Selalu saya fikirkan tentang berpuisi. Saya bukanlah orang yang pandai berpuisi, Puitis dalam berpuisi pun saya tak pandai tapi saya sangat cemburu dengan blogger-blogger lain yang pandai berpuisi. Saya selalu singgah ke blog-blog yang saya sendiri tak tahu siapa orang tu. Walaupun tahu tapi saya buat tak tahu. eh boleh ke? :)
Biasanya orang akan kata puisi itu jiwang, betul ke? kadang-kadang saya tak rasa puisi tu jiwang sebab saya rasa puisi ada kata-kata yang indah dan mungkin nampak sesuatu yang ada dalam jiwa dia. Tapi kalau kamu baca ayat-ayat yang terus, kamu akan nampak ia lebih menjiwangkan. Oh itu andaian saya semata-mata ok. Saya selalu singgah ke blog ini Pengecat Bintang, kebanyakan puisi-puisi yang dia pertontonkan agak tak faham oleh saya dari segi kata-kata dan pengisiannya, dan saya juga selalu lawati blog ini juga nina pop bait-bait kata lebih saya faham dari puisi sang pengecat bintang itu, mungkin puisi banyak kategori oh! saya betul-betul tak faham.
Dan sekarang saya nak cuba berpuisi, saya cuba ye.
Malam sudah tiba dengan sepinya
aku terlentang dikamar
cuba menutup mata
embun-embun diluar sana mula lebat keluarnya
namun mataku masih tak pejam
fikiranku masih menari-nari tentang kenangan semalam
aku mula menyusur keluar
merenung bintang-bintang yang bertabur diruang angkasa
bertemankan bulan yang kian menambah serinya
pandanganku semakin layu
mungkin aku mahu mengosongkan minda yang bercelaru
bila tiba dikamar
ketenangan meresap ke jiwa
liang-liang roma mula merasa dinginnya
lalu bayangan mimpi mula menjelma
mentari esok muncul tak lama
semoga aku telusuri ruang yang indah gembira
ok siap. ayat sepontan tau.
2 comments:
MADU WARNA BIRU ;
puisi itu harus lahir dari hati ,dan itulah kejujuran..
puitis diramas agar menjadi sesuatu yang kadang-kadang hanya penulis saja yang tahu ramuannya.
kamu pun pandai berpuisi asal saja ianya dari hati..
teruskan menulis ya...
terima kasih.,
bait-bait tulus dari hati adalah puitis seorang makhluk akal tuhan...
biar ia nampak mudah dan bodoh...
tapi apa yg jujur disampai itu...
hebat alam melayu kita wujudnya sastera bahasa yg indah dan misteri...
kaji mesteri dalammu...kamu akan nampak diri kamu sendiri yg lemas...bebaskan dia...dan terbangkan dia ke dlm dimensi imajinmu dalam bentuk tulisan...
sekian..
Post a Comment