Friday, September 19, 2008

Bulan yang lebih dari hari biasa.

Bulan puasa merupakan satu bulan yang dirahmati yang mana sebagai manusia kamu haruslah mengurangkan sesuatu yang mampu menjadikan kamu berdosa. Tapi saya tak tahu kenapa, setiap kali bulan puasalah saya akan menjadi orang berdosa lebih dari hari biasa.


1. Balik pukul 4.30 pm serupa balik pukul 6.00 pm

Biasanya kebanyakan kamu akan suka balik awal dan akan mengimpikan sesuatu yang santai selepas kamu meniggalkan kerja-kerja kamu dipejabat. tapi kamu pasti akan merasakan " baik balik pukul 6.00 pm dari balik pukul 4.30 pm" . betul bukan? dan kamu pasti akan pulang dengan rasa letih ,disamping terlepas waktu berbuka dan kamu juga pasti akan tahu kemungkinan amal kebaikan kamu berpuasa sepanjang hari samada diterima penuh atau tidak. Disebabkan kesesakan di bulan puasa 2 kali ganda teruknya dari hari biasa. Saat itulah bermacam-macam kata-kata yang menjadi sesedap rasa bertandang dalam hari-hari kamu disepanjang bulan yang mulia ini.


2. Bangun pukul 8.00 am kini pukul 5.00 am

Bagi kamu yang malas untuk bangun abaikan perkara ini. dah sah-sah kamu memang biasanya takkan bersujud ditelapakan sebelum fajar menyinsing dan kamu memang biasa mahu merasakan kelaparan di waktu siang jika kamu berpuasa-lah. Bagi kamu yang berpuasa pasti kamu akan merasakan sesuatu yang berlainan dari hari biasa mungkin kamu akan lebih mengantuk kerana tidak cukup tidur pada malamnya, melepak bersama kawan dan meminum air tin bermuka rimau pada waktu malamnya dan bangun untuk bersahur kemudian tidur semula dengan semangat untuk berpuasa agar perut tidak buncit disebabkan bergelen air telah kamu penuhkan dalam perut kamu. Lain niat kamu bukan?


3. Memikirkan juadah berbuka yang paling enak dari hari biasa.

Nafsu keinginan kamu akan lebih tinggi dari hari biasa disebabkan kamu terdorong oleh perut kamu yang asyik berbunyi kerana tidak makan sahur. Dan kesederhanaan akan hilang bila kamu terpandang juadah yang sangat enak di bazar sedangkan bukan sesedap mana pun juadah yang kamu lihat sebenarnya. Dan kamu pasti akan lihat plastik hitam dalam bakul didapur kamu juga akan penuh berbanding hari biasa selepas berbuka puasa. Kalau kamu mahu menelan semasa sahur pun kamu akan simpan dalam peti beku dan kemudian kamu akan memenuhkan peti beku itu dengan juadah setiap hari dari hari pertama hingga hari ke-30 berpuasa. oh! mungkin.


4. Hari pertama berpuasa sudah pasang lagu raya.

Mungkin saya tidak berminat dengan hari raya dan kalau boleh saya tak nak raya oh! itu masalah saya, saya tahu kamu tak peduli pun. tetapi jika setiap bulan adalah bulan puasa mungkin saya suka kerana ia mungkin akan membuatkan saya pandai mengawal pemakanan dan saya tidak perlu gusar akan kenaikan berat badan saya akan datang. ok itu cerita lain kamu pun takkan peduli juga. Kebanyakan kamu akan merasakan suasana raya seperti esok mahu raya. Dendangan lagu yang berkumandangan dicorong radio di pejabat kamu atau pemain mp3 di komputer peribadi kamu memeriahkan suasana berhari raya sedangkan perut kamu masih belum terisi dengan juadah yang tak sesedap mana pun hasil pembelian dari bazar belakang rumah kamu untuk puasa hari pertama. Kamu pasti bersemangat pada malamnya pula dan akan mencari baju raya kamu di "downtown" atau " uptown" sungguh meriah bukan?



Pagi ini saya sudah 5 kali memaki disebabkan kesesakan yang teruk lebih dari hari biasa dan menyebabkan kad kedatangan saya berwarna merah. shit!

6 comments:

Si Penanya (?) said...

oklah tu kak~
aku tido 8 pagi bangun 5 ptg.
"jom pi bazar!"

Anonymous said...

waaaa best nyeee... nakjugak laaa tido macam tuh...

nurul said...

beb..biasela...dh name manusia...

lau bleh nk lebih2 di bulan yg mulia ni...sedangkan kita patut beserderhana...

sape nk jawab tu???

Adexx Boxx said...

hehehehe memang pelik bin ajaib!!

Madu Warna Biru said...

nu_azhari itu lah yang susah nak jawap tuh bila ditanya tentang sape yang nak jawap adeh!

Madu Warna Biru said...

hek hek perempuan kalis peluru.. takde yang pelik nye every year akan berlaku macam neh.. hek hek selamat hari raya untuk kamu dan semua... =)