Friday, June 15, 2012

Jodoh Pertemuan, Perkahwinan dan Anak Ditangan Allah S.W.T #1

Penulisan kali ini mungkin adalah penulisan dari perubahan yang sama sekali berbeza dengan penulisan sebelum berkahwin. Saya mungkin hanya memberi pendapat semata-mata berdasarkan persepsi dari pandangan seorang yang telah bergelar isteri, ia juga mungkin relate dengan agama dan pemikiran melayu kita yang biasanya akan sentiasa dekat dengan adat. Ini mungkin pendapat dan pendapat ini selalu menerawang dikotak fikiran saya..

Jodoh

Jodoh mengikut tajuk kecil diatas (cewah.. :D) biasanya berkaitan dengan pertemuan selanjutnya iaitu perkahwinan yang mana ianya adalah salah satu perkara yang sebenarnya perlu untuk kehidupan manusia. Ia juga adalah dari nikmat yang Allah berikan kepada manusia untuk merasa kasih, cinta dan sayang antara kaum berlainan jenis. Bila disebut tentang jodoh atau perkahwinan terpulang diskripsi masing-masing tentang perkara tersebut. Kebanyakan manusia akan memilih jalan dan aturan hidup mereka bersama teman sejiwa berjalan dalam dunia baru selepas hidup bersendiri dan teman sejiwa itu adalah pelengkap untuk sebuah kehidupan yang dinamakan perkahwinan. Kebanyakan mentaliti manusia sebelum bergelar isteri atau suami, mereka akan merasakan kehidupan perkahwinan itu adalah satu perkara yang mungkin agak mudah untuk mereka harungi, tidak hairanlah kalau kebanyakan dari kita tidak sabar untuk merasainya. Disebabkan perasaan itulah ada yang merasa murung dan risau jika mereka masih tak memperolehi teman atau tak berpeluang untuk berkongsi rasa cinta dan kasih mereka kepada orang lain.

Mengapa perlu dirisaukan, sedangkan perkara itu Allah saja yang tahu bila dan siapa teman hidup kita yang bakal menjaga dan menyayangi kita nanti. Pertikaian mengapa kamu masih tak ada teman hidup bukanlah perkara besar yang perlu kamu fikirkan hanya jika kamu percaya dan yakin jodoh tu Allah dah tetapkan. Kebanyakan kawan-kawan saya yang masih belum berpunya selalu merasa risau bila kawan-kawan mereka ramai yang telah melangkah ke alam perkahwinan, apatah lagi bila umur dah lanjut mulalah ada diantara ahli keluarga dan ibu bapa mereka atau saudara mara mereka yang asyik bertanya "kau bila lagi minah?" soalan tuh sering di ajukan bila ada saudara atau ahli keluarga kita mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan ataupun apa-apa kenduri yang dihadiri oleh ahli keluarga. Kamu mungkin pernah mengalami situasi itu bukan? bukan kamu-kamu sahaja , malah saya juga pernah mengalami perkara yang bagi saya agak "annoying" (bak kata orang putih celup). Di sebabkan kekerapan bertanyakan soalan itu ada juga ibu bapa atau kamu sendiri akan merasa agak tertekan. Bukan itu sahaja permulaan seperti itu jugalah yang akan membawa perkara yang menyebabkan ianya menjadi satu pertikaian yang mana perancangan yang telah Allah tetapkan pada manusia. Iman masa tuh dah mula goyah kebanyakan ibu bapa yang merasa risau tentang perkara itu mula mempercayai "Mandi Bunga" , "Tangkal Jodoh" dan sebagainya. Kamu semua pasti biasa mendengar ungkapan tu bukan? bila dah merasa risau syaitan nak menghasut memang senang, moga Allah jauhkan perkara yang boleh menjatuhkan akidah kita insyaAllah.


Banyak contoh yang boleh dilihat jika kita sedar ianya bukan hak kita untuk mengetahui perkara itu. Kita sebagai manusia hanya perlu bertawakal dan berserah dan mohon agar Allah berikan kita yang terbaik supaya kita diberi keberkatan dan keredhaan olehNya. Kalau tekanan atau musibah yang berlaku cepat-cepatlah mengadu pada Allah, moga Allah berikan jalan untuk kita dan permudahkan urusan dan kegusaran kita. Mengapa saya merasakan kita tidak perlu menjadikan soal jodoh itu sangat berat atau dipertikaikan? kerana kamu pasti tahu Allah akan berikan yang terbaik untuk kita dan Allah tahu bagaimana kita mampu menghadapinya. Sebagai pengalaman yang pernah saya lihat jodoh akan sampai pada mereka bila Allah tetapkan waktunya .

