Thursday, December 11, 2008

Segmen Belajar Berfikir #6

Saya tahu kamu pasti pernah merasakan macam mana rasanya serabut didalam diri kamu jika satu-satu masalah yang kamu hadapi bertandang dalam kehidupan kamu sehari-hari. Apakah tindakan kamu jika kamu mengalami rasa yang sukar untuk kamu tolak dari kehidupan kamu? Jika kamu adalah seorang yang terlalu simpati atau kasihan dengan seseorang atau kamu tak tahan melihat sahabat kamu didalam masalah-masalah yang berkaitan dengan kamu dan selagi boleh kamu mahu selesaikannya dan jika tidak kamu tidak akan merasa selesa, apa tindakan yang perlu kamu buat? Apakah dengan cara sabar kamu mampu bertahan? Dan kamu pada waktu itu merasakan satu perang yang tercetus didalam jiwa dan akal kamu tentang perkara yang sebenarnya adalah jalan yang baik dgn jalan yang agak tidak digalakkan didalam sesuatu perkara berlandaskan pegangan dan agama kamu. Apa yang perlu kamu lakukan jika perkara itu berlaku dalam kehidupan kamu?

Situasi 1: jika kamu adalah orang yang saya sebutkan diatas adalah seorang yang sangat bersimpati terhadap orang lain dan tidak mampu bertahan didalam keadaan-keadaan yang membuatkan kamu resah setiap kali jika tidak dapat memuaskan hati orang lain dengan cara terbaik. Mungkin kamu sudah menjadikan satu perasaan itu dibiasakan dari kecil lagi dan akan membuatkan setiap kali perkara-perkara yang berkaitan dengan kamu akan membuatkan ianya terlalu menganggu emosi kamu. Kamu cuba untuk bersabar dan bertenang dalam keadaan tertentu yang membuatkan kamu rasa tertekan tetapi masih tidak berkesan serasa kamu tentang perkara itu. Dalam waktu ini kamu rasa tidak dapat dibantu oleh mana-mana pihak dan pihak-pihak yang kamu rasakan terlibat dalam masalah ini seolah-olah menekan kamu sedangkan ianya hanyalah masalah yang mereka harus selesaikan dengan banyak cara yang boleh membantu mereka mendapat jalan yang terbaik dalam penyelesaian tersebut.

Apakah tindakan yang harus kamu lakukan dlm situasi ini?

Situasi 2: Kamu seolah-olah sedang berperang dengan jiwa dan akal kamu tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Apakah pandangan kamu tentang berjanji dengan beberapa orang yang telah bersedia dengan majlis yang bakal mereka buat dalam beberapa hari ini dan kamu dapati ada salah satu ahli kumpulan kamu tidak memberi apa-apa reaksi samada dia mahu meneruskan acara didalam majlis itu atau tidak. Dan acara itu telah disahkan sebelumnya oleh dia tetapi tidak bersedia pada akhir-akhir masa sebelum majlis itu bakal berlaku tanpa memberikan apa-apa penjelasan ataupun keputusan. Ura-ura alasan yang mungkin bakal dia berikan adalah tidak mahu menjadi ”hipokrit” dengan apa yang telah dia lakukan dan cuba berubah kearah kebaikan dan mahu meninggalkan perkara yang tidak digalakkan sedangkan majlis itu sudah diketahui oleh ramai orang. Kamu sangat tidak senang dengan cara dia sedangkan kamu tahu dia mampu membuat keputusan yang lebih baik dari itu. Mungkin dia telah bersedia dengan segala yang akan menimpa dia tetapi adakah dia sedar tentang perkara-perkara yang tak menyenangkan yang bakal berlaku dan akan dirasai juga oleh orang kelilingnya? sedangkan mereka masih belum bersedia dengan semua itu. Apa perasaan kamu jika benar kamu ada dalam situasi dia ,dan kamu melibatkan kawan-kawan kamu yang masih belum bersedia tentang semua itu? Sanggupkah kamu membiarkan mereka merasakan
Perkara-perkara yang telah kamu sedia untuk menghadapinya?

Terlalu banyak yang kita mampu buat dan kita mampu perbetulkan keadaan tetapi sangat sukar untuk kita melakukan keputusan yang kita sendiri putuskan.. terlalu kacau jiwa dan akal. jika sesuatu permasalahan melibatkan agama Allah dan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan manusia zaman ini apa tindakan kamu seterusnya?. bagi saya hanya Allah yang mampu memberikan petunjuk jika usaha sudah kita buat dengan segala daya yang ada.. Semoga Allah memberi kita ketenangan dan jalan yang mampu kita selesaikan dengan cara yang baik. Kerana dia maha mengetahui dari segala jenis pemasalahan dan setelah berusaha hanya dia yang mampu menentukan segalanya..


P/s: suka saya ingin berkongsi dengan kamu tentang kesabaran. Silalah keblog ini untuk beberapa nasihat yang mungkin ada berkaitan dengan jalan hidup kamu.

