Dalam blog-blog yang saya lawati sebelum ini, banyak nilai-nilai dan pengisian yang saya dapat pelajari dalam sumber-sumber kehidupan manusia lain yang bagi saya mungkin dan mungkin bakal terjadi dalam jalanan hidup saya yang agak panjang jika dengan keizinan dariNya. Tertarik dengan satu blog Something Special dalam entrinya tak sangka! , saya baca semua entri dia, sangat memberi manfaat pada kehidupan saya. Mungkin saya tak sehebat kehidupan dengan manusia-manusia lain di luar sana, Mungkin semua ini membuatkan saya selalu berfikir dan mengarahkan jalan yang lebih baik untuk saya capai destinasi akan datang. Bukanlah saya mengatakan sempurna itu MESTI ada dalam kehidupan, cukuplah dengan menerima apa yang ada boleh ditukar ganti nama itu kepada sempurna. kamu setuju?
Saya mungkin agak cemburu kerana saya tidak peroleh rasa dan kebahagiaan seperti itu, mungkin juga ianya akan datang tapi lewat. Benar kata-katanya, tidak perlulah kita bercerita tentang keburukan atau masalah dalam rumah tangga atau bagi yang belum merasai alam rumah tangga, hubungan kita dengan teman hidup masing-masing. Walau apapun keburukan atau kesilapan pasangan, situasi yang berlaku sebenar-benarnya hanya kita dan dia serta yang di atas sahaja yang tahu.Tak perlu terburu-buru mencanangkan keburukan teman kita pada orang lain jika hanya 1% dari keburukan yang dia lakukan itu diceritakan kepada orang lain. Yang selebihnya? mana pergi ?samada direka atau disengajakan cerita tanpa diberitahu sesuatu yang jelas.
oh~ mungkin kamu nak kata perlu dirahsiakan, tak semua boleh diceritakan kepada orang. Kamu bayangkan jika kita ceritakan sesuatu masalah kita kepada orang lain dengan hanya menceritakan sahaja tentang keburukannya apa yang jadi? serupa kamu tak perlu nak membazir air liur mencanangkan cerita tentang teman kamu kepada orang, sedangkan kejelasan masalah itu kamu tidak dapat nak beritahu. kamu ada akal dan kamu boleh berfikir dan yang pastinya jangan kamu fikir kamu saja yang betul. Kamu kena tahu apa yang kamu buat dan kamu kene cari apa sebenarnya kesilapan yang kamu lakukan sebelum menyalahkan orang lain, kalau tak, kamu akan ada diantara perkara-perkara didalam entri sayaladynoe. Banyak maksud tersirat yang kamu boleh fikir dengan baik. haha kamu boleh berfikir ke?
Dan disebabkan kebanyakan situasi itu masalah yang sebenarnya kamu boleh selesaikan dengan cara dewasa tidak lagi menjadi seperti itu tetapi kejadian yang lebih rumit melibatkan kawan-kawan kamu akan lebih tidak disenangi mereka. Anggapan mereka akan bertukar menjadi tipah tertipu akan berlaku terhadap kamu jika sebenar-benarnya cerita telah mereka ketahui.
jadi.. fikirlah sendiri. Janganlah nak fikir kamu saja yang teraniaya, tanpa memikirkan kesilapan sebenarnya yang kamu telah lakukan. Tak salah kalau kamu nak hilangkan rasa perit dan meluahkan masalah tetapi ada caranya, bukan 100% menyalahkan orang lain ye.
ok. cerita habis.

No comments:
Post a Comment