Wednesday, December 17, 2008

Kesan Komunikasi

Allhamdulillah, mungkin saya sudah tenang sedikit dari permasalahan yang menjadikan saya kusut dan resah setiap kali mengingatnya. Saya seolah-olah seperti mengalami fobia untuk mendengar radio. Takut-takut kalau hati mula merasakan resah dan akal akan mula kusut kembali. bila rasa gelisah itu mula menyinggah cepat-cepat nafas dihela dan beristghfar selagi daya.. haih! masih menarik nafas dalam..

Saya masih dalam kekeliruan, kekeliruan didalam berkomunikasi dan cara penyampaian sesuatu perkara baik berkaitan dengan landasan Allah atau apa jua perkara yang berkaitan dengan kehidupan setiap manusia. Mungkin ianya juga ada berkaitan dengan kamu diluar sana dan masih boleh dianggap ia berkaitan dengan kehidupan saya. Kadang-kadang bila komunikasi yang berbeza-beza dari setiap manusia yang kita kenali dalam hidup kita membuat kita punyai satu pengalaman untuk berinteraksi dengan orang lain samada dalam formal atau tidak formal. Tidak kiralah didalam mensyuarat mana-mana syarikat, kecil atau besar, interaksi antara kawan-kawan yang rapat atau tidak rapat, berdakwah untuk penyebaran agama ataupun berinteraksi terhadap musuh kita. Semua itu memerlukan komunikasi samada dua hala atau sehala. Komunikasi banyak memberi kesan kepada masyarakat, biasanya masyarakat disekeliling kita akan memberi kesan dari komunikasi yang dipertuturkan kepada orang lain melalui cara,pemikiran dan rasa . Penerimaan sesetengah komunikasi itu juga mampu membuatkan sesetengah manusia itu "down" , terlalu gembira atau rasa tekanan sehingga boleh menyebabkan kesan yang tidak baik atau baik terhadap kerja dan kehidupannya ataupun boleh menyebabkan mereka selalu menangisi dengan segala bentuk kekecewaan atau boleh menyebabkan hati merasa gelisah dan tidak tentu hala.

Komunikasi dalam apa jua keadaan juga boleh dilihat dari pemikiran orang lain tentang sikap dan tingkah laku yang dimiliki. Samada dia benar-benar mahu menyebut tentang perkara itu dari hati yang ikhlas atau sengaja mahu menunjuk-nunjuk tentang perkara yang berlaku ke atasnya, contohnya komunikasi yang mahu menunjukkan yang dirinya hebat dan bagus dari segi apa pun yang dia lakukan. (kira macam cakap besar la) jika kita didalam menyuarat iaitu dalam keadaan formal kebanyakan mensyuarat-menyuarat yang dihadiri oleh syarikat-syarikat swasta yang dikendalikan oleh kerajaan kebanyakannya seiras berupa ugutan. Komunikasi yang tidak berapa baik dan memaksa pihak-pihak yang telah berjaya mendapatkan "tender" mereka akan digunakan selagi boleh walaupun tiada didalam syarat-syarat "tender" . Dan jika tidak diikuti berkemungkinan mereka akan di senarai hitamkan dari mendapat '' tender" akan datang. Disini berlakulah penghentaman kepada syarikat-syarikat swasta yang sebenarnya mampu menjalankan kerjanya dengan baik tetapi disebabkan komunikasi yang kurang baik didalam mensyuarat itu tadi 90% akan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak mendapat penghasilan yang memuaskan pada akhirnya. Cuba kamu tanyakan kepada pegawai pemasaran kamu ataupun bos kamu tentang menyuarat yang dihadiri bersama kerajaan? yang biasanya kamu dengar " panas telinga " itu berkemungkinan jawapan mereka berikan dan ini adalah kesan yang berkaitan dengan komunikasi yang boleh menyebabkan tekanan dan boleh menyebabkan kerja yang dilakukan tidak dihasilkan dengan baik.