Untuk dijadikan cerita Si perempuan ini telah ditugaskan diluar pejabat untuk melengkapkan tugas yang diberikan oleh pihak atasan. Sebelum ini si perempuan ini telah pun putus cinta dan ada satu ketika dia merasa putus asa disebabkan kekecewaan yang telah dia alami. Dia merasakan tiada lagi yang akan berdamping dengan dia sedangkan umur dia telah meningkat naik. Siapa tahu Allah telah beri ujian padanya dan atas nasihat ahli keluarga, dia bersabar dan telah banyak bertawakal, jiwanya telah dia serahkan pada Allah sepenuhnya. Allhamdulillah dia tidak melakukan perbuatan yang tak bermanfaat pada dirinya. Dia redha dengan ketentuan itu. Semasa dia bertugas diluar pejabat dia tidak tahu ada perkara yang telah menanti dia disana. Inilah yang dikatakan perancangan yang Allah telah buat untuk hidup si perempuan ni. Perkara yang tak disangka-sangka, si perempuan ini telah bertemu dengan cinta hatinya disana hanya disebabkan "Pen Drive". Sebelum ni si perempuan ini telah berselisih dengan si lelaki ini dan si lelaki ini telah jatuh hati. tetapi ia bukan alasan untuk si lelaki ini mengejar perempuan ini dengan muka tak malunya. Adab dan sopan si lelaki inilah yang mungkin menambat hati si perempuan ni. Kuasa Allah Si perempuan ini telah tertinggal Pen Drive ditempat duduknya dan si lelaki ini pula yang terjumpa. si lelaki ini adalah pekerja di parlimen dimana dia mengatur susun acara disana, si lelaki ini terjumpa barang itu ditempat duduk si perempuan ini. Disebabkan si lelaki ini tahu tempat duduk yang telah dia aturkan itu dari mana atas dasar rasa tanggungjawap takut-takut kalau ada dokumen yang penting didalamnya si lelaki ini menelefon empunya barang. Dengan izin Allah rupanya barang tersebut adalah milik si perempuan yang telah mencuri hatinya sebelum ini (cewah..) Dengan rasa hormat si lelaki terus berbincang dengan keluarganya dan menghantar rombongan meminang ke rumah keluarga si perempuan ini dalam masa tak sampai 2 minggu. Manala tau si perempuan ini juga sebenarnya telah diambil hati lelaki itu semasa disana. Dan akhirnya mereka telah diijabkabulkan. Inilah ketentuan yang Allah telah tetapkan perlukah kita mempertikai apa yang telah Allah rancangkan? kenapa perlu kerisauan itu bermaharajalela sehingga mampu menganggu gugat iman dan hati kita yang boleh menjatuhkan akidah kita? nauzubillah... ironinya juga janganlah kita merungut dengan pekerjaan yang kita lakukan ia mungkin adalah untuk kebaikan yang Allah ingin berikan kepada kita dan mungkin juga ianya satu peluang untuk Allah memberikan lebih lagi rezeki kepada kita. Syukurilah apa yang diperolehi walaupun ianya tidak kita suka mungkin ketetapan yang Allah beri itu mengundang perkara yang tidak disangka-sangka. Dari sudut hati manusia pula yang mana masih lagi tidak berpunya atau mempunyai pengalaman putus cinta, jangan merasa terlalu kecewa atau risau, menyalahkan takdir ataupun melakukan perkara yang tidak bermanfaat adalah mengundang kemurkaan Allah. Mungkin itu adalah ujian yang Allah berikan dan mungkin Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari segala yang telah diaturkan untuk seseorang manusia.

Banyak juga contoh lain yang kita boleh lihat dan mungkin pernah kamu alami sendiri. Banyak juga pertemuan-pertemuan yang tak diduga akan menjadi pengalaman hidup kita yang paling manis. Bagi yang masih tidak berpunya janganlah berputus harap dan percayalah Allah ada perancangan untuk kita yang lebih baik, begitu juga kepada yang telah putus cinta janganlah terlalu diikutkan hati yang lara kehilangan itu bukan lama mungkin penggantian yang bakal kita perolehi lebih membahagiakan dari sebelumnya. Penulisan ini mungkin pendapat saya sahaja. Sebagai seorang manusia biasa didikan islam yang telah dipelajari haruslah diterapkan didalam hati agar kita tidak tergelincir dari landasan yang benar. Tak perlu nak kena jadi ustazah atau ustaz dahulu baru nak fikir semua yang benar dan yang salah, seharusnya seantero manusia perlulah berfikiran yang Allah mampu melakukan apa saja tanpa keraguan dari kita.


bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

Sis..boley x nk numbe akk..nk dptkn nasihat..buntu je ase

Madu Warna Biru said...

saya bukan pakar sangat tapi bolehla kalau nak didengarkan email saya maduwarnabiru@gmail.com