situasi 1: Kamu pasti tahu sesuatu projek yang datangnya dari pihak-pihak tertentu, Kebiasaannya yang kita tahu projek tidak akan di iklankan secara terbuka selagi mereka tidak memberitahu kroni-kroninya tentang projek yang mereka ada. Jika ada pun iklan yang terpampang diakhbar yang bukan dari "cable-cable" kuat mereka pasti akan tersingkir terlebih dulu tanpa membaca kertas kerja yang mereka hantar. Mungkin ini lumrah dalam erti kata lain kita takkan lari dari situasi begini lagi-lagi jika kamu biasa membuat sesuatu projek dari pihak-pihak tertentu. Kalau kamu masih baru dan ingin membuat sesuatu projek jangan haraplah kamu akan dapat jika kamu tidak membawa orang-orang tertentu pergi berkaraoke atau tidak membawa mereka ke kelab-kelab dangdut.
Ini mungkin sebahagian dari penyalah gunaan kuasa, kononya mereka fikir itu adalah projek mereka sedangkan projek itu untuk masyarakat sekeliling, sedangkan orang lain juga berhak untuk memperolehi projek itu jika kertas kerjanya mempunyai syarat-syarat yang mampu menjadikan penghasilan yang baik pada akhirnya .Apa pandangan kamu tentang ini? bagaimana untuk mendapatkan sesuatu yang adil jika orang-orang yang gila kuasa merasakan projek itu mereka yang punya? apakah kamu fikir projek-projek yang kroni-kroni mereka dapat akan berjalan dengan baik dan peroleh hasil yang baik? mungkin disebabkan inilah ada projek-projek yang terbengkalai, jalan raya retak dan sebagainya. setelah habis duit diberi kerja-kerja yang dilakukan melalui pengkakhiran yang sangat membazir. Apa yang kroni-kroninya dapat tentulah kekayaan dari penghasilan sesuatu yang tidak habis dilakukan dan bagi mereka itu bukan tanggungjawab mereka jika duit tidak mencukupi untuk menampung kos mereka yang maha sedikit bagi anggapan mereka.
Apa pandangan kamu tentang situasi ini?
situasi 2: Apa yang kamu fikirkan tentang ini pula? jika kawan kamu punyai satu kugiran muzik dan menempa nama dipersada seni mungkin, dan rakan mereka terbahagi kepada 2 , satu bahagian atau bahagian 1 rakannya punyai wang, punyai bakat dalam seni "photo" atau "designer" hanya pada tahap pertengahan dan punyai lubang-lubang untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah, senang cerita boleh "skip" dari kesusahan. satu bahagian lagi atau bahagian 2 rakannya tidak mempunyai wang, punyai bakat yang besar dalam seni "photo" atau "designer" , punyai lubang-lubang untuk mendapatkan sesuatu tetapi agak sukar mendapatkannya. Dan kugiran muzik ini mahukan sesuatu yang unik untuk album dan mahukan yang terbaik dari 2 bahagian kawan-kawan mereka. Untuk perancangan, mereka mahukan rakan bahagian 1 yang punyai wang, rakan bahagian 2 yang punyai bakat besar dalam bidang "photo" atau "designer" dan yang ketiga masih mahu mengambil rakan bahagian 1 untuk mendapat lubang-lubang untuk mendapatkan sesuatu yang mudah.Sudah tentulah kamu mahukan yang terbaik untuk kugiran kamu bukan?
Tetapi perancangan itu bukanlah seperti apa yang dirancang, rakan bahagian 1 mahu menguasai keseluruhan rancangan itu dengan mahu mengambil kroni-kroninya sahaja dalam projek itu jika tidak sumber-sumber yang mahu diperolehi tidak akan dapat oleh kugiran muzik itu tadi. bukan itu sahaja mereka mahu menguruskan semua termasuk kewangan dan segala bentuk perancangan yang akan datang. tahulah mereka punyai kuasa dalam wang sudah la begitu mahu mengambil kesempatan dalam segala hal. Disebabkan termakan budi diikutkan sahaja apa rancangan yang mahu dilakukan.
dari situasi 2 ini pula apa pandangan kamu tentang keadaan ini?
Mungkin kali ini agak merepek tetapi saya puas hati pesoalan ini dapat dikeluarkan dari kotak fikiran saya yang agak berserabut buat masa ini.
haih (mengeluh lagi)
5 comments:
saya prn alami bende yg lebih kurang same gak...di satu institusi kerajaan...masa tu ade sorang mamat nie dgn bapak die...selambe tenuk je die masok dulu...
"weh,..weh..kau..kau ..kau..!!!ape hal plak kau masok dulu...org laen amek nombor la wehh.......wehhh...ek eehh...siap ade org jemput lg...(dia masok sambil tersenyum..)kurang ajar..siap kau..aku tebok tayar kereta ko pasnie..."
eehhhh...sori kak sori terover plak..geram sgt nie...jgn la saya jd org mcm tu...
hek hek biasa la tu perasaan marah pasti ada punya.. untuk perkara yang saya utarakan tu semua tu tak boleh lari, benda ni dah jadi habit kita.. kita dah terbiasa dengan hasil penggantungan pada orang lain. tu sebab apa yang kita buat tak pernahnya mampu dimiliki dengan baik. contohnya proton nasional bukan kita buat luaran tu mungkin tapi engine dia sendiri kita amek dari negara-negara lain seperti jugak komputer, luaran je hasil daripada tangan anak Malaysia tapi teknologinya dari taiwan.. fuh taiwan babe drg lagi advance dari kita.. mentality pemabawakan orang tua yang dah biasa dengan penggantungan ni dah korup sebenarnya.. kita yang muda ni kene buat perubahan untuk menjadi kekuatan generasi akan datang..
hek hek lebih-lebih plak cite kan.. =D
manusia mmg mudah lupa..
pantang ada kuasa mula jd gila..
hahahahaaa....
hak hak ... memang gile kuasa...
kecohla
Post a Comment