Wednesday, July 2, 2008

Sikap pemandu masa kini

Saya dah lama nak menulis nukilan ini, idea banyak tapi tak tahu macam mana nak menulis. Kamu tahu sikap pemandu kita? ya pasti kamu tahu dan kamu akan mengatakan

"Eley... cerita lama la!"

ye memang cerita yang biasa kita lihat dalam entri-entri blogger yang lain. Kamu mesti biasa dengan keadaan traffik kita yang selalu sesak. ok, saya mungkin tergolong dalam kategori ini. tetapi mungkin tidak dan kamu yang punyai lesen, lesen agung, pemandu berhemat dan seangkatan dengannya mungkin tergolong juga dengan sikap ini.

bila trafik sesak punca mungkin disebabkan

1. Kemalangan

2. Kereta rosak

3. Kereta habis minyak

4. pembunuhan (mungkin situasi itu saya alami mayat yang dipotong menjadi beberapa bahagian yang berlaku di "Federal Highway" Shah Alam -Kuala Lumpur ok tutup kurungan)

disebabkan punca yang saya rasa itu adalah masalah kecil menyebabkan panjang kereta yang bersesak mengikut jalan yang sama. Pemandu biasa juga akan kata

"Ni kalau tak "Accident" mesti kereta rosak"

bila sampai di tempat kejadian

" Dah agak dah mesti "Accident" diorang ni "Accident" pun nak tengok"

ok. mana dia tahu tu kemalangan kalau dia sendiri tak tengok?

mungkin kamu kata kamu tak tergolong dalam kategori ini. saya faham. saya tak kata semua. Kesedaran pemandu kini mungkin dalam tahap yang baik. Pemandu-pemandu sekarang atau sikap pemandu dinegara kita yang suka ambil tahu mungkin menurun. Tetapi dalam situasi yang diatas. pemandu yang memandu berhampiran dengan tempat kejadian akan cuba tak memandang atau tak menyaksikan kejadian dengan cuba memfokuskan pemanduan mereka kedepan. Disebabkan pemandu lain yang suka mengambil tahu dan memperlahankan kenderaan pemandu yang dibelakang (kategori yang tak nak ambil tahu) juga tepaksa memperlahankan kenderaan sambil memanjangkan leher menyaksikan kejadian itu (walaupun hati kuat kata TAK NAK) paling kuat mereka akan menjelingkan mata kearah tempat kejadian, betul tak?

2 comments:

Anonymous said...

bebelan pertama:
streotype org kita..

Anonymous said...

hmm...
ada satu mlm KL di landa hujan..
esok nak pegi keje habes sume jln jamm...
plng marah dgn pemadu yg x de sivik..
ok..saya pun adakala sengaja mengurangkan kesedaran sivik tu tp tlg la jgn di praktikan bila berada di saat2 genting yang bisa sahaja membuatkan saya tidak dapat tidak menahan drpd menyumpah seranah mereka ini...
haihh...