Agak bosan waktu ni mungkin dah biasa dengan rutin harian yang sibuk. Bangun seawal pagi, mandi dan terus mengadap kesesakan yang entah bila akan berakhir. Mungkin akan datang tercipta formula kereta terbang macam filem "Back to the Future" pasti saya tidak akan menukar kereta terbang itu kerana saya pasti di udara juga akan sesak macam dijalan raya. Dan pada masa tu saya pasti jalan tidak akan sesak lagi. Kamu tahu bukankah pemikiran manusia zaman ini mahukan sesuatu yang baru dan kamu juga pasti tahu kalau ada keluaran model kereta terbang akan ramailah manusia membelinya, lagi-lagi jika diberikan harga murah pada kenderaan itu. Saya tahu kamu juga akan membeli kalau kamu tahu apa jua barangan yang dijual itu adalah barangan harga yang berkelas murah. Dahla murah berkualiti pulak tu. ok ! dah apa saja yang saya merepek ni.
Merujuk tajuk entri diatas saya telah dijemput oleh pengecat bintang dalam forum yang bagi saya sangat memberi kelainan untuk kita bertukar pendapat dan melahirkan pemikiran yang kreatif. Saya juga menjemput kamu untuk ke laman kritis anak nusa pascamoden ini. Banyak yang dibincangkan dan macam-macam pendapat yang saya terima dari rakan-rakan di laman itu. Kamu juga boleh mengutarakan sesuatu topik dan pendapat kamu tentang keadaan disekeliling kamu yang kamu rasakan perlu dibincangkan atau diberi perhatian. Selain memberi pendapat kamu juga akan mengajar daya pemikiran kamu untuk berfikir secara kritikal, oh mungkin tapi cubalah dulu ok!
Salah satu topik yang dibincangkan adalah Perlukah Falsafah Dipraktikkan Pembelajarannya Di Sekolah Rendah dan Menegah Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia? Kamu boleh klik disitu untuk memberi pendapat kamu sendiri tentang topik yang dibincangkan diatas. Bagi saya, saya setuju dengan dengan topik ini ,sebenarnya kita boleh terapkan subjek falsafah ini bukan sahaja di sekolah rendah malah kita boleh terapkannya di tadika lagi, yang pastinya cara pembelajaran haruslah diberi bimbingan, ini kerana pemikiran kanak-kanak pada waktu itu sedang berkembang, mereka mampu belajar dan mengingat kerana mereka sangat suka mempelajari sesuatu yang baru dan masih mahu mencuba kelainan.
Kamu pasti sedar kanak-kanak akan mengikut apa saja yang kita lakukan, dan untuk pengetahuan kamu jika kita menghalang atau menyekat mungkin akan membantutkan tahap perkembangan pemikiran mereka. mungkin kamu ada mempelajari dimana-mana tentang fakta ini. Kita juga mungkin tahu perkataan "jangan" itu seharusnya tidak boleh disebut kepada kanak-kanak. bukanlah saya katakan kita hanya membiarkan mereka untuk melakukan apa yang mereka mahu, tetapi dengan cara kita membimbing dan memberi sebab akan membuatkan mereka ingin terus mempelajari sesuatu.
Contoh yang terbaik, ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menguasai bahasa cina akan menghantar anak mereka ke tadika cina. Ini biasa juga dilakukan oleh ibubapa melayu pada masa kini kerana penerapan bahasa itu masih awal dan sesuai untuk perkembangan pemikiran kanak-kanak dan jika kamu tahu tahap ini sangat sesuai untuk kanak-kanak mengingat. begitu juga dengan falsafah jika kita membudayakan falsafah pada peringkat awal ini akan membantu mereka berfikiran secara kreatif dan membantu mereka lebih berdikari dalam membuat sesuatu keputusan itu sendiri. Kita akan sedar bila mereka mampu untuk membuat keputusan sendiri ia akan memberi kesan untuk semua pelajaran yang mereka pelajari disekolah, ibubapa sendiri takkan boleh tahu apa sebenarnya yang mereka fikirkan tentang subjek disekolah samada mereka mampu lakukan atau tidak, dengan cara ini mungkin akan membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara menggunakan akal mereka sendiri dan berkemungkinan akan membantu mereka menguasai sesuatu subjek, cuma pada permulaan kita perlu memberi bimbingan yang sebaiknya untuk mereka menghadapi proses itu. Disebabkan pengetahuan mereka tentang falsafah sudah ada, mereka akan berminat dengan dengan perkara tersebut.
Saya tidak membantah kalau ia mahu diterapkan di sekolah menengah tetapi setinggi mana minat mereka tentang falsafah jika mereka tidak mempelajarinya sejak dari awal lagi. Mungkin kita sendiri sedar remaja punya pemikiran ditahap sekolah menengah agak sukar untuk diajar contohnya bahasa inggeris kenapa mereka tidak mampu menguasainya? saya tidak katakan semua tetapi kebanyakannya begitu. Tengok sahaja statistik peningkatan, adakah mereka mampu melakukannya? Dan saya terdengar ura-ura yang mengatakan bahasa inggeris didalam mata pelajaran sains dan matematik akan dimansuhkan. sesuaikah subjek falsafah disekolah menengah jika diterapkannya pada waktu ini?
Pelbagai cara untuk memberi minat tentang falsafah kepada kanak-kanak, bukan saja kita boleh terapkan didalam pelajaran malah dari segi apapun kita boleh terapkannya. Mungkin kita akan nampak perubahan yang besar jika subjek falsafah ini menjadi minat kanak-kanak, mana
tahukan? Negara perlukan perubahan adakah kita mampu lakukannya?
Kalau kamu berminat untuk memberi pendapat atau untuk berkongsi sesuatu klik ke link ini Kritis Anak Nusa Pascamoden
dialu-alukan =)
No comments:
Post a Comment