Friday, October 10, 2008

Bersendirian didalam ramai.

Hampir kesemua blog yang saya baca semua sinonim dengan hari raya. Saya mungkin tidak seperti kamu diluar sana merasakan keriangan beraya yang mungkin dalam fikiran saya berada diluar jangkaan. Mungkin bagi saya sesi makan bersama dan sesi bersalaman yang saya rasa kamu pasti sangat merasainya. Sejak dari kecil mungkin saya merayakan aidilfitri tak semeriah kamu dan kamu, kamu yang lain. Saya biasa saja makan duduk dimeja bila terasa lapar, bersalaman siapa yang siap dulu tanpa menunggu yang lain ada. Kadang- kadang terasa juga bila hampir semua kenalan merasakan keriangan yang saya tak tahu apa rasa sebenarnya.

raya tahun ni,saya rasakan ada sedikit kesedaran, bila jumpa sahabat handai amat seronok disamping dapat melepaskan kerinduan, tetapi kebanyakan sahabat yang saya jumpa akan mengatakan saya sombong saya fikirkan ini mungkin biasa saja, tetapi amat terasa bila masing-masing sudah malas untuk mengajak atau menegur dimana-mana. Sepanjang perjalanan saya pulang kerumah serabut fikiran saya tentang apakah benar saya ini sombong? Mungkin mereka tidak faham akan keadaan saya yang begitu sibuk sejak dua menjak saya dipindahkan ketempat baru. Dulu mungkin saya dapat mengisi masa kerana kerja dipejabat tidak terlalu hebat sibuknya dengan ditempat kerja sekarang. Dalam merenung jauh saya juga mungkin ada silapnya saya tidak betegur di mana-mana dalam ruang maya atau ditelefon bimbit saya sekalipun.

Mungkinkah saya merasa kehilangan mereka atau mereka kehilangan saya dalam mereka?
mungkin mereka kehilangan saya dalam mereka kerana saya masih mengingati mereka walaupun saya terlalu sibuk dengan tugasan saya ditempat baru. Saya mengaku saya sangat suka gembira dan berseronok kamu pun begitu jugakan? seandainya seronok dan gembira itu hilang pasti kamu akan merasakan resah. Mungkin..

mungkin benar kata huby inilah yang dikatakan bersendirian dalam ramai. Kepada sahabat yang mungkin dah lama kita tak berseronok seperti dulu, sempena raya ni saya memohon seribu kemaafan jika kehilangan ini amat dirasakan. Saya masih mengingati kamu semua dan tidak pernah lupa akan hubungan kita yang dah lama terjalin. Semoga hubungan ini akan sentiasa ada dan kamulah sahabat yang paling setia.



Saya terlepas keseronokan ini tetapi kamu tetap dalam hati

3 comments:

Anonymous said...

raya is just a 'raya'..
depends on how kt celebrate the raya.
for me, raya is so happening but inside sy rasa 'smthg' yg buat saya rasa cant face this day..
whatever it is happy eid mubarak to u..
wish u live in happy life as i wish for me itself..

Madu Warna Biru said...

Bulan puasa kali ni juga sangat meriah dari tahun sebelumnya..
disebabkan ada kamu melayan saya yang memang selalu sendiri..

terima kasih messithara =)

nurul said...

beb...
pada realitinye mmg kita sendirian...walaupun kita ada kawan disekeliling kita...aku pun dh mula rasa ketiadaan kawan di tempat aku bekerja...kerana masing2 mempunyai komitmen atau sebenarnye mmg diorg dh lupe kt kita atau kita yg lupe kt diorg..

ape pun aku ttp percaya....selagi kita happy ngan idup kita, aku pasti ade kwn yg akan tagged along ngna kita...
kwn mmg dtg dn pergi...kita kene terima...kwn yg setia akan sentiasa ada ngan kita...tp mmg susah nk cari...