Saya tergerak untuk menulis tentang kemanusiaan. Mungkin nilai kemanusiaan itu seharusnya ada dalam hidup kita seharian. Tetapi saya tak berapa faham dan mungkin saya tidak memahami apa makna nilai kemanusiaan yang sebenarnya. saya cuba untuk mengorek dari manusia-manusia yang saya tahu tentang apa sebenarnya yang seharus ada dalam nilai kemanusiaan itu sendiri. Mungkin kini saya merasa kecewa dan menyalahkan manusia-manusia atau kamu dan kamu tentang nilai kemanusiaan yang sebenarnya, kerana saya rasakan prinsip hidup sedikit sebanyak membuang segala nilai kemanusiaan yang perlu ada untuk setiap manusia. oh! Kamu itu adalah manusia bukan?
Saya mengenali seseorang. Mungkin dia terlampau taksub dengan prinsip hidup dia yang saya rasa saya tak faham langsung apa yang sebenarnya yang dia cuba lakukan. Saya cuba nak tahu tapi saya rasa bukan sebab ianya adalah jiwa saya. terlalu menjurus kearah yang terlalu rumit. Pada awalnya saya mungkin bangga dan hormat cara dan prinsip hidup dia. Dan sekali lagi mungkin waktu ini saya rasakan itu cuma sia-sia saja. kenapa saya berfikiran seperti itu?
Saya rasakan itu adalah manusia yang hanya berlakon dengan memegang prinsip hidup yang bukan asalnya dari diri dan hidup dia. Prinsip yang hanya dicedok dgn membanggakannya seolah-olah dia mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat itu. haih ! prinsip tanpa dipraktikkan seperti pohon yang tak berbuah, seperti juga ilmu jika tak menyelami atau mengetahui dengan tindakan pasti ilmu itu akan padam begitu sahaja.
Hey!! Tolong la kamu bukan mampu lakukan itu sebenarnya. Kamu sudah mengecewakan ramai manusia-manusia di sekeliling kamu. Lihat sendiri diri kamu! kamu tak bekerja, tak pernah rasa hormat, menjaga perasaan atau hati kawan-kawan sekeliling kamu. Sedangkan kawan-kawan kamu banyak membantu tanpa meminta 1 sen pun dari kamu! kamu faham! ok sekarang bukan masa untuk luahan perasaan tapi saya sangat marah dengan orang yang "hipokrit" macam kamu!!
Kalau kamu rasa kamu sangat bangga dengan tindakan kamu dan kamu bangga dengan berdiam diri itu buat kamu rasa bahagia kamu teruskan la. saya tak pernah halang kamu nak buat apa yang kamu mahu.
Cuma saya nak sedarkan kamu. Kamu ingat kamu menulis dan bercakap, mengkritik pemerintah atau kamu mengatakan manusia-manusia diluar sana kejam kerana mencetuskan peperangan atau meragut segala kenikmatan yang seharusnya ada pada insan-insan diluar sana kamu dah dikira bagus? hey!! cuba lihat kawan-kawan disekeliling kamu dulu apa yang mereka semua korbankan untuk kamu dan lakukannya tanpa mengharapkan balasan. Kamu seharusnya sedar kalau kamu katakan kamu mempunyai nilai kemanusiaan yang kamu fikirkan kamu ada, kamu silap. Satu sifat dalam nilai kemanusiaan itu memang tiada langsung dalam diri kamu. Kalau kamu nak buat sesuatu yang kononya kamu adalah seorang pemerhati untuk manusia kejam diluar sana, kamu lihat apa yang kamu dah buat dengan orang sekeliling kamu dulu dan nilailah sendiri adakah kamu manusia kejam yang sama dengan manusia-manusia kejam diluar sana?
ok maaf ini mungkin betul luahan perasaan noktah.

No comments:
Post a Comment