Contoh lain juga boleh dikatakan ada berkaitan dengan komunikasi. Mungkin penyebaran dakwah ataupun cara penyampaian kita tentang sesuatu perkara yang berlandaskan agama dan penerimaannya boleh dikatakan sebagai kesan komunikasi. Ia boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan atau hilang kesabaran dalam satu-satu komunikasi dari perkara yang cuba ingin disampaikan atau diperbetulkan. Lihat saja dikebanyakan youtube dari komunikasi-komunikasi yang berkaitan dengan apa yang ingin diperlihatkan. Ada cacian dan makian ada yang menyalahkan manusia lain dan tidak lupa juga kepada yang sentiasa memberi nasihat. Tetapi dalam cara mana pun untuk kita menyampaikan sesuatu perkara, kita mampu menyusun kata-kata dengan baik tetapi tegas dan mempunyai pengisian yang tepat dalam mempertahankan sesuatu perkara yang betul. Contoh yang biasanya saya dapat lihat adalah didalam blog satu hala. Banyak Informasi yang saya dapat belajar darinya. Banyak juga komunikasi yang saya dapat lihat dan pelajari walaupun kita hanya mampu membaca tanpa mengetahui intonasinya. Kebanyakan cara yang cuba disampaikan membawa kesan kepada saya dan saya sedikit sebanyak dapat memahami apa yang mahu disampaikan oleh beliau. Mungkin agak lama beliau ini tidak mengemaskini entrinya. Tetapi disini apa yang cuba disampaikan boleh la dikongsikan kepada kamu yang sedang membaca blog ini. Contoh komunikasi yang dapat kita lihat dari blog beliau yang dikenali juga didalam dialog yang akan saya paparkan dibawah adalah NizamPablo ia berkaitan tentang dialog pemuda-pemuda kristian:

Dialog Dengan 2 Pemuda Kristian :

flaneldez :percayalah kamu semua kpd benda2 bodoh sebegini!! Tuhan tak wujud!! hanyalah imaginasi orang bodoh!! faham!!!

NizamPablo : Dgn hanya membaca karya Richard Dawkins x mnjadikan kamu sbg Prof Theology. Jelas dgn x mmpercayai Tuhan itu, mmbawa kamu kpd kebodohan tegar. Ianya jelas dgn melihat sikap kamu yg x bradab. Richard Dawkin si Atheist idola kamu itu lebih beradab dr kamu dlm berhujah dgn golongan yg ditentangnya. Belajar adab dulu sblum ingin berhujah dsini, kerana saya x mahu mmbuang masa brhujah dgn org yg kurang mnggunakn akal spt kamu. Buktikn kamu brakal dgn beradab dahulu sblum mncabar pegangan sseorang..

flaneldez : hahaa!! saya sebenarnya tidak berniat untuk bersikap kurang ajar terhadap kamu!! tapi terhadap kepercayaan kamu!! saya tidak baling batu terhadap kamu, tapi terhadap masjid kamu!! apasal kamu marah bila batu dirobohkan?? hang sakit mana??? hang sebenarnya tengah mencari kebenaran ya?? saya ada jawapan!! mahu tahu?? agama hang tak mungkin berikan jawapan yang sebenar!! semuanya tipu muslihat!!!

NizamPablo :Kamu berkata :saya sebenarnya tidak berniat untuk bersikap kurang ajar terhadap kamu!! tapi terhadap kepercayaan kamu!! saya tidak baling batu terhadap kamu, tapi terhadap masjid kamu!!..apakah saya boleh membuat andaian kamu tidak bersekolah & X mndapat pndidikan dgn hanya mmbaca komen kamu ini? kesimpulan kpd hipotesis sikap kamu menunjukkan kamu tidak bersekolah.. sila buat percubaan dgn secara lebih bijak dilain kali.. terima kasih kerana berminat dgn Islam.. jika x, knp kamu disini?

kejut88 :sori 2 say,JGAN BERCAKAP MCM ORG BODOH!!!flaneldez jangan berfikiran sempit sangat,ini adalah kepercayaan kami terhadap agama kami.. kalau tuhan xwujud macam mane pulak kamu boleh wujud????xkan kamu cipta diri kamu sendiri?????pikirlah sikit..jangan BODOH sangat..sori ok..

lilhunny : Nizampablo..org kafir cam makhluk atas nie...dia tu tktau per yg dia ckpkan...dia tkder pentunjuk dlm kehidupan dia...sejahil2 kita sebagai umat Islam tp kita masih der lg Qiblat untuk kita jdkan panduan dlm hidup kita...semoga Allah melindung hamba2 Nya...

