Berdasarkan apa yang kamu faham, apa yang dikatakan bersangka buruk itu? apakah ia sinonim dengan "prejudis" ? , bila kita tahu sesuatu kita tak mahu memberi penjelasan tentang kedudukan sebenar walaupun kamu tidak bersalah dalam satu-satu masalah. Sebagai contoh, mungkin contoh ini agak tipikal tapi kebiasaannya sering berlaku dikalangan kita, untuk lebih memahami saya tak kisah ia tipikal atau apa, asalkan ia dapat menunjukkan bahagian masalah itu.
situasi 1: si A adalah kawan baik kamu di Melaka dan ,si B adalah kawan baik kamu di Selangor , si C pula adalah teman lelaki kepada si B. Satu hari kamu membawa si A ini ke Selangor untuk menemankan kamu berjumpa dengan kawan-kawan kamu di Selangor, sampai saja disana, kamu, Si A dan si C bertemu di satu tempat, si C tidak membawa si B kerana si B masih sibuk dengan kerjanya, pada malamnya kamu mahu membawa si A tidur dirumah ibu kamu, tetapi si A enggan kerana mahu lepak bersama si C, hati kamu pasti tak keruan di sebabkan si C itu adalah teman lelaki si B dan kamu telah menyatakan si A tidak boleh bersama si C tanpa kamu. Oleh itu si A telah membuat keputusan untuk tidak pergi bersama si C, malangnya sampai saja di depan rumah kamu si A masih mahu berbual bersama si C, di sebabkan kamu sudah berada di depan rumah kamu telah masuk kerumah dahulu dengan harapan kawan kamu si A itu akan menyusul kemudian, tetapi dengan tidak disangka si A itu telah pergi bersama si C tanpa pengetahuan kamu dan seketika kemudian kamu pergi kehadapan rumah dan melihat mereka sudah tiada. Kamu membuat panggilan kepada si A dan si A telah memberitahu dia akan tidur di rumah si C. Kamu tidak melakukan apa-apa dan kamu berdiam diri sehinggalah sampai ke pengetahuan si B, kawan-kawan kamu di Selangor telah memandang serong pada kamu termasuk kawan baik kamu si B, si B datang dengan harapan kamu memberi penjelasan tetapi kamu hanya mendiam diri dan membiarkan mereka mengatakan kamu, kawan makan kawan tanpa menjelaskan kedudukan sebenar.
Dalam situasi itu, apakah baik kamu mendiamkan diri? tanpa memperbetulkan keadaan yang sebenarnya? dan kamu membiarkan mereka dalam situasi yang tidak betul, juga membiarkan mereka beranggapan perkara yang mereka lakukan itu tidak salah pada mereka?dan setelah itu kamu telah disangka buruk oleh kawan-kawan kamu disebabkan kamu tidak menjelaskan perkara sebenar.
Seperti yang kamu tahu dimana-mana dan apa-apa situasi sekalipun bersangka buruk tu pasti ada, contoh juga ada dalam negara kita, wakil negara kita yang kita anggap sebagai ketua kita juga biasa bersangka buruk kepada rakyat bila sesuatu yang benar atau kita sebagai rakyat nampak tentang kesilapan itu. Mereka selalu menyangkakan kita mahu menjatuhkan mereka. Jika ada antara kita bersuara pasti akan ada yang ditahan atau dipenjarakan. Yang bersuara hanya segelintir bertujuan untuk menjelaskan perkara benar yang berlaku dan mahu kesilapan itu diperbetulkan. tetapi kebanyakan dari kita hanya tahu berdiam diri. membiarkan silap itu berlaku tanpa memperbetulkannya, sedangkan kita ada kuasa untuk mengubah sesuatu situasi dan kita sendiri telah membiarkan kita hidup dalam sesuatu yang kamu sendiri tahu ia tidak betul. Adakah semua itu terpulang pada hati manusia itu sendiri?
Cuba kamu fikir apakah benar seseorang yang mahu menjelaskan sesuatu atau mengkritik atau menegur kesilapan kamu itu adalah di kategorikan dalam bersangka buruk? jika benar atau tidak ia didalam kategori itu, apakah kamu harus berdiam diri dan tidak menjelaskan perkara itu untuk memberitahu kedudukan sebenar?kamu tahu pemikiran masyarakat kita biasanya tertutup atau terbuka? Selama mana kamu mahu membiarkan perkara yang salah itu berlaku?
p/s: Kalau kamu rasa berdiam diri itu adalah cara yang betul, fikirkanlah semula adakah ia terbaik caranya untuk meringankan sesuatu masalah.?
6 comments:
Si A tidur di rumah Si C? Hm..ape nak jadi mslh kalo Si A tu lelaki..ahakz..pening gk nak paham kan..sebab terkadang tertukar identiti mereka..
Menjelaskan sesuatu adalah yang terbaik..tak kira apa isunya..memberi penjelasan dapat menjernihkan suasana yang keruh..
ada masa berdiam diri itu lebih baik utk menghindarkan segala kebanrangkalian yang lebih buruk berlaku..tp klu dgn hanya berdiam diri akn lebih mengeruhkan keadaan kan jauh lbh baik utk berterus terang jek..klu ada instinct pun utk baca apa yg ada dlm kepala otak org lain x semestinya accurate kan...so utk mudah dan senang...berterus terang je lah...
Salam dik sayang...
Pandangan yg diminta, maka itulah yg kak su akan beri. Dgn panjang berjelanya... hehe
Satu soalan yg terlintas di fikiran kak su. Si A dan Si C dah lama kenal ke? Atau baru berkenalan semasa menemankan Si D (yg kak su faham sbg mangsa keadaan)? Si A dan Si B... adakah mrk berkawan juga? Dan kalau berkawan, setakat mana hubungan baik antara mereka?
Manusia mmg mudah berprasangka. Dan prasangka buruk selalu timbul kerana rasa tak puas hati dengan situasi yg dihadapi. Timbulnya keadaan yg menimbulkan prasangka itu, harus dilihat sbg ada sst yg tak kena dlm perhubungan dan pergaulan yg terbentuk.
Kalau kak su menjadi Si D, kak su akan menjelaskan keadaan yg berlaku. Mungkin Si B akan tetap menyalahkan, kerana bgnya keadaan berlaku kerana kecuaian sahabat kepercayaan yg gagal mengawal tindakan si A dan Si C. Tapi tak kisahlah sbb itu hak dia untuk buat keputusan. Paling tidak beri dia peluang utk mendengar penjelasan. Secara tak langsung, itu akan memberitahu ttg sikap boyfriendnya yg 'terlalu friendly' pd org yg tak sepatutnya.
Kalau Si B pandai berfikir, setelah mendgr penjelasan, pasti dia akan faham bhw yg salah ialah pelaku yg terlibat iaitu Si A dan Si C. Terutama Si C. Kalau dah isytiharkan bhw dirinya telah di miliki oleh ssorg (Si B), seharusnya dia mengawal diri dari membiarkan salah faham. Itu tanda sayang dan hormat pd hubungan yg telah terjalin dgn Si B.
Memanglah mrk belum berkahwin (kan?)dan masing-masing bebas berkawan (malah boleh di katakan pilihan masih terbuka), tapi kesetiaan harus di tunjukkan seawal hubungan.
Ketegasan dan prinsip kak su dalam soal perhubungan dgn lelaki (kawan atau kekasih), mungkin agak tertutup dan terbatas. Malah ada yg menganggap itu tanda 'kolot'nya pemikiran ssorg. Tapi 'kekolotan' itulah yg menjaga diri. Hakikatnya itu adalah penjagaan Allah. :)
Terus terang kak su katakan (pendapat peribadi ni) bila pergaulan agak terbuka terutama yg insan berlainan gender, maka akan muncul pelbagai masalah dgn semua pihak. Kawan baik mungkin jadi lawan kerana salah faham dan prasangka. Yang bercinta mungkin terputus juga. Sakit hati akan merajai jiwa. Jadi, utk elakkan keadaan berlaku, kawal diri dari berhubung rapat dgn lelaki, walaupun hanya sbg kawan.
Siri berfikir yg di masukkan disini, amat bagus sekali. Namun sebaiknya ia harus di jadikan medan muhasabah diri. Menilai peristiwa dan tindakan serta membandingkan dgn peraturan yg telah Allah tetapkan.
Tak perlu dicari salah sesiapa, tapi cari apa yg tak kena dan perlu dibetulkan. Tak mampu kita sbg hamba nak membetulkan org lain, kerana mengubah manusia itu adalah kerja Allah, bukan kerja kita!
Kata org-org tua, yg pahit itulah yg patut ditelan, kerana ia ubat yg mampu menyembuhkan. Dalam apa keadaan sekalipun, Kak su cuba utk tak menyebelahi sesiapa dan seboleh mungkin tak mahu menyalahkan sesiapa. Sbb menyebelahi itu mungkin membenarkan apa yg salah, dan menyalahkan itu hanya buat hati lebih sakit.
Jaga diri... jaga hati... :)
Si A Si B keduanya adalah perempuan.
kalau ikutkan pengalaman 80% lebih baik berterus terang dari mendiamkan diri. ada masa memang benar dalam satu2 situasi kita perlu mendiamkan diri.
terima kasih kerana menyinggah yer.
cek messithara : ko tau jerla sape punya perangai ni..
en pakcique: pening taip tuh! haih!
Si A baru pertama kali kenal masa si D membawa si A berjumpa si C kak su. Si A pula bukan kawan si B,hanya si A dan si C tuh berkawan dengan si D. Si C ni memang playboy tapi si B ni tak kisah sangat dengan hal silam dia dan si D sangat tidak suka si C buat perangai macam tu. Si B boleh terima penjelasan si D tapi mungkin masa tu si D beranggapan tak nak si C dan si B putus hubungan di sebabkan itu si D sanggup dipandang serong dari hubungan mereka retak. si D rasa amat bersalah sebab tak dapat nak menghalang semua tu masa berlaku dan si D terpaksa menerima pandangan serong dari rakan-rakan si D, si B dan si C. Dan dalam keadaan itu si C telah memberi penejelasan yang tidak betul pada si B sebelum si D menjelaskan perkara sebenarnya yang mengatakan si D yang membenarkan mereka bersama. Mungkin si D agak kecewa dan tak tefikir semuanya akan berlaku macam tu dan akhirnya si D hanya mampu berdiam diri.
Bagi lely lah kak su pandangan kak su ada benarnya bukan sepatutnya tapi seharusnya dan di sebabkan itu si D mungkin marah dan rasa kecewa terhadap si C dan si A yang sudah si D anggap sebagai kawan yang patut berfikir tentang keburukan itu. lely tak pernah menganggap apa yang kak su anggap itu kolot dan semestinya itu adalah satu perkara yang mampu menjaga maruah seseorang. Mungkin dari kesilapan si D yang lalu mampu memberi peringatan kepada si D untuk memeperbetulkan kesilapannya yang akan datang.
terima kasih kak su atas pendapat dan nasihat itu. terima kasih juga kerana menyinggah..
=D
beb..
dulu aku jenis yg outspoken...xpuas ati ngan sesuatu keadaan aku mesti suarakan....waktu tu idup aku happy coz aku xpayah pikir masalah org...
tp lately ni ni aku byk berdiam...mls nk layan n mls nk bagi pandangan bukan kerana nk sama2 tanggung dosa tp pada aku seharusnya pada usia yg nk memcecah 30 tahun....manusia seharusnya dh leh pk secara rational dan matang...
idup aku skang lbh complicated kerana terpaksa memikirkan masalah org lain yg kadang2 xbersangkut paut ngan kita tp kene pk jgk coz yg berlaku tu adalah kwn kita atau mereka yg kita kenal...
pada aku la...: lau ko sanggup melihat sesuatu diluar norma tanpa berbuat sesuatu mayb diam tu lebih baik tp lau ko rasa ko patut merubah sesuatu menjadi lebih baik maka memberi nasihat adalah jalan yg utama untuk menegakkan keadilan...
so gud luck
Post a Comment