Tuesday, December 16, 2008

....

Pernahkah kamu berada dalam keadaan kekeliruan? Mahu menegakkan sesuatu tetapi tidak mampu kerana ilmu masih tidak cukup untuk menegakkan sesuatu yang agak kabur dan terlalu banyak pendapatan yang berbeza-beza tentang sesuatu perkara yang melibatkan halal dan haram. Di saat ini saya masih cuba mencari kelemahan diri, kesilapan sehingga boleh menutupkan mata hati saya. Kesilapan dan kesalahan yang terlalu berat setelah sekian lama saya lakukan tanpa takut kepada yang Esa. Dimanakah silap saya semasa saya menjaga akidah saya. Entah siapa yang harus saya rujuk tentang masalah yang agak mengelirukan ini. Saya takut jika saya salah rujuk akan memesongkan akidah saya. Dan dari itu saya memohon kepada rakan-rakan atau yang berkait rapat dengan diri saya untuk membantu.

Hati saya terlalu nipis. mudah menangisi kekecewaan dan kekasaran kata yang menyinggah ditelinga. Jika benar saya bersalah dari jalan Allah perbetulkanlah dengan kata-kata yang tersusun indah. Saya cuba untuk menerima selagi masih boleh saya menerima. Akal dan jiwa saya masih berperang, berperang dengan kekeliruan yang tak dapat saya ungkapkan. Hati saya bergelumang dengan keresahan. Resah yang tak tahu apa pengakhirannya. Saya mungkin adalah orang yang dipandang seperti sampah dijalanan oleh kamu. Berilah peluang untuk saya berubah agar Allah menerima saya seperti kamu Insyaallah.

Kepada kamu dan kamu yang membaca jika keresahan hati makin membuak dalam diri kamu apa yang harus kamu lakukan? ya benar jika kamu sudah mengadap Allah dan masih juga merasakan keresahan itu apa tindakan kamu?Tindakan saya agar ada yang memperbetulkan diri saya dengan apa yang tak pernah saya ketahui sebelum ini tetapi tolonglah jangan buang saya dari hidup kamu jika kamu nampak saya sangat kotor dari pandangan sisi kamu..

12 comments:

Anonymous said...

sujud kepadaNya.
menyerahkan diri kepadaNya dengan perasaan yang hina serta kasih sayang.
keresan itu membuktikan hati tidak beriktikad seperti yang diucapkan lisan.
keatqwaan kepadaNya tiada seberang syarat.

Madu Warna Biru said...

Terima Kasih sleepyhead faith

mungkin benar kata kamu.. mungkin keresahan hati masih ada kerana hati tak beriktikad seperti diucapkan lisan ..

Semoga Allah memberi jalan kepadaku. amin..

Adexx Boxx said...

rasa yang sama terasa di hati sekarang..rasa yang sama menyinggah kepala otak...

hanya DIA yang tahu kerana hati, jiwa, jasad dan nyawa ini milikNYA..

apakah pengakhiran kita?
baik atau...sebaliknya..


semoga akhir kita lebih baik dari awalnya...

salam'alaik
P.K.P

Madu Warna Biru said...

adex kawanboxx

kecelaruan sentiasa bermain di hati kita, ketenangan dan kesabaran mampu meredakan hati meskipun sekelumit rasa tenang itu kita miliki.

jangan dibuang rasa sekelumit itu dan mungkin ia mampu membuat kan kita tenang kejalan yang dia redhai. Insyaallah mungkin kita masih boleh berkongsi .. =)

Sunshine in the morning said...

salam sis..

setiap manusia sama saja..tak pernah lari dari melakukan kesilapan..
khilaf kita sebagai insan biasa..

buat akak..
pasti ada jalan terbaik nanti..
seandainya datang dari niat yang tulus untuk menebusnya..pasti ada yang membantu..
segalanya tak pernah terlambat
dosa pahala bukan kita tentukan
selamat buat akak..;DD

Si Penanya (?) said...

apabila dalam kekeliruan aku persoalkan.. atau bertanya dan terus bertanya.. dan jawapan yang aku terima tidak semestinya terus aku pegangkan, yang mana akan aku pilih dulu dengan akal dan naluri hati pemberian tuhan pada aku.

kita tidak cukup hebat untuk mengetahui kesan atas tindakan kita. kerana Tuhan gemar menguji kita biarpun kita sudah jauh dari landasan-Nya.

dan aku sangat pantang akan cara teguran yang berbentuk makian. dengan menjatuhkan air muka dan sebagainya.. cara dakwah yang kasar bukanlah dakwah yang berkesan bagi mereka2 yang berjiwa keras.. ibaratnya dihentak tukul pada batu yang kaku.. susah dibentuk semula bila pecah..

dan aku xde jawapan untuk menghilangkan resah.. kerana cara kita tangani resah berbeza.. tapi secara dasarnya resah apabila salah.. maka selesaikan masalah itu dulu..

Madu Warna Biru said...

Sunshine in the morning..
terima kasih kerana masih berkongsi..

gelodak kekeliruan masih sentiasa bertandang disetiap hati manusia.. cuma ketenangan dari kesabaran yang mampu kita lakukan.. Allhamdulillah saya tidak sejauh perkara yang tak patut dilakukan..

kamu dan saya dan kamu,kamu yang lain pun begitu... kita sentiasa lah sama2 berkongsi.. mungkin penyelsaian mampu kita atasi jika kita dapat berinteraksi bersama..

penanya,

benar, saya sukar untuk menerima jika sesuatu yang diberikan itu adalah dengan berkasar seolah2 untuk menunjukkan dia itu hebat atau telah kembali kepada kebenaran,pastinya ada jalan yang lain yang mampu kita sampaikan kepada orang lain meskipun ia adalah musuh kita.

pastinya kita masih ada yang silap sebaik mana pun kita usahakannya untuk melalui jalanNya..oleh sebab itu kita sentiasa perlu melihat apa kesilapan yang kita lakukan..

sekerap mana pun jalan yang kita lalui untuk kelandasan yang diredhaiNya jika kita tak mohon pelindungan dariNya dan menginsafi kesilapan yang kita lakukan syaitan tetap mencari jalan untuk merosakkan kita walaupun kita sedang mencari kebenaran.

Salafi Newbie said...

http://al-fikrah.net/News/article/sid=26.html

ada artikel menarik untuk para muslimah

Madu Warna Biru said...

Terima Kasih huby..
terima kasih kerana berkongsi..

=)

Anonymous said...

kalau cukup sabar....mesti takda hal nak digest maksud nasihat yg ingin disampaikan

kasar,lembut itu hiasan....isi patut yg dikupas

aku benci ayah aku.....tapi dia cakap fakta/benda elok

so aku telan idop2...digest

Anonymous said...

wahh giler berinformasii laa huhe ;D ...salaamm

Si Mata Hitam said...

woop!

kembali!