Wednesday, March 18, 2009

Segmen Belajar Berfikir #7

Dah lama tak mencoret sesuatu dalam blog ni. Terlalu banyak benda baru yang berlaku dalam kehidupan saya sejak awal tahun ini. Mungkin azam baru atau sesuatu yang telah datang membawa cahaya yang sangat istimewa dalam hidup saya. Dah lama juga bertahan bila sesuatu yang ingin diluahkan tak terluah untuk menenangkan hati yang terkadang sakit tak tahu la nak cakap. Kerja masih seperti biasa dan masih lagi ditahap yang agak menyakitkan, tapi dah "reduce" sikit dari tahun lepas. Mungkin saya dah belajar macam mana untuk bersabar dengan lebih banyak lagi dan mungkin ilmu-ilmu yang telah saya dapat membantu saya untuk mengawal kemarahan. haih~


Saya cuma masih terlalu persoalkan apakah kelebihan orang yang suka mengampu. Apa kelebihan orang seperti ini didalam kehidupannya dan kehidupan orang lain? kalau ikutkan kehidupan orang lain pastinya memang tak tertahan maki hamun dalam hatinya untuk terkeluar dari hujung bibir. Apa yang kamu rasa bila orang seperti ini dah la suka mengampu suka pula letak kesalahan sesuatu masalah itu kepada orang lain sedangkan dia yang merumitkan masalah yang sebenarnya mudah untuk diselesaikan. Mungkin dah jadi kebiasaan orang seperti ini suka menyusahkan orang lain atau dia nak dapat perhatian dari majikan untuk dapat duit lebih atau untuk merasakan diri dia ni macam bagus sangat. Jika kamu terlibat dalam perkara yang melibatkan orang macam ni apa yang kamu nak buat?



situasi 1: Kamu seorang pekerja oleh satu syarikat yang ditugaskan menjadi koordinator satu projek kerajaan, dimana tugas kamu adalah memastikan semua kerja yang telah di laporkan mesti disiapkan secepat yang mungkin mengikut prosedur yang telah ditetapkan iaitu dengan memastikan tugas itu diselesaikan dengan baik, cepat dan tiada masalah. Mengikut arahan jika ada apa-apa berlaku atau kelewatan dalam kerja yang sedang dilaksanakan kamu terpaksa memberitahu kepada pihak yang sepatutnya memberi arahan kepada anak buahnya supaya menjalankan tugas sesegera yang boleh. Mungkin juga silap kamu tidak memberi salinan "email" kepada pihak atasan untuk memastikan kamu telah memberitahu masalah yang kamu hadapi itu telah kamu rujuk kepada orang yang bertanggungjawab. Kalau ikutkan tanggungjawab memang sepatutnya tak perlu untuk memberi salinan semula "email" yang telah dihantar kepada orang yang bertanggungjawap tersebut sekiranya dia tahu tanggungjawap yang dipikul adalah penting, bila orang itu adalah orang yang suka mengampu, suka lepaskan masalah kepada orang lain dan mahu semua tahu dialah yang melakukan kerja tersebut sedangkan dia tahu dia telah melepaskan tanggungjawap terebut kepada orang lain sehingga orang yang sebenarnya tak perlu dipersalahkan telah dipersalahkan oleh pihak atasan ,Apa tindakan kamu terhadap orang seperti ini?



Sudah la suka melepaskan tanggujawab kerja tersebut kepada kamu , didalam mesyuarat dengan pihak atasan kamu telah dituduh tidak memberitahu masalah tersebut dengan segera kepada dia dalam permasalahan itu. Dalam pemikiran dan rasa hati kamu, kamu sebenarnya mahu menutup kesalahan , kononnya mahu membantu agar dia boleh mejalankan tanggungjawab bersama, dengan kata lain sama-sama tanggung salah. Niat kamu juga mahu pekerja yang hanya tukang selesaikan masalah atas arahan pihak atasan tidak dipersalahkan kerana tidak melakukan kerja yang ditugaskan kepada mereka sedangkan masalah tersebut adalah berpunca dari masalah dia yang suka melepaskan tanggungjawap itu. Dan sehingga boleh kamu tidak mahu mana-mana pihak dipersalahkan oleh pihak atasan sehingga pihak tersebut nampak siapa yang tak melakukan kerja-kerja tersebut. Malang sekali bila tukang ampu tu dah buat cerita kononya dia terlalu sibuk dan tidak sempat untuk melihat email tersebut sedangkan kamu telah buat panggilan dan memberitahu dia tentang masalah tersebut apa yang kamu boleh buat? sudah tentu kamu bulat-bulat telah dipersalahkan oleh pihak atasan atas sebab kamu tidak memberitahu mereka tentang perkara tersebut.



Kamu seharusnya perlu ikut prosedur dan sentiasa melaporkan kerja kamu kepada pihak atasan supaya tukang ampu tuh buat kerja tanpa membebankan masalah tersebut kepada kamu.

Biar padan muka dia!!

2 comments:

D'Rimba said...

Kenapa tak letak kotak pengikut?

Madu Warna Biru said...

dah letak dah .. ngee~