Thursday, November 6, 2008
Recount
Barack Hussein Obama vs John Mcain, kamu pasti tahu siapa kedua-dua orang ni. Kesana kesini mungkin ada kamu kedengaran cerita tentang mereka berdua ini, dan seperti yang sedia maklum Barack Hussein Obama dengan secara rasminya telah menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. fuh! 44 babe.. kalau nak dibezakan dengan angka 6 berapa beza agaknya ye. Berbeza sangat.. memang terlalu besar angka 44 di tolak dengan 6. Jika dibilang mengikut jarak tahun mungkin terlalu lama sehingga boleh membuat saya termuntah-muntah disebabkan sudah terlalu jemu dengan benda yang lama.
Bila bercerita tentang mereka ni teringat saya pada satu filem iaitu Recount, mungkin saya agak tak mengambil tahu tentang perkembangan dunia, saya menonton filem ini di HBO sebelum saya tahu di Amerika syarikat sedang merasai bahang mengundi. Haih takut sakit hati, tu sebab tak nak ambil tahu sangat pasal hal-hal yang merungsingkan, terpulanglah apa pun yang kamu nak kata asalkan hati saya tak sakit dan tak panas telinga bila mengetahui pembohongan-pembohongan dan pergaduhan yang macam anak-anak sedangkan umur masing-masing dah tua bangka. Selalu sangat saya lari dari cerita kan? ok! tentang filem recount ini banyak yang saya faham tentang sesuatu. Filem ni berkesahkan tentang Al-gore naib presiden Amerika Syarikat dan George W bush Presiden Amerika Syarikat yang bersaing untuk mendapatkan kerusi Presiden pada tahun 2000.
Didalam pengetahuan saya Al-gore adalah parti pembangkang dan george W bush adalah parti demokrat. Didalam usaha untuk mendapatkan kerusi tersebut persaingan mereka sangat-sangatlah sengit sehingga turun naik mahkamah mereka untuk menentukan keadilan pengiraan kad undi di sana. Al-gore dan pengikutnya tidak puas hati tentang kad undi yang digunakan dan pengiraan menggunakan mesin. Ini adalah disebabkan mengikut pendapat mereka kad undi itu tidak ditekan dengan betul disebabkan buatan kad itu sebelumnya, sehinggalah mereka mahu kad undi itu dikira secara manual. Selangkah demi selangkah ada saja halangan yang mereka tempuh dan beberapa kali mereka memijak lantai mahkamah untuk mendapat keadilan dari sistem pengiraan kad undi. Kalau diikutkan fikiran saya, ada baiknya pengiraan kad undi secara manual, tetapi haruslah menggunakan orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. tapi tahukah kamu betapa susahnya untuk mendapatkan orang seperti itu bukan? kalau nak diharapkan tanah yang kita pijak sekarang lagi lah tak payah harap.
Setelah berusaha dengan sekeras-kerasnya oleh pihak Al-gore dan George W Bush kemenangan masih juga berpihak kepada George W Bush. Tetapi pengikut-pengikut Al-gore masih lagi tidak mahu mengalah dan mereka masih punyai jalan untuk meneruskan perjuangan itu. Setelah memikirkan semasak-masaknya Al-gore mengalah dan menerima hakikat yang George W Bush masih mampu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden. Dalam Banyak-banyak dialog cerita ini, saya suka babak Al-gore bercakap dengan Ron Klain melalui panggilan telefon seolah-olah memujuk dia dan pengikutnya untuk menerima kekalahan itu. Algore berkata " sudah semalaman saya berfikir dan saya telah membuat keputusan bahawa saya mengalah dalam persaingan ini. Terimalah keputusan rakyat yang mahukan beliau menjadi presiden. Kita harus juga terima hakikat dan kita haruslah mementingkan negara lebih dari parti." lebih kurang begitulah dialognya, fuh! ayat yang saya rasakan begitu mendalam dan kamu pasti merasainya juga walaupun kita tak pernah dengar kata-kata itu pada realitinya di tanah ini.
Kalau diikutkan, nak dibezakan ditanah kita ini pasti jauh panggang dari apinya, apatah lagi mahu membawa keadilan dan diharap layanan samarata dari pihak-pihak tertentu. Rakyat mereka bebas memilih Presiden mereka berbanding dengan kita yang hanya terpaksa memilih parti sahaja. pemimpin pembangkang mereka masih boleh menduduki kerusi naib presiden. Kalau kita? . haih ..apa saja berlaku pasti boleh berubah jika kita betul-betul berani mahukan sesuatu perubahan. Mungkin disebabkan slogan "Ya, kita boleh berubah" menjadikan Barack Hussein Obama diangkat sebagai Presiden yang ke-44. Tahniah kepada beliau dan kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal merubah dunia kita nanti.
P/S: Cerita ni best babe. Tengoklah... =D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



6 comments:
kalau terlalu bebas pun susah gak beb..
yg pntg mcm mane mereka perlu menangani isu2 dgn cara yg cukup berdiplomatik.bkn hanya utk kepentingan sendiri..
yup memang kadang kebebasan tuh tak perlu lah bebas sangat tetapi pemilihan tu .. kita terpaksa memilih kelompok sekaligus bukan pilih individu untuk memimpin dan kita takde kuasa untuk mengatakan kita mahu Abu contohnya untuk jadi pemimpin. mereka dilalangan kelompok yang menang saja yang boleh decide siapa pemimpin yang mereka mahukan bukan rakyat..
haih
diharap obama mmwa sinar baru kpda islam,,,
susah nak kata harap ada perubahan..
semoga Allah beri petunjuk dan beri sesuatu kepada umat Islam seluruhnya..
terima kasih ultramantarojuga..
=)
mungin ini adalah setan baru yg akan menjadi boneka kepada dajal mata satu.hati2 la wahai umat islam.mgkin wujud gabungan dunia union baru seperti yg berlaku di eropah.
kepada pemerhati kita berusaha dan berserah kepadanya.
asal hati kita tak di selaput rona hitam yang menyebabkan mata hati kita tak dapat melihat sesuatu..
terima kasih baron..
Post a Comment