Friday, June 5, 2009

Cik "Psycho" Kembali lagi..


Macam biasa dah lama saya tak update blog ni. Terlalu banyak kerja dan terlalu banyak perkara lain yang perlu saya uruskan. Kehidupan agak tersusun sedikit dengan beberapa watak manusia yang berada hampir disekeliling saya agak berubah. Nasib baik.. hati rasa tenang dari terlalu serabut untuk memikirkan perkara yang membangkitkan rasa marah.


Kawan-kawan yang rapat mungkin dah mempunyai kehidupan baru. zaman dulu dah tak macam zaman sekarang, dulu mungkin saya "heavy, hangout" dengan kawan-kawan sampai tak ingat nak balik rumah, dan sebenarnya memang tak ada masa nak balik rumah pun. Kawan-kawan yang lain pun tak macam dulu, yerla mereka mulanya berdua sekarang dah bertiga, dan yang lain pun mungkin dah ada kawan-kawan baru yang menghiasi hidup mereka. Allhamdulillah ternyata dunia akan ada perubahan, kalau tak memang susah nak hadap perkara yang sama setiap hari kan?

Tetapi yang peliknya kenapa? mungkin masih ada manusia bila punyai rasa sakit hati sampai busuk bernanah dalam hidup dia yang bertahun bersarang masih tak rela untuk membersihkannya lagi dari kehidupan itu. Penyakit bukan tak boleh nak diubati kecuali itu memang dah sampai masa untuk dia pergi dari dunia ni. Macam juga masalah, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan dengan baik. bila hati dah membusuk dan kepala otak tak ada " Inesiatif" untuk mengubati hati mereka sendiri. nah! ini lah jadinya, busuk dan bernanah yang melekat dalam hati jika dibasuh dengan berus dawai pun takkan hilang macam kerak dibontot kuali. haih..

Jika situasi yang berada dalam kehidupan kamu mempunyai, mungkin kawan pada awalnya tak pernah mengaku salah dan dia beranggapan sesiapa yang menegurnya adalah musuh dia yang tak sudah, dan kawan tersebut mencanang cerita yang mungkin 90% bukan cerita sebenar yang direka khas untuk menjahanamkan kehidupan orang yang tidak disukainya. apa yang kamu nak lakukan? mungkin kawan-kawan yang disekelilingnya dah lari dari menghampiri kehidupan dia yang tak masuk akal dan suka menganggu ketenteraman orang lain sedangkan 80% dari kehidupan orang yang tak disukainya tu adalah bukan dari kesilapan dia semata-mata. jika diberi 2 tahun kepada kawan tersebut, 2 tahun la dia akan cuba dengan apa sekalipun cara untuk menjahanamkan kehidupan orang yang tak disukainya. haih.. mungkin kehidupan barunya mempunyai kawan-kawan yang baru dan kawan-kawan barunya masih tak mengenal kehidupan sebenarnya dan sangat beruntung kepada kawan-kawan lamanya kerana sudah bebas dari kehidupan yang mempunyai dia yang sangat merungsingkan.


Dan apakah kamu beranggapan penyakit yang dihadapi seorang kawan dalam situasi tersebut adalah "psycho" ? Dan jika benar, bermakna Cik "Psycho" kembali lagi.. kamu dan kamu diluar sana berhati-hatilah dan jangan penyakit tersebut menjahanamkan hidup kamu nanti.

p/s: sudah-sudah la.. dah lama ni babe..haih!!~

4 comments:

Amak said...

agaknya kan, anak aku dah besar2, lely pun dah kawen, semua dah ada life sendiri, encik psiko masih meroyan2 lagi.

udah2 la tu. jangan tambah benci orang lagi.

Madu Warna Biru said...

tuh la agaknya bagi masa 10 tahun kita siap dah ada cucu pun belum habis lagi.. haih..

Sunshine in the morning said...

salam sis..

lama sis menyepi
akhinya 'kembali'lagi
hehe

Madu Warna Biru said...

tuh la tengah carik idea ni.. hik hik =P