Wednesday, November 26, 2008

Pemikir-pemikir yang kononnya hebat zaman ini..

Saya tak pasti apa sebenarnya pemikiran orang melayu pada zaman ini, baik yang muda, yang tua, tak payah cakap lah yang budak-budak, memang la perangai budak-budak tapi kalau dah perangai orang dewasa keliling mereka pun sama dengan perangai mereka sampai ke besarlah perangai dia macam tu. Dalam perjalanan untuk minum kopi dari nak hilangkan rasa mengantuk sebelum memandu pulang , kasih tak sudah-sudah saya berbual sambil ungkapkan rasa marah, reaksi yang agak ketara rasanya bila saya memandang wajah dia, muka sedikit tenang tapi hati rasa panas menggila. Dia cakap masa dia ke masjid berdekatan, ada 2 mualaf dari ipoh datang untuk meminta derma, mungkin mereka susah dan mungkin mereka kena buang dari keluarga mereka disebabkan keputusan mereka untuk memeluk agama Allah S.W.T. Allahamdullillah bertambah umat Muhammad. Tetapi yang sedihnya mereka mengharungi kepayahan.


Mereka cuba mendapatkan modal untuk mereka menyara diri mereka sementara mendapat kerja untuk menampung kehidupan mereka. Mereka sudah meminta bantuan dari baitulmal tetapi mereka hanya diberi RM50 setahun. Apa yang kamu boleh dapat kalau kamu diberi RM50 setahun? itupun berapa lama mereka memohon untuk mendapatkan bantuan, punyala banyak borang-borang yang mereka perlu isi dan bila untuk mendapatkan keputusannya berbulan-bulanlah baru nak dapat, bila terima saja permohonan tersebut yang berbulan-bulan tunggu bagai nak mati ,keputusannya RM 50 setahun saja, kamu bayangkan kepayahan itu. Tapi mereka tak putus asa, mereka minta derma di masjid sampai la kasih tak sudah-sudah saya terlihat mereka disana. Mereka memohon bantuan dari pihak masjid tetapi tak dilayan oleh imam dan orang-orang sekelilingnya, kasih tak sudah-sudah saya pun sukarela untuk bertanyakan kepada imam masjid agar mereka dapat bantuan tetapi masih tidak diendahkan. Sampai la kasih tak sudah-sudah saya pergi kerumah memberi mereka keperluan dan sedikit wang untuk mereka makan buat beberapa hari. Begitu kuat mereka harung kepayahan itu selama ini, bila diselidiki sudah 2 tahun mereka memeluk agama Allah s.w.t. Mereka masih kuat untuk terus menjalani ujian Allah.


Bila saya fikirkan diri saya agak sedih juga bilamana kesenangan saya membuatkan saya leka. Ujian yang Allah berikan sedikit pun saya merungut. Saya juga agak terkejut bila imam sendiri tidak memberi perhatian pada orang seperti itu yang memerlukan bantuan, dan bagaimana begitu sukar untuk mendapatkan bantuan daripada baitulmal . Nama saja sembahyang sunat, jadi imam, sembahyang lima waktu tetapi saudara baru meminta sedikit bantuan dipandang seperti peminta sedekah ditepi-tepi jalan. Nampak jelas mereka-mereka yang merasa dirinya hebat hanya mempertahankan bangsa, bukan mempertahankan Agama Allah. Agama Allah bukan untuk melayu saja malah untuk semua bangsa. Mereka hanya memohon bantuan untuk memudahkan mereka bergerak sementara mencari perkerjaan bukan mereka hanya tahu meminta bantuan tetapi tidak mahu berusaha. Apasalahnya membantu? berapa juta duit yang telah dikumpulkan untuk orang-orang yang berhak? tetapi hanya di agihkan sedikit-sedikit sahaja. selebihnya mereka mahu mengautnya? Pandangan apa yang mereka nampak tentang keadaan itu? Setakat cakap menyembur-nyembur memberi bantuan itu, bantuan ini sanggup berbalah setakat nak tunjuk diri hebat? bukan makin elok tapi makin macam taik!!


Dan pemikiran-pemikiran seperti itu tak pernah lekang dari masyarakat kita. Bukan tentang pandangan terhadap seseorang sahaja malah persepsi masyarakat kita dalam segala bentuk perkara pun termasuk penulisan yang asalnya idea yang datang akan turun ke jemari lalu terhasilah satu nukilan pun masih ada yang berfikiran tipikal. Apa ni? bila rasa diri hebat dan bagus bila ada yang mengkritik pastinya tak mahu menerima, kononnya dia tak pernah buat silap, kalau dah terasa maknanya kamu memang ada lakukannya, tapi kamu tahu sajalah kan, masyarakat kita mana ada yang nak mengaku bila buat salah kan? bila ada yang memberi kritikan walaupun tak ditujukan kepada mana-mana pihak mulalah ada yang menggelupur membuat penjelasan tentang perkara tersebut.


Tapi kamu tahu tak bila kamu menggelupur kamu dah dedahkan busuk dan bangkai di dada kamu? betul tak? oh! saya hampir terlupa kalau yang dah perasan pun diri mereka dikritik pasti kamu yang perasan tu akan cuba mempertahankan diri seolah-olah kamu menjadi mangsa keadaan bukan? meminta simpati orang lain, lagi-lagi yang suka mengekor bontot kamu agar mereka yang telah mengkritik kamu akan dikritik semula tetapi secara bodoh melalui kata-kata tak masuk akal! oh silap-silap itu bukan namanya kritik tapi cari gaduh atau buat kecoh dan kamu tetap dengan perangai kamu yang buat orang meluat bak kata orang, masih menegakkan benang yang basah.

sengal!!~

p/s: Tengokla komen orang-orang malaysia kat sini pun cukup.buat malu je. takyah cakap bersifat kenegerian, sifat kenegaraan pun ada. kecoh!!

4 comments:

Salafi Newbie said...

MasyaAllah,

Semoga Allah beri hidayat dan rahmat kepada mereka (muslimin dan muslimat) yang terlupa dan tersalah di dalam menjalani kehidupan harian mereka.Jika semalam mereka salah, hari ini mungkin mereka sedar akan kesalahan mereka dan bertaubat kepada Allah SWT.Mudah-mudahan Allah memberi kita semua petunjuk kepada jalan yang benar dan lurus.Ameen.

W'salam

Madu Warna Biru said...

bila hati terlalu gusar memikirkan apa yang bakal terjadi, Hanya kepada Allah kita berserah.. Semoga ianya dapat disedari seluruh umat.. amin.

Si Penanya (?) said...

semakin aku mencari jawapan untuk persoalan perihal kehidupan, semakin aku dapati, mmg btul la apa yg dikatakan sebagai sunnah nabi itu adalah sgt baik...

moga2 kita yg alpa akan perintah Tuhan tersentak dan baiki diri... amin

Madu Warna Biru said...

terlalu banyak persoalan yang makin bercambah-cambah bila diikut kan hati yang terlalu mementing kan diri. makin banyak keadaan yang makin boleh dikaitkan dengan dengan hati yang terlalu memikirkan diri..

Ya Allah elakkan la kami dari terlalu memikirkan diri sendiri..amin