Bila sesuatu dah rosak, hancur semua.
mengkhianati yang lain tanpa rasa..
bukan telunjuk mahu diikut tetapi kuasa mahu digenggam.
kemewahan mahu ditelan dan hanya mahu memiliki seorang..
Khianat tiada rasa, rasa belas sudah hilang dilindung hitam kotor.
mengaburi mata dengan semua yang putih, bersih.
menggunakan pegangan tanpa rasa salah.
mengiakan salah dan menyalahkan benar.
Semua rosak mental, hati merah berdarah mahu dimenang.
terarah hidangan kotor dari longkang.
kutipan segala hasil hanya untuk senang.
khianat tiada rasa, masih besar bersarang..
Jangan salah pandang,
kamu hanya menyokong yang indah
yang susah dalam pengakhiran yang megah
kamu hanya tersorok dicelah kelangkang pemimpin kian musnah.
Bangsat-bangsat yang saya benci, menghentam semua rasa kepercayaan dalam diri. Saya tak faham kenapa masih tak sedar mereka tentang sesuatu yang sebenarnya telah mengarah dalam kehancuran yang sudah nampak tempiasnya. Sengaja menggunakan agama yang suci untuk menyalahkan sesuatu tanpa bukti yang sahih. Kamu hanya mampu membatu?
No comments:
Post a Comment