Friday, October 31, 2008

Harapan Saya. =)

Kerja saya asyik makan saja. badan dah makin meningkat, kembung pipi dah makin mampat. haih.. Dalam masa ini saja saya ada ruang untuk berangan-angan, sambil makan dan melayan perasaan . Walaupun saya tahu hari ni kerja tak sudah-sudah nak bagi memori otak saya penuh tetapi disebabkan penyakit malas saya dah menyerang saya lebih suka buat hal saya tanpa menghiraukan orang lain. Mungkin bendera jepun akan naik dalam negera khayalan saya , kalau tak esok pun lusa. kamu tahu apa yang saya fikirkan waktu ni? saya mengharapkan sesuatu, ini dia.



1. Saya nak buat blog setiap hari dengan isu yang tak pernah lekang dari kotak pemikiran saya disulam dengan kata-kata yang tak akan membuat orang bosan dan saya tak mahu pelawat yang melawati blog saya mengatakan saya meniru penulisan orang lain. Dengan harapan setiap hari sepuluh ribu pengunjung akan melawati blog saya terutama teman kasih saya yang tak sudah-sudah mengirim komen untuk memberi satu komentar yang mampu membuatkan saya bersemangat untuk menulis. ok! maksud saya bukan komentar yang tak ada pengisian macam "saya sayang kamu" atau "saya tak boleh hidup tanpa kamu" ye tetapi saya mahukan satu kritikan agar saya mampu berfikir lebