Thursday, September 25, 2008

Apa itu Emosi?

Kamu pasti tahu rasa beremosi kan? saya emosi hari ini. Saya tidak dapat tumpukan pada perkerjaan saya yang saya rasakan agak bingit bila ada yang mula membuka mulut mengomel tentang masalah mereka. Saya nak bersendirian. Bila nak dekat raya ni saya fikirkan hari makin gembira. tapi tahukah kamu bila kita meraikan sesuatu contohnya hari raya bila kita rasa sedih dengan tiba-tiba, kita akan merasakan kesedihan itu 2 kali ganda lebih dari hari biasa betulkan?

Cuba kita letakkan diri kita pada hari biasa,waktu kita boleh makan ikut suka hati kita dan waktu kita boleh ambil masa lebih untuk siapkan kerja dipejabat. Waktu hari biasa juga kamu pasti akan makan di meja pejabat kamu jika kamu lapar dan pada masa yang sama kamu terpaksa buat kerja yang terlalu banyak untuk disiapkan dengan segera. ok saya dah lari tajuk. kembali ke cerita asal.

Apa yang kamu rasa? jika kamu sudah aturkan masa untuk sesuatu perkara misalnya telah berjanji mahu mengambil rakan kamu untuk satu program khas di satu majlis dan kamu meminta pulang awal dari bos kamu kemudian apabila kamu kerumah dia , dia ada, sambil menonton TV semasa kamu sampai, kamu mengambil masa untuk mempersiapkan diri ke majlis itu kemudian keluar dari bilik dan terus mahu ke perancangan seterusnya, malangnya rakan kamu yang sangat mementingkan diri sendiri itu masuk tidur semula membongkang tanpa ada rasa bersalah terhadap kamu. Berkali-kali kamu kejutkan dia agar bangun tetapi mengeraskan badan seolah-olah dia tidur mati (mati lagi bagus, tak perlu susahkan orang kan?) sedangkan semalam perancangan sudah kamu persetujui dari kedua-dua belah pihak. kamu bayangkan pula jika rakan kamu itu adalah teman kasih tak sudah-sudah kamu , pasti kamu beremosi bukan?

Macam Lahanat..

6 comments:

Adexx Boxx said...

rileks..rileks..dah nak raya..esok minta maaf nooo..

Madu Warna Biru said...

haaa dia la patut mintak maaf... tau nak pentingkan diri je .. rasa tak nak maafkan dia.. haih ..

selamat hari raya kepada kamu ye perempuan kalis peluru..

Adexx Boxx said...

huhuhu raya ini sungguh emosi...

suara said...

salam lebaran lely...
laaa... kak su ingatkan sapa lah madu warna biru ni. rupanya buat blog baru rupanya.

jgn emosi sgt tau dek... emosi yg terkandung kemarahan itu terlalu bahaya. jangan sampai terbakar diri. kerana sayang pdmu dek, kak su harap lely belajar menyimbah air didalam hati...

(maaf sbb memandai-mandai menasihati...)

Si Penanya (?) said...

tabah saja... ni kes member bual keling (xbermaksud utk racist, melayu juga sering janji main2) ke apa ni kak?

Madu Warna Biru said...

kak su terima kasih menyinggah ke blog ini.. saya suka dinasihati, jangan risau tentang itu, mungkin kesilapan yang saya lakukan tidak sedar oleh saya. sangat baik untuk menegur jika perlu.

pena..
biasala manusia tak terlepas kalau janji dimungkiri. haih