan adunan tadi dalam periuk rice cooker tadi. tutup periuk tadi dan letakkan tuala berat sikit. Lihat Pada gambar di bawah.



Adunan dah dimasukkan dalam periuk. (oven kat sebelah je tapi malas nak pakai kan.. :P)

mula-mula nak bakar tuh tekan je macam nak masak nasi lepas tuh biarkan dia naik sendiri , biarkan beberapa minit baru tekan balik. Bahagian ni memang kene sabar sikit dalam 5 minit ke 6 minit tekan balik, lepas tuh ulang lagi . Adunan masak dalam 45 minit- 1 jam tapi kamu semua kene la tengok kek tu cucuk pakai lidi ,dalam 3 kali tekan kamu boleh cek samada adunan tuh dah masak atau belum. Kalau lidi yang kamu cucuk tu masih basah maknanya belum la masak kek tu. Adunan saya masak dalam masa 1 jam dan perlu menekan dalam 4 kali. Masak pakai rice cooker nih senang sikit kalau telajak takde la hangus sangat kek tu kan.


Taraaa... dah masak dah adunan kek tadi :D

Sebenarnya saya ada mengoogle cara bakar kek pakai rice cooker ni, sila kan ke link Not So Very Perfect , saya merujuk di laman web tersebut. Kakak nih memang best, dalam banyak-banyak  image yang saya google saya perasan dia sorang je pakai rice cooker biasa , yang lain semua pakai rice cooker digital. 

         Nak bagi nampak kek lebih sedap saya letak buttercream frosting dan bittersweet chocolate, saya google resipi yang paling senang nak buat, jadi kalau kamu semua ni yang rajin nak buat frosting lain terpulangla kan sebab ikut citarasa sendiri, minggu ni minggu malas saya, semuanya saya nak buat yang senang :P. ok bahan untuk frosting senang je, 

Bahan-bahan:



Cara-cara:




jeng jeng... dah siap ..:D

Untuk simple buttercream frosting boleh rujuk dekat laman web ni. basic vanilla frosting. Kalau dekat laman web tuh dia ada letak vanilla tapi saya tak tambah vanilla sebab vanilla dah habis. Jadinya buttercream frosting without vanilla tapi tambah bittersweet chocolate hehe.. :D 

Apa pun kepada yang nak mencuba silakan mencuba ok . :D


No comments: