Thursday, November 20, 2008

Segmen Belajar Berfikir #5

Hari ini agak tenang sedikit, perasaan yang mungkin saya rasakan agak bercelaru kebelakangan ini dan dapat saya tepis sedikit demi sedikit. Disebabkan majlis tertutup yang saya rasakan agak kelakar, menutup segala kecelaruan saya didalam menjalankan tugas saya di syarikat hari ini. Mungkin betul kata orang, kerja adalah kerja, tak perlulah dicampur adukkan hal-hal peribadi dengan tugas kamu di pejabat, pasti kamu akan dapat jalan yang lebih baik agar kerja kamu mendapat hasil yang terbaik. oh! ini bukanlah satu diari peribadi untuk diluahkan tetapi saya tak tahu apa yang sepatutnya saya mulakan untuk entri kali ini.

Saya sentiasa mahu mendidik pemikiran saya agar dapat mengubah sesuatu yang mungkin biasanya atau kata lain memang selalu berada dalam pemikiran segelintir masyarakat kita yang agak tipikal dalam satu-satu hal yang berkaitan dalam kehidupan mereka. seperti yang kamu tahu entri ini adalah berkaitan dengan bagaimana untuk kita berfikir tentang satu-satu masalah dan pendapat kamu amat diperlukan untuk dikongsi bersama.

situasi 1: satu-satu masalah dalam kerja-kerja yang kamu lakukan dan ketua kamu bersifat seperti keanak-anakkan dalam menjalankan kerja mereka, bilamana sesuatu tugas yang kamu lakukan itu adalah berkaitan dengan tugasan kamu dan ketua kamu juga perlu memberi perhatian dalam permasalahan itu dan sepatutnya tindakan ketua kamu perlulah "profesional" dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Contohnya ketua kamu adalah pekerja di syarikat A dan kamu adalah pekerja di syarikat B dan Syarikat C adalah "agen" yang dilantik oleh syarikat A . Kamu adalah wakil dari Syarikat B merangkap "coordinator" ditugaskan untuk memastikan syarikat C menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna, manakala syarikat A perlu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Syarikat C melalui kamu iaitu syarikat B. Dalam keadaan itu kamu telah nampak satu masalah timbul dan memerlukan maklumat rasmi supaya syarikat kamu , dan syarikat C menerima maklumat tersebut agar kamu dan syarikat C ,dapat menyelesaikan masalah dengan baik. tetapi syarikat A tidak mahu memberi maklumat rasmi tersebut dan ketua kamu hanya menyampaikan penyelesaian dari mulut. Apabila penyelesaian masalah itu tidak dapat ditafsirkan dengan sempurna oleh kamu dan syarikat C , ia menyebabkan masalah itu tidak dapat di selesaikan dengan baik. masalah ini timbul dalam satu mesyuarat dan kamu menyatakan , ketua Syarikat A tidak memberi maklumat secara rasmi dan penyelesaian yang diberikan tidak jelas. dan ketua syarikat A itu seakan tidak dapat menerima kritikan itu dan berkata "ok! saya akan memberi maklumat secara rasmi, tetapi jangan cari atau bercakap dengan saya ,sehingga kamu memberi maklumat rasmi kepada saya dalam apa perkara sekalipun!" .ini termasuk juga dalam urusan tidak rasmi, Apa pandangan kamu jika ketua syarikat A bersikap keanak-anakan seperti itu? kata-kata yang diberikan seolah-olah dia merajuk. Apakah ada penyelesaian yang baik didalam tugasan-tugasan rasmi jika ketua kamu atau ketua-ketua bahagian kamu bersifat keanak-anakan seperti itu?

Didalam situasi 1 masalah yang dihadapi sebenarnya tidaklah terlalu berat dan dia boleh menyelesaikan perkara itu dengan baik jika dia mengambil sesuatu masalah itu dengan cara yang lebih "profesional" dalam etika bekerja. Kadang-kadang kita tak perlulah menyalahkan orang lain dalam satu-satu masalah atau mencampurkan urusan kerja dengan peribadi. Seharusnya kita perlu melihat kesilapan dalam diri kita dahulu sebelum kita menunjuk-nunjuk kesalahan orang lain. dan akibatnya malu sendiri. apa yang kamu fikirkan tentang itu?

Situsai 2: Kamu ada seorang kawan bernama E, kamu rapat dengannya mungkin satu ketika dulu tetapi sepanjang perkenalan kamu dengan si E, kamu telah selisih faham dan menyebabkan kawan-kawan yang kamu rapat sebelum ini telah manjauhkan diri dari kamu. tetapi kamu adalah seorang yang tidak mahu membesarkan keadaan dan kamu masih berkawan dengan si E , dari kesilapan si E kamu lebih berhati-hati tetapi kamu masih melayan si E seperti biasa. Si E adalah seorang yang sangat terasa hati, kadang-kadang sesuatu masalah yang bukan berkaitan dengannya juga di rasakan ada berkaitan dengan dia. Sehinggalah pada satu ketika kamu hanya memberi komentar tentang penulisan rakan kamu Si F, si F tidaklah berapa baik dengan si E tetapi si F tidak pula memburukkan si E didepan kamu, dan apabila kamu memberi komentar tersebut si E merasakan kamu telah memberi satu komentar yang berkaitan dengannya sedangkan komentar itu tak berkaitan langsung tentang diri si E. dan daripada keadaan itu si E telah membuat penulisan tentang kamu dan menyatakan kamu baik hanya didepan dan kamu telah dianggap menikamnya dari belakang. Persoalannya disini perlukah si E terasa hati begitu jauh sehinggakan sesuatu perkara yang bukan berkaitan ,dianggap berkaitan dengannya? apakah yang kamu perlu lakukan sekiranya si E beranggapan seperti itu? dan apakah si E ada hak untuk tidak membenarkan kamu berkawan dengan si F hanya disebabkan si E tidak baik dengan si F?

apa pendapat kamu jika siE dalam kata cocoknya mengongkong kamu dari berkawan dengan kawan-kawan lain dan apabila kamu berkawan dengan kawan-kawan yang si E tidak suka kamu juga dianggap menikamnya dari belakang sedangkan kamu tidak melakukanya di kedua-dua belah pihak?

Mungkin ini melibatkan hati dan perasaan, tetapi itu semua boleh diselesaikan jika berfikiran positif. Mengapa perlu kita wujudkan rasa keraguan tanpa mencari kebenaran yang sebenarnya .Keadaan ini boleh diklasifikasikan dalam kategori perasan sendiri. betul atau tidak? apa pendapat kamu pula tentang situasi 2?


p/s: Keraguan yang sentiasa bemain dikepala, kenapa pemikiran segelintir masyarakat kita perlu bersangka buruk terhadap orang lain sedangkan perkara itu boleh saja diselesaikan dengan mudah?

haih

8 comments:

Amak said...

SITUASI 2= jadi orang tengah ni memang perit kan lely?

sabar je lah..haish..

dah lama tak ym beborak ngan lely! dah lama tak lepak! haish jugak!

Madu Warna Biru said...

memang perit noe..susah nak menjaga hati orang sebenarnya..

baiklah kita menjaga hati kita yang dah tersedia terbiar disebabkan kita sendiri.. dan agak2perkara yang tak berkaitan ingnore kan aja.

=D

tu la dah lama tak bebbual dengan noe kan dah lama tak lepak sama jugak, nanti kita mesti kene lepak ok! nak pelok noe kuat2 peh tu nak suruh noe nyanyi hekhek =P

Anonymous said...

jd la diri sndr...
jgn jd lalang...
hdup ni kt yg tentukan knp mst nk ikot petunjuk org lain..
atau jln plng mudah..."ignore je ppl yg kau rasa sgt disgusting"
:)

Madu Warna Biru said...

yerp.. bukan kita tak mahu ambil tahu.. boleh sebenarnya selesaikan dengan baik..

cuma hati je diberi pilihan nak atau tak nak..

tapi kalau dah tak mampu juga lebih baik ignore dari menyakitkan hati sendiri..

kalau dia juga tak boleh terima lebih baik la kita yang ignore dari perkara menjadi lebih besar..

tasekM said...

apa kata kita bakar saja syarikat A itu... erk..!

he he.

Madu Warna Biru said...

hak hak cadangan yg baik..

hak hak =P

Si Penanya (?) said...

tak tau la kak..
susah nak habaq.. benda macam ni ikut situasi juga kan?

faktor usia, taraf pendidikan, dan seperti yg akak ckp la, sesetengah masyarakat kita mentalitinya begitu. bukan untuk memilih yang terbaik, dan kadang2 ego sendiri tak mahu terima pendapat orang lain yg jauh lebih bawah dari kita meskipun pada dasarnya pandangan yg diberi sgt bagus.

mungkin golongan professional dalam bidang pekerjaan nanti tak seteruk itu. aku masih muda. tapi rata2 yg aku tengok macam tu lah.

so, kebanyakan perkara bila melibatkan orang yg lebih tua aku just diam meskipun aku tak setuju gila babi..

Madu Warna Biru said...

yup penanya,

semua ni ikot situasi

ini adalah salah satu situasi yang sering berlaku, biasanya orang muda macam kita ni la kene mengalah sedangkan itu adalah satu kebaikan..

ada masanya kita sebagai orang mudalah kene sentiasa berfikir apa jalan yang terbaik untuk serasikan dengan mentality orang macam tuh..

sebab kita tau dia takkan mengalah so kita lah kene fikir cara cemana akan membuatkan kerja-kerja kita berjalan dengan lancar..

Insyaallah