Saturday, November 29, 2008

Boleh kamu bantu saya?

Kadang-kadang ada masa juga saya mahukan pendapat kamu yang membaca blog saya tentang apa yang saya fikirkan samada betul atau salahnya pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Saya sebenarnya kurang berminat untuk berdiskusi tentang apa yang saya buat setiap hari dan apa yang jadi pada saya setiap kali didalam blog ini. Cuma ada masa saya perlukan pandangan untuk saya lebih banyak berfikir agar saya tidak terlalu memandang sesuatu perkara itu terlalu rumit untuk diselesaikan mungkin. Mungkin tiada yang berminat tentang apa yang saya cuba nak beritahu kepada mereka dan saya memang tak nak menganggu kehidupan orang dikeliling saya yang tak berminat tentang apa yang saya rasa yang membuatkan otak saya selalunya serabut jika tidak dapat diselesaikan dengan cara yang betul.


Saya sangat takut untuk memandang negative pada seseorang, saya takut akan di labelkan sebagai tipikal atau menjaga tepi kain orang. Mungkin satu masa dulu saya begitu tapi setelah beberapa kali kejadian yang agak menyebabkan saya merasa bersalah membuatkan saya mahu berhati-hati ketika memikirkan perkara yang negative terhadap orang lain. Bagi pandangan kamu, apa yang terlintas difikiran kamu jika seseorang yang kamu kenal mungkin ada membuat sesuatu yang menyebabkan kamu berfikir negative terhadap mereka? Contohnya saya mengenali seseorang dan dari sikap dia, dia selalu membuat perkara yang biasanya membuat orang lain tak senang, dia juga seorang yang biasanya tak boleh kalah dalam satu-satu hal dan mungkin dia adalah seorang yang suka membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan dari orang lain jika perkara itu sepatutnya perlukan persetujuan seseorang yang berkaitan tentang perkara itu dan dia juga biasanya akan membuat saya berkecil hati. Perasaan saya pada masa itu mungkinlah saya hanya tersalah tafsir dan cuba untuk berfikiran positive terhadap dia bukan setakat cuba tapi paksa. Tetapi keadaan itu masih juga berlaku, dan masih perlukah saya memandang negative terhadap dia dan apa yang patut saya lakukan agar ia tidak mengusutkan otak saya? mungkin ada yang akan berkata tak payah fikir berat-berat ,lupakan saja mudahkan? tetapi jika sesuatu keadaan itu melibatkan kehidupan saya dan mungkin itu agak menyusahkan saya apa perlu saya lakukan? jika masalah itu adalah dipihak kamu apa perlu kamu lakukan?

Sejak kebelakangan ini masalah makin banyak yang saya perlu hadap. Saya perlukan seseorang untuk berbicara tetapi saya rasakan orang dikeliling saya tidak berminat dengan masalah saya. Saya cuba untuk senaraikan mana yang paling penting dan saya cuba selesaikan pelahan-lahan tetapi hati saya masih tak senang disebabkan ia melibat keterpaksaan dalam membuat keputusan dengan seawal yang boleh. Ini memerlukan saya berfikir dengan cepat dan tepat tentang masalah yang saya hadapi. Ya! disini saya perlukakan kata-kata semangat sahaja mungkin atau jalan untuk saya keluar dari kepompong masalah yang makin rumit jika saya tidak selelsaikannya dengan baik. 


Boleh kamu bantu saya?

16 comments:

Si Mata Hitam said...

kau cite kat aku.

ok?

Amak said...

boleh!

Madu Warna Biru said...

kotak-katik,
pasti saya akan menceritakan kepada kamu nanti, terima kasih kerana melawat blog ini dan kamu reducekan stress saya hek hek thanx..

ladynoe
thanx noe, noe memang selalu mendengar..

Anonymous said...

sng jek..
mula2 kau x yh ambl berat sgt psl bnda2 yg sgt DISGUSTING.

pastu klu trambk brt pon kau ignore kan jek.klu org dok sebok nk libatkn kau ; kau ckp je kat dia lbh kurang camni "kau ingt aku x de masalh ke asyk nk lyn kau je nih"

err pastu kau start pk psl diri kau.ape yg perlu and ape yg x perlu.nk take care kat org len mmg x pe tp jgn trlbh take care nnt kpl otak kau yg kusut masai.percayalah..

hhmmmm....kdg2 kena kiasu gak...

Si Mata Hitam said...

collapse.

low sgt - pengsan

tinggi sgt - pun pensan.


kita kasi tgh2 MWB! sape yg ganggu cik MWB tu ckp, kasi pulas bulu mate dia.

Madu Warna Biru said...

anim

thanx sebab saya tahu kamu ambik berat juga.

kotak-katik

thanx jugak ye , nanti ada masalah saya btaw kamu.hek hek entri kamu buat saya gelak je.. =D

suara said...

Salam Lely...
Bagi kak su, jika kita berada dikalangan orang-orang yg negatif, kita pun mudah berfikiran negatif.

Kak su pun ada manusia biasa, adakala prasangka buruk dan berpandangan negatif pd org lain mmg terjadi.

Tapi kak su ingat satu training ttg personaliti manusia yg kak su hadiri. Penceramah tu suruh jawab beberapa soalan dan juga suruk kita melukis.

Dari jawapan yg diberikan, personaliti diri kita dihuraikan. Ada sesetengah orang, criteria mrk mmg begitu. Ada kala mrk tak sedar apa yg mrk buat dan pendekatan yg mrk ambil untuk menyampaikan sst tu salah sehingga adakalanya mampu meninggalkan kesan buruk pd hati orang lain.