12 comments:

Sunshine in the morning said...

mungkin kita perlukan teman buat meringankan beban di bahu sendiri..

mungkin..

Si Penanya (?) said...

bapak aku selalu tekankan pasal sabar.. sebab dgn sabar kita blh reduce enemy, tingkatkan kawan2~

Madu Warna Biru said...

Sunshine in the morning

terima kasih atas semangat itu. memang perlu kita berkomunikasi dengan kawan kita untuk meringankan beban. sekurang-kurangnya mungkin ada jalan yang mampu kita selesaikan dengan baik.

penanya,

benar kata bapa kamu, bersabar adalah jalan terbaik untuk kita lebih tenang dan pada waktu itu pasti kita akan nampak jalan penyelesainnya. tetapi apa yang kita boleh lakukan jika seseorang itu tidak boleh terima kenyataan dan sentiasa memikirkan apa yang dia buat betul tanpa mahu menerima pandangan orang lain? dan secara asasnya kita yang patut bersabar bukan? kita boleh bersabar kerana kita sudah sedar akan hakikat itu tetapi seseorang yang saya sebutkan diatas mungkin tidak suka bersabar dan sentiasa tidak mahu bertolenrasi dalam perbincangan yang dibuat dan gayanya dari cara kata-kata seperti mahu memarahi seseorang yang lain dalam perbincangan tersebut(keras betul hati dia).haih mungkin kamu ada idea yang lain untuk dikongsikan? boleh berikan kepada saya?

Anonymous said...

klu org tu x bole bersabar maka kt la yg perlu brsabar..

kan penanya(?) kan?

kan kamu prnh kata pd sy dulu jika sesorg tak boleh memahami kt atau antara kt tiada persefahaman salah seorg perlu mengalah dan memahami mereka. maka gunakanlah konsep yg sama di sini.mereka tdk bole bersabar maka tak slh klu kt pula yg bersabar..ingt,sabar itu besar ganjarannya..

tapi kan,sy pun selalu hilang sabar..hehehehe cam mane tuh?

dan sy juga perlukan teman cuma adakala sy lebih selesa bersendiri sekadar nk tenangkn fikiran.kamu mungkin boleh cuba cara itu hanya jika kamu di kalangan mereka yg bersemangat waja. ok..bwk2 bertenang ok..chill~

Madu Warna Biru said...

hek hek... betul tuh.. tengah daya usaha saya untuk bersabar..

selagi yang termampu..

terima kasih atas dorongan itu.. =)

Anonymous said...

bukan majlis aku...pedulikan

situasi tu tak berapa spesifik....apa kata ceritakan tanpa menulis nama yg terlibat

manusia ni berbuih dah kita nasihat....tapi kalau dia tanak ikut.......terpulang lah

Si Mata Hitam said...

sabar tu kene simpan btol2 cik.

kalau terlepas.

boleh jadi pembunuh.

yah3!

Anonymous said...

Haritue aku janji nak gie berzina ngan sorang pompuan nie dengan kekawan aku.Cuma takder tempat nak buat jadi aku ckp buat kat umah aku.bukan baru nie je kitaorng buat, sblm nie pun kita org dok buat gak.
Tapi dengan izin Allah, waktu hari yang nak buat maksiat tue tetiba Allah palingkan hati aku daripada perkara tersebut dan campak satu tekad yang bulat dlm jiwa aku untuk mengingkari janji aku.Maka kena maki dan kena cerca lah aku bertimbun-timbun sebab dah susahkan diaorg dtg dari jauh nak datang tempat aku.Dan dah malukan diaorg pada pompuan zina tue jadi nak taknak diaorg gie buat dalam semak mana aku pun tak tau.Tapi natijahnya aku ditinggalkan oleh kekawan aku sebab khianat dan penipu ngan diaorg.Tapi aku redha sbb aku tahu Allah itu lebih mengetahui daripada mereka.Salah tetap salah dan siapa yang tinggalkannya walaupun dimaki manusia insyaAllah akan selamat.

Madu Warna Biru said...

kotak-katik, erm

terima kasih atas respon kamu

tunas sunnah

saya tahu kamu boleh menyusun ayat lebih baik dari ini. kamu boleh susun ayat yang indah tetapi tegas. kita boleh berbuat baik dan berkata-kata dengan baik walau dengan sesiapa pun samada yang baik dengan kita sekalipun musuh kita. selagi caci maki dia berikan kepada kita pun kita masih boleh menyusun kata dengan baik. Semoga Allah mengampunkan apa yang telah saya lakukan amin.

Si Penanya (?) said...

tertarik dengan tunas sunnah..

kuat betul kau ye?

utk messithara - sikap mengalah selalu pun kalau x pandai jaga bole jadi dendam tau~

Madu Warna Biru said...

terima kasih penanya.

cara tunas sunnah mempunyai penyesalan yang benar-benar dalam hatinya. Mungkin Allah kembalikan dia kejalan yang Allah redhai. Allhamdulillah semoga kita sedar apa yang telah kita lakukan.

Salafi Newbie said...

http://muslimah.or.id/

Muslimah Salafi