NizamPablo : TQ lilhunny.. sengaja saya publishkan utk tunjuk bgmana sikap mereka.. mereka tidak mampu menafikan kewujudan Allah sedaya mereka.. yg boleh hanyalah memaki hamun dsb.. biarkan mereka.. bg yg bijak, mereka akan mampu buat penilaian.

guchibear : kawan..u tau tak apa ertinya dosa??? mencuri,menipu,merogol,myembah bhala n sebagainya itu adala dosa..bg saya sekecil2 mana pun perbuatan jahat yg u lakukan bagi sa itu tetap dosa..so tidak ada ringan n beratnya perbuatan u tu..allahtu maha suci so sudah tentu org yg layak masuk surga adala org yg tidak melakukan dosa...

kancit1 : ape masalahnya ko dgn video ni..ade ke cerita tentang kristian..islam adalah suci..dlm abad ini ade ke manusia yg x pernah melakukan dosa..sebb itu kami sebagai makhluk Allah sentiasa betaubat padaNya....Allah huakbar..ko sesebagai manusia x layak menilai yg diri ko tu pasti masuk syurga...di dalam al'quran..orang kafir hanya akan m'jadi batu untuk menyalak api neraka...nauzubillah..."TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

guchibear : u maybe tidak myebut soal agama..but bknkah kmu menganggap stiap org yg tidak menerima agama islam itu kafir??? saya mmg tidak layak utk mnilai diri sndiri tapi itu la yg dikatakan nabi isa yg jg kami kenal dalam nama yesus bhawa stiap org yg pcaya dalam namanya akan msuk surga.n dia la jln yg lurus...

NizamPablo : apakah lojiknya hanya percaya kepada nama? Kenapa kamu menyatakan beriman kepada Jesus itu merupakan jalan yang lurus? Boleh kamu jelaskan? Bolehkah seseorang itu menanggung dosa org2 yg lain? bagaimana pula dgn dosa manusia2 sebelum Jesus disalib? kenapa Jesus yg dianggap sebagai tuhan itu menjerit meminta pertolongan kepada tuhan "Eli, Eli, Lama Sabakhtani!" yg brmaksud "tuhan! tuhan! kenapa aku ditinggalkan?!" Matthew 27:46. Kenapa harus dia meminta tlg kpd tuhan sdgkn dia kamu katakan tuhan?

flaneldez : boleh kamu berikan sifat2 tuhan?? di mana tuhan? cakap? di langit? di planet mana?kalau kamu tahu dimana tuhan, kamu akan faham maksud apa yang jesus duk menjerit!! ok!! pi kaji selidik ajaran Gnostic, ataupun pi baca Pistis Sofia untuk mengetahui lebih mendalam ttg sifat sifat Tuhan!!

NizamPablo : soalan saya masih belum dijawab... kenapa mesti cuba mengelak memberikan jawapan?

ajami89 : kafir2..tak abis nak kutuk agama islam..dah la kafir..mentang plak tu..orang kafir ni bodo..tak pandai fikir sebab tu cakap lepas je..semoga 1 ari nanti allah tunjuk kat orang kafir tntang kebesaran dia..baru dia tau..aku paling benci ngan orang kafir..bolok..ader ker orang mati mintak duit..pastu bakar duit kereta la..dan sbgainyela..dulu mase aku kecik aku anti tokong tok pekong ni..siap baling mercun lagi..orang kafir memang sial..wa benci la tngok muka lu..ALLAH HUAKHBAR..

NizamPablo : ajami89.jaga bahasa tu. kita jgn jadi mcm diorang. lagi pun ada larangan jelas dari Allah dlm ayat 108 surah Al An 'aam mcm di bwh:Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerna mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dgn ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pd pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kpd Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kpd mereka apa yg mereka telah lakukn.

Tunturugung : yalah ajami89. teruk betullah ko ni. ingat tu diri tu bagoi sgt ke. bknnya kuasa sapa2 di dunia yg decide ke mana seseorg tu pergi bila mati. semuanya di tangan Allah. yg ko g cerca2 drg tu napa. tandanya ko juga mcm kafirlah. apa pun tak tau sb tu suka2 benci org ndak pasal2. bukannya nenek moyang ko yg drg sembah. ko hayati dulu sejarah agama lain sebelum suka2 hina. at least perbuatan drg tak kejam mcm pebuatan org2 yg nama ja Islam tapi menculik dan merogol org bkn islam.

NizamPablo : tunturugung... jgn kamu juga mengkafirkan org lain.. nasihat tu baik-baiklah.. jgn sampai kafirkan org. Sebenarnya menyembah berhala tu lebih kejam dari perbuatan menculik dan merogol kerana ia termasuk dosa-dosa syirik.. hati2 dlm membuat komen.. ok bro..

jkrolnadzrah : tu sumer bkn org Islam, dol. tuh org melayu yg xde pegangan agama. kalu org Islam xbuat mcm tuh sbb org Islam tahu hukum hakam agama dan halal haram.

azmblur :Allah sebenarnya sudah lama mununjukkan kebesaranNya pada umat manusia, cuma manusia sahaja yang tak nampak (tp tak semua la), sudah terang lagi bersuluh...

