Wednesday, November 19, 2008

Apa ada pada nama?

Semalam saya kusyuk menonton satu filem berkisahkan tentang agama Allah, tentang fitnah dan poligami, terus saya lupa semua kerja-kerja saya, sedangkan hari ini ada mensyuarat yang perlu saya hadiri. Laporan masih tidak saya siapkan semalam, semata-mata sibukkan diri untuk menonton filem yang dah lama saya nanti. Sebelum ini saya tertarik untuk menontonnya bukanlah disebabkan tajuk filem itu tetapi disebabkan ada yang menghantar email kepada saya pautan "promo" filem ini.

Saya agak kurang pasti kenapa masih ada segelintir masyarakat kita yang hanya melihat tajuk, kemudian mentafsirkannya tanpa mahu mengetahui sinopsis cerita itu. Baca saja sinopsis yang diberikan, kalau kamu tak suka tak payah susah-susah untuk menontonnya, mudah bukan? Ada juga yang "menganjing" saya ketika saya menonton filem ini. " oi! jiwang nya kau!" haih jiwang ke kalau saya cuma ingin tahu apa cerita selanjutnya tentang filem ini? saya pun tak pasti.

Bagi saya, filem ini harus ditonton ,sekurang-kurangnya kepada kamu yang tak tahu, ada juga pengetahuan yang kamu boleh pelajari tentang tatatertib pergaulan kita dan setidak-tidaknya kamu tahu apa sebenarnya yang kita tahu tentang memperjuangkan agama Allah berpandukan kitab yang di turunkan Allah. Tetapi perlulah berhati-hati ada juga babak yang mengelirukan sedikit bagi saya didalam filem tersebut. Kita sebagai manusia jika was-was tentang sesuatu perkara hendaklah mencari kebenaran dan bertanyakan kepada orang yang lebih tahu. Semoga Allah tidak menyesatkan kita. Amin.







"Promo" Filem Ayat-ayat Cinta




Apa yang kamu fikir tentang "promo" ini? ada rasa nak tonton ke? =D


ok! kalau kamu nak tonton penuh filem ini click disini

12 comments:

Aku said...

dear...

rindu kamu,bukan kepalang...dlm waktu yang singkat ini,banyak yang telah melanda nina.

Apapun nina tetap ingat lely....lely jaga diri ok...

Madu Warna Biru said...

ok nina ..

harap tiada apa yang gusar bertandang..

harap juga jalanan yang kamu lalui agar selalu terlihat dari mata hati kamu ..

jaga diri kamu juga ok! =D

Amak said...

heheheheh. noe memang geli tengok cerita cintan cintun. Kalau betul-betul desperate je tengok.

tapi kan lely, kalau nak tau bab-bab agama ni, bukan kita boleh baca kitab dan berguru ka?

ngeh ngeh~

Madu Warna Biru said...

boleh~ dengan cara apa pun boleh sebenarnya, kalau rajin nak berguru atau belajar lagi mendalam pun bagus sangat.

cuma cerita atau yang berkaitan boleh bagi kita nampak situasinya.. boleh kita nampak keadaannya..

daripada keadaan tu kalau kita tak pasti kita boleh refer dari apa yang kita pelajari..itu cuma pendapat tapi kalau salah boleh la betulkan neh.. =)

Amak said...

tak nooookkkkk!

ahahaha!

Madu Warna Biru said...

hak hak ... =D

kelaka la noe ni jangan lupa lepak sama tau dah bape bulan ni tak lepak sama..


ngee~ =P

nurul said...

beb...
ni mesti cite ayat2 cinta kan....

hehehe...nu tgk gak cite ni....
hem...dari segi tatacara islam yg ingin ditonjolkan mmg bagus, berbeza dari filem2 skng...tp character aishah tu nu rase in this world...rasenye dh xde....terlalu sabar n mengikut segala keperluan suami....

mayb cerita ni nk mengajar kita utk menjadi isteri seperti aishah....tp dlm bab2 poligami ni nu rase ramai yg kurang setuju wpun poligami mmg dlm syarak kita....n sebagai isteri kita xleh say no lau suami kita nk berpoligami tp bleh kita berkongsi kasih?

jln cite bagus tp bab poligami ni isu sensitif la...

Madu Warna Biru said...

memang nu susah nak dapatkan orang macam aisyah sekang...

cuma agak kompius bab maria kawen tu .. dia kristian kan? hummm tak sure la kalau lely missed babak kan.. humm

Anonymous said...

gulp....
aku x rasa blh jd cam aishah..
and klu blh x nk jd cam maria...
so...
blh x klu aku jd cam fahri...
hahahahaaa...

Sunshine in the morning said...

penuh keinsafan & pengorbanan..

love this movie so much..;DD

Madu Warna Biru said...

Sunshine in the morning,

YUp.. entah boleh entah tidak manusia zaman sekarang macamtu..

haih ... risaukan hati sendiri yang tatau mampu atau tidak nak hadap masalah yang tak delah besar mana... kan?

Sunshine in the morning said...

pasti Allah sembunyikan penawar dibalik racun itu..

sabar & rehda..;DD