Thursday, July 31, 2008

Hari ini saya biol-biol

Saya tak tahu mahu menulis apa lagi. Banyak saya sedang fikirkan tapi masalah hati saya telah banyak memberi impak tolaktive (negative), sehingga idea untuk cetuskan penulisan yang brilliant (kononnya) tidak dapat lahir dari pemikiran saya.

Saya letih dan terpaksa membuat kerja tanpa keikhlasan hati saya. Saya terpaksa juga berbohong agar hati saya rasa lebih baik dari memaksa diri sehingga membuatkan saya akan memaki bos saya dan kroni-kroninya yang saya rasakan tidak berperi kemanusiaan seperti pemerintah yang saya rasakan lebih menzioniskan golongan masyarakat seperti saya. Walau marah dan memaki hamun saya tidak akan dapat apa-apa, betul tak? oh~ mungkin saya terlalu memikirkan marah dan entri kali ini seperti ada berbaur politik.

Kepercayaan

Buat masa ni saya tidak mempercayai sesiapa kerana semua yang berlaku masih tidak nampak kesahihan bukti yang benar-benar saya percayai.
Saya telah dipergunakan untuk kroni-kroni bos saya supaya saya benar-benar mempercayai kata-kata mereka. Sedangkan dalam situasi saya pada waktu ini pekerjaan saya seperti buruh asing dan senang hati diperintah-perintah oleh anjing-anjing yang saya rasakan sangat sundal. maaf kerana berkasar bahasa. Dan sememangnya pada waktu ini mereka-mereka ini berpura-pura berbuat baik terhadap saya sedangkan saya tidak dapat satu hasil pun dari cakap-cakap kosong golongan yang kononnya ada kuasa dalam syarikat yang sememang bapak atau pakcik dia punya. Saya tahu saya cuma makan gaji dan terpaksa membayar gaji itu untuk modal kerja saya kembali. Bagaimana tanggapan kamu pula? haruskah saya berhenti kerja? atau meneruskan sahaja pekerjaan saya ini?

ok.. dan saya rasa pemerintah atau pembangkang kepada pemerintah atau sesiapa saja yang berkaitan dengan situasi saya diatas saya tak percaya. Macam haram.. lebih baik saya usaha sampai saya gali lubang kubur saya sendiri. Semua pasal kenaikan minyak. Kerja makin banyak dan gaji tidak naik-naik. Ramai juga diluar sana "hey kerja la lebih kuat untuk dapat hasil yang lebih baik" wei kamu tau tak berapa kuat saya kerja sampai saya hanya mampu makan mee segera setiap hari? pergi kerja kene modal parking, modal minyak, modal tempat tinggal, modal tol dan modal apa lagi yang hanya saya bekerja untuk membayar semula modal-modal itu setiap bulan. Bila mengadu dan cuba mahu berbincang untuk kenaikan gaji muka macam ceeellll... buat bodoh atau buat pekak yang realitinya sama macam yang kita lihat dan dengar di kaca televisyen atau radio.. semua itu cakap-cakap kosong yang menjejaskan atau merosakkan hati, jiwa, akal dan minda yang sepatutnya tak harus di endahkan, di dengar atau di lihat oleh saya..

Moralnya.. buang televisyen, radio dan surat khabar. Dengar mp3, Buka komputer tanpa mengekses cerita dalam negara dan pergi ke gig- gig yang dianjurkan pada hujung minggu.

2 comments:

nurul said...

hi beb..
i dont know u but tq coz browsing my blog...
hope u enjoy reading it

Anonymous said...

salam singgah..mmg kena ada hari biol dalam hidup kita, untuk kita belajar mengawal fikiran dan perasaan.. :)

p/s : thanks 4 visiting!