NizamPablo : Setiap satu yang tercapai pancaindera kita utk nampak, rasa, dengar dan termasuk yang tak tercapai oleh pancaindera kita merupakan tanda2 kebesaran Allah baik kaum yang memikirkan.. merekalah yang digelar sebagai Ulil Absor dan Ulil Al Bab..

vaterwood : iya ajami89 kamu tuh keterlaluan gilanya ... jangan laha kamu seperti itu ... bertobatlah sebelum allah murka dan tidak akan memberikan maaf kepadamu ... saya akan selalu mendoakan orang yang mau bertobat ...

gendulgepeng : dasar otak udang, mau-maunya kelian ini dibodoh-bodohi sama orang arab yang cuman doyan kawin sahaja .... ha ... ha ...

NizamPablo : maka dengan ini bertambah keimanan aku dgn semua wahyu Allah.. sikap gendulgepeng ini membuktikan ayat2 dlm Al Qur'an itu benar... iaitu org2 kafir berasa tidak senang dan gusar dengan Islam.. La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah..

windows2airport : Ramai orang bijak jawab pertahankan orang bodoh pesongkan hati suci kepada Alam. Aku nasib baik, dah jumpa jalan keluar tak mau subahat dengan daerah binatang yang baru nak jadi manusia. Hirup udara munafik pun rasa pedasssssssssssss...PENIPU.<>

NizamPablo : terima kasih kerana membenarkan firman Allah dlm Al-Quran dgn sikap saudara...


Ini adalah sedikit dari dialog yang diambil dari satuhala.blogspot.com. Jika mahu membaca dialog ini silalah baca dari bahagian 1 hingga bahagian 4 dari entri beliau. Komunikasi yang saya perlihatkan didalam contoh dialog tadi banyak yang melibatkan rasa dan pemikiran. Dari komunikasi berkenaan juga seseorang manusia itu dapat diperlihatkan sikap mereka. Contoh NizamPablo menegur cara komunikasi yang telah dituturkan oleh ajami89, apa yang dapat kamu fikirkan tentang itu? niatnya betul untuk mempertahankan agama Allah tetapi dengan cara petuturan yang kasar dan mencerca, menghina atau mengaibkan orang lain tu tidak sepatutnya berlaku ia akan menyebabkan persepsi yang salah dari pandangan orang lain dan kebaikan yang asal niatnya tidak dapat dilihat disebabkan telah tertutup dari persepsi yang salah tadi .

Dalam hal yang lain juga sesuatu perkara yang kita mahu jelaskan, jika perbuatan salah itu dilakukan, jelaskan kesalahan seseorang itu tanpa mengaitkan sesuatu kesalahan lain yang boleh menyebabkan orang lain salah faham dengan apa yang mereka lakukan , sedangkan masyarakat kita suka mengambil apa saja yang diucapkan seolah-olah apa yang diucapkan itu betul-betul telah dilakukan oleh orang yang telah membuat silap tanpa memikirkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan. Contohnya jika kamu telah menyatakan seseorang yang telah melakukan kesalahan itu berbuat zina sedangkan kamu hanya membuat kiasan dari kesalahan yang dia lakukan tetapi bukanlah kesalahan yang dia lakukan itu adalah apa yang telah kamu nyatakan, dan dari apa yang telah kamu sampaikan kepada orang lain yang tidak tahu itu hanyalah kiasan boleh membuatkan orang lain akan tersalah fikir tentang apa yang kamu cuba sampaikan sehingga mereka menerima bulat-bulat apa yang telah kamu ucapkan, apakah itu boleh dikatakan mengaibkan orang lain? jika orang lain telah menganggap dia bebuat zina dan sebenarnya kesalahan itu bukanlah disebabkan dia berbuat zina bukankah itu sama dengan orang yang memfitnah? (jika saya salah tolong tegur kesilapan ini). Kematangan dalam berkomunikasi juga perlu ada pada setiap manusia untuk mengelakkan salah faham dan salah pandang dari seseorang terhadap apa yang ingin disampaikan. Saya sebagai manusia masih cuba memperbetulkan cara, pelakuan dan komunikasi, pemikiran serta hala tuju saya. Komunikasi mungkin pada saya akan menunjukkan siapa kita sebenarnya. Saya selalu mengingatkan diri saya, selagi daya berkomunikasilah dengan cara yang baik walau dengan siapa pun kita berinteraksi. Gunakan akal yang waras agar komunikasi dapat berjalan dengan baik. Sekurang-kurangnya apa yang kita cuba sampaikan dapat difahami oleh orang lain. Mungkin kamu ada pendapat lain dari kesan komunikasi. Saya masih manusia yang perlu belajar dan mencari apa kelemahan dan kesilapan diri, Mungkin apa yang kamu ada boleh kita kongsikan bersama..


p/s: Terima kasih kepada penanya kamu memberi idea untuk saya menulis hari ni.. =)

8 comments:

Sunshine in the morning said...

salam kak..

kadang2 kesan komunikasi pown boleh jadi impak yg besar dlam kehidupan seharian kita..
mcm mana nk pulihkan kekeliruan & perselisihan yg ada..

indah bermain kata tak semestinya
madahnya berguna..kan??
mungkin cara penyampaiannya yg penting..
mungkin

Si Penanya (?) said...

tertarik dengan komunikasi dalam mesyuarat untuk pemberian tender. sgt realistik.

my dad tanya u kerja utk company apa?

Madu Warna Biru said...

sunshine in the morning,

komunikasi memang ada impak. Manusia mudah terasa bila dengar kata-kata. cuma kamu bayangkan seorang kawan kamu marah gile memaki hamun kamu dan sebagainya, ubatnya kita kene komunikasi dengan dia dengan tutur kata yang baik dan isi kata yang berguna.

kalau dah marah, tentu kamu tak tahu apa yang kamu sebut dihadapan orang. bila kita bercakap dengan tenang InsyaAllah penyelesaiannya akan datang kepada kita sebab masa tu kita banyak bersabar.

=)

penanya,

=D selalunya dalam mensyuarat memang macam tu. bila staff kitorang balik je meeting mesti drg cerita macam tuh. cuba kalau kita ubah cara komunkasi. berbincang dan sama2 solvekan prob tuh masing2 mesti ada semangat untuk selesaikan bersama2 bukan?

saya kerja dengan company IT n networking. banyak berurusan dengan gov serta sekolah. =D

Anonymous said...

kerja dengan vads,mesiniaga dan sebagainya?

muahahahaha

aku ada opinion...tapi kang berjela...untuk sum up

"agree to disagree"/"work before emotion/personal matters"
--------------------------------
untuk yang cara nak berkomunikasi tu.....Cuba Jaya!

dengan adik beradik...aku kasar...dengan orang lain(kawan/blog) aku lembut

priority aku....kalau aku dah nasihat...tanak dengar...apa boleh aku buat?....aku tak boleh berkasar seperti aku dengan adik beradik

so biarkan la mereka terjun gaung....kita dah bitau...lepas tanggungjawab

oh pasal kerja tu....syarat itu dalam paper jer....reality hidup memang camtu...nak complaint tak adil? tak dapat apa2 pun.....play the game...i like...hik hik hik

Si Penanya (?) said...

erm - aku dengan adik beradik tak main kasar2.. kaki, tangan mahupun parang x pernah hinggap kat tubuh adik2 aku.. sebagai anak sulung, jadi role model laa.. bukan senang tuu

MWB - kena buang ego tu.. kalau asyik nak stand kata kita masing2 payah juga.. elak2 problem dah solve, dendam still simpan.. tak elok juga.. ckp pnjg pun xguna kan? lumrah hidup kot..

Anonymous said...

madu warna biru mcam cik lely si penunggu cahaya

sonik-malam said...

komunikasi di sini (bumi kita) aku akui agak mengecewakan...
dari segi mentaliti sebangsa agak kurang aku dapat input yang bernilai...
apabila komunikasi secara total berpaksikan pada emosi...
maka terencat bicara yang berlebihkan cemuh-cemuh murah...
isu sensitif harus dikawal dengan berhati-hati dan bijaksana...
seharusnya pemikir-pemikir kritis dan kreatif terlahir dari sistem pendidikan kita...
akal itu keindahannya kekal bila diteroka...
sementara emosi hanya menjanjikan kepuasan sementara...

messithara said...

communication is most important things in relationship..doesnt matter wht kind of relationship, its a basic or else nthg can be done..trust it..

*br smpt nk on9...gler da lama x on9..hehehe