Tapi kita yg punya criteria lain ni, mmg rasa sakit hati, rasa terluka dan mula berpandangan serong (negatif) terhadap individu tersebut.

Semenjak tahu ttg hakikat itu, setiap kali ada sst yg buat hati kak su rasa 'tercemar', kak su selalu beristighfar. Kalau mampu jauhkan diri, itulah yg kak su cuba lakukan. Kalau tidak, setiap kali perasaan dan pandangan negatif itu muncul, kak su akan ingatkan diri yg hanya membazir melayan rasa begitu kerana pihak yg satu lagi mmg tak pernah peduli.

Hati kita, hanya kita yg mampu mengawalnya dgn bantuan Allah. Lalu kita kena meminta dariNya agar hati kita terjaga.

Hati dia (teman yg menyakitkan hati, jiwa dan raga) itu juga tak akan berubah jika Allah tak izinkan. Lalu memintalah padaNya, agar Allah cetuskan apa yg tak terfikir olehnya.

Erm... spt selalu, komen kak su mmg panjang lebar. Moga Lely dapat menerimanya dgn hati terbuka. Maaf kalau komen kak su menyentuh pedih hati lely.

Madu Warna Biru said...

tape kak su ..

ini lah yang lely harapkan. apa yang lely fikir ni dapat di selesaikan dengan cara yang baik.

dan secara tak langsung lely pun ada juga terfikir tentang semua tu. yang buat hatilely tenang adalah dengan menjauhkan diri dengan orang seperti itu...

Terima kasih kak su ...
lely hargai sangat.. =)

Si Penanya (?) said...

kak MWB.. sebenarnya aku pun menghadapi masalah yg sama.. dan kami yg dulu rapat kini menjadi musuh kononnya.. bezanya aku persoalkan tindak-tanduk mereka dalam blog.. dan mereka terasa lalu memilih untuk jauhkan diri dari aku..

dan cara aku mengatasi perkara ini adalah aku kuatkan diri yang setiap orang ada buruknya.

dan kalau mahu bersahabat baik, atau duduk sebumbung, kena terima keburukannya.. kena biasakan juga.. perkara sama juga akan berlaku bukan kalau sudah berumahtangga nnti?

maka kena biasakan diri dengan buruk baik perangai orang. cuba ingt2 akan benda baik orang tu dah buat..

kurangkan bergossip.. atau kalau tergossip pon kita ckp "huish! stop lah.. tak elok~"

dan bila marah, ingat pula apa benda jahat sudah kita buat pada orang..

tegur mereka dgn teguran yg 'macam gurau tapi brisi dan tak sakit hati' kalau kita mampu..

kenapa aku berbual se-mcm ni?

abaikan..

apa2 pun terima kasih kak.. buat aku bersemangat balik dan aku nak say sorry 4 everythin pada mereka yang tersinggung kat aku tu..

Madu Warna Biru said...

Penanya,

mungkin masalah kamu sama. dan sebenarnya kita sebagai manusia akan merasa perkara yang sama, cuma yang berlaian keadaan manusia dan cara terhadap sesuatu masalah itu.

kita perlu memikirkan apa tindakan yang wajar untuk kita ambil. dan bagi saya, saya telah ignore kawan-kawan yang saya anggap sahabat, bukan maksudnya putus terus, tetapi saya ambil jalan untuk tidak terlalu rapat dengan mereka. jika mereka masih mahu berkawan dengan rela hati saya terima tetapi saya akan berhati2 dengan apa yang dia lakukan sebelum ini agar hati saya tak terluka lagi. hati kita juga kita perlu jaga kan?

so dalam keadaan ini jika mereka sume nak jauhkan diri biarkan sahaja mereka nak buat apa asalkan hati kita terjaga dan kita tahu apa yang perlu kita buat untuk selesaikan yang mana menbuatkan kita kusut.

ok.

p/s: refer pandangan kak su dia atas Insyaallah kamu tahu jalan yang terbaik untuk kamu.. =)

Sunshine in the morning said...

salam..

brjlan2 dan melawat ke blog sis
ske cara pnulisan sis..

setipa masalah pasti ada jln penyelsesaikan..??
cheer up..;DD

Madu Warna Biru said...

YUp memang ada penyelesainnya.. cuma waktu di timpa masalah adakah kita mampu bertahan dan berfikir untuk jalan yang lebih baik?

thanx sunshine in the morning.. =)

Si Mata Hitam said...

ni mesti kes balik raya aji ni.

tu pasal diam je.

kan?

Madu Warna Biru said...

kotak-katik

hek hek .. tgh serabut la babe..

raya memang raya tengah takde idea nak menulis ni..

haih~

Anonymous said...

selagi keputusan yang di buat ke arah kebaikan

aku tak kesah

kalau perkara tu memerlukan dua tandatangan...dan bakal menyusahkan kita

dia patut paham bidang kuasa

Madu Warna Biru said...

erm

jika ia adalah kepada kearah kebaikan pasti saya jugatidak teragak2 tentang keputusan itu even keputusan itu membuatkan saya rasa terkilan..

tetapi jika ia hanyalah untuk kepentingan diri sendiri pasti tidak dapat nak diterima. disebabkan itu saya selagi boleh tidak mahu memandang negative kepada orang lain, sebab saya takut apa yang saya fikirkan itu salah dan hanya merasakannya didalam hati.

cuma pandang yang mampu membuatkan saya berfikir 2 kali apa jalan yang terbaik dalam sesuatu perkara.