Thursday, June 18, 2009

Ha!! Kantol!!~

Kamu pernah tak rasa macam mana rasanya terkantol? Kantoi ke? Pernah?

Kamu rasa apa masa tuh? Takut ? darah naik muka ? malu ? lebih-lebih lagi kamu terkantol dengan kekasih hati kamu ke ? mak kamu ke ? musuh kamu ke ? penah tak rasa ?

Kadang-kadang perkara bodoh dulu yang pernah kita buat mungkin kita tak sedar, contohnya main kayu tiga dengan kekasih kamu dibelakang dia dulu ke, kutuk belakang kawan kamu ke, yerla sibuk nak jaga hati dan perasaan sendiri.. sampai dah tak boleh nak dikawal lagi dah , bila terkantol mula la darah naik kemuka malu sangat namanya atau kamu takut , takut kekasih hati kamu marah. Setiap dari kamu mesti ada yang pernah alami perasaan terkantol tuh kan ? betul tak ?

Saya sendiri pun ada merasakan yang sama, cuba kamu bayangkan bila waktu kamu sedang gembira, takde masalah langsung nak difikirkan waktu ini , perkara yang bodoh yang pernah kamu buat dulu tiba-tiba datang semula dalam hidup kamu tanpa kamu undang. Tersentap jiwa tiba-tibakan? bila mana perkara lepas boleh datang nak mencilok dalam hidup kamu yang sedang gembira hari ini. Sekarang barulah kamu terfikir kenapalah masa tu kamu buat benda-benda bodoh tu semuakan?. Allhamdulillah -Lah kalau jenis manusia yang tak kisahkan perkara lalu dan tahu itu adalah perkara lepas. Kalau kamu terkena dengan orang macam cik "pshyco" tuh macam mana? Mau kamu jadi bahan dia yang dah sedia nak jahanamkan hidup kamu?

Bila kita fikirkan kesilapan kita dulu, mungkin ada hikmah semuanya, tapi kamu sebagai seorang manusia haruslah fikirkan perkara yang kamu ingin lakukan sebelum kamu bertindak, manalah tahu kamu nak ikutkan hati sangat, terbuat pulak perkara yang bodoh nanti , bila kamu dah buat nak tarik balik dah susah lagi-lagi dengan orang yang pantang dengar benda tuh salah, mula la nak memulaukan atau membalas dendam semula.

Saya tak fokus perkara bodoh tuh untuk manusia yang suka tikam belakang atau yang main kayu tiga sahaja malah siapa-siapa pun dalam mana-mana perkara, masalah kecik atau besar janganlah bertindak mengikut hati dan rasa, berfikir dulu sebelum membuat keputusan supaya kamu tak terkantol bodoh dibelakang hari nanti.

Nasib tak baik semalam untuk saya tapi bukan sebab saya menikam belakang manusia lain tetapi perkara yang hanya untuk menjaga hati saya sendiri sudah membawa padah , perkara lepas tuh pun tak bawak bahagia pada diri saya pun. Sabar juga yang bawa bahagia. So bodoh-bodoh la saya terkantol semalam.. kan dah padan dengan muka...

Ha! Satu lagi pesanan kalau ada benda bodoh yang kamu buat dulu jangan kamu simpan dalam kertas atau bahan bukti yang menunjukkan kamu buat perkara bodoh, buang dan hapuskan. Jika kamu benar-benar dah berubah atau sedar atas kesilapan kamu mohon maaf sajalah dan jangan kamu lakukan perkara-perkara yang menjengkelkan atau perkara yang boleh membuatkan kamu sediri yang rasa bersalah. Ok!

p/s: Maafkan madu ye, benda tuh dah lepas lama, sekarang dah tak buat lagi..=|

4 comments:

Si Penanya (?) said...

teringat benda2 bodoh pernah buat duluu. rasa macam "OMG! aku pernah buat tu!" .. x sangka..

Madu Warna Biru said...

haaa itu la pasal .. bila dah terkena balik adeh... muka dah biru plak..

Amak said...

Semua orang pernah buat benda yang paling BANGANG dalam hidup dia. so, rilek. pujuk hati untuk tinggalkan semua kenangan bodo tu.

mintak tolong kat tuhan. InsyaAllah semua beres.

=)

saya cik madu!

Madu Warna Biru said...

ha tuh la . . haih mencana la bley buat cam tuh.. dan hari2 yang bakal di hadap lepas ni perlu guna akal dan berhati2 dalam nak buat tindakan.. kan? pn noe?? hik hik

Allhamdulillah atas nasihat noe harituh dia dah ok.. hikhik =P thanx noe..