oh. Saya dalam keadaan yang tidak stabil. Kepala saya pening dan amat memusingkan. Saya sangat tidak faham dan saya sangat-sangat tak faham apa yang sebenarnya dah berlaku.
Dalam kefahaman kamu. Apa yang kamu faham tentang ini:
1) Cop jawatan rasmi/cop sekolah
( bagi kefahaman saya cop salah satu yang diatas diperlukan)
dan apa yang kamu faham tentang ini pula:
2) Cop jawatan rasmi dan cop sekolah
(bagi kefahaman saya kedua-dua cop itu perlu ada)
yang amat merungsingkan, bila saya hanya membiarkan satu saja cop berkenaan kefahaman saya tentang perkara satu, pihak yang menyemak dokumen itu tidak menerima tuntutan bayaran saya kerana pemintaan untuk cop itu tidak lengkap. Kesimpulannya mereka tidak menerima tuntutan bayaran itu sekiranya saya membenarkan cop jawatan rasmi sahaja pada dokumen yang saya hantar pada mereka. Sedangkan mereka sendiri yang menyediakan dokumen tersebut.
Saya akan faham sekiranya perkara dua tertulis pada dokumen itu dan jika saya membiarkan satu sahaja cop yang diminta mungkin ini memang salah saya, tapi!!~ Siapa yang sebenarnya tak faham tentang ayat yang telah tertulis dalam dokumen itu? pihak yang saya mohon untuk tuntutan bayaran atau pihak saya?
Nama je syarikat kerajaan. Ayat dalam dokumen pun tak faham. Dia sendiri yang buat semua ayat dalam dokumen tu. Dia pula yang seakan tak faham tentang apa yang dia buat.
memang dah korup semuanya... haih ~
1 comment:
bahasa jiwa bangsa...tp kdg2 bahasa kita sendiri pun kita xfaham...
so ikutla bahasa yg senang difaham n x menyusahkan orang lain utk difahami..
p/s:beb...leh tau sape ni??? n kasut nike tu hargenye RM 219.00 tp aku bli kt butik nike..lau bli kt al ikhsan mayb leh murah lg kot...
Post a Comment