Saturday, April 19, 2014

Baik pulih adunan yang tak jadi disebabkan yis mati

       Hari ni tiba-tiba update blog , ha .. dah sekian lama tak update blog kan, saje nak simpan perkara apa yang dah saya buat hari ni.

       Hari ni sangat rajin nak buat cinnamom roll nak bagi adik rasa katanya, Kebiasaannya buat adunan yang saya buat tu menjadi, tapi tak tahu apa masalahnya dengan adunan tu, tak naik pula, jadi saya pun meng"google" jugak la kenapa adunan yang saya buat hari ni tak menjadi. Cari punya cari  rupanya tersilap masa nak kembangkan yis, saya terguna air panas, mati yis tuh agaknya terkena air panas, lama saya tunggu adunan tu naik, give-up juga tunggu lama-lamakan. Dalam kepala ni ada juga terfikir nak masukkan je yis tu dalam air suam kemudian campur je pada adunan yang tak jadi tadi, tapi tak confident la pulak nak buat macam tu. Baru teringat yang en.suami ni hebat dalam pembuatan adunan, jadi saya tanyala dia pasal benda ni, nak confirmkan yang yis tuh boleh dicampurkan semula walaupun adunan dah dibuat, dia cakap adunan kalau tak jadi, buat apa pun tak naik, dia suruhnya buang adunan tu, haih sayang betul.

       Dengan tekad dalam hati ni , saya buat jugak apa yang terlintas difikiran sebelum ni, jadi tak jadi belakang kira. Saya buat juga sebagai experiment manala tau lepas ni tak jadi lagi adunan tu takkan asyik nak di buang je kan.  Kalau tak jadi buat la semula apa susah huhu. Jadi saya ambil yis tadi dan saya campurkan dalam sedikit air suam, biarkan 5 minit bagi dia kembang. Lepas tuh saya campurkan cecair yis dengan adunan yang tak jadi tadi,  saya ramaskan adunan tadi bagi dia sebati dengan yis tadi. Bila dah agak-agak sebati uli semula adunan tadi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat. Rehatkan selama 45 minit hingga 1 jam 30 minit tgk la sampai kembang mana yang kita puas hati. Nak bagi kembang cepat letak atas oven yang sedang dipanaskan. Allhamdulillah experiment adunan saya yang tak jadi tadi tu dah jadi adunan biasa yang boleh kembang dua kali ganda.

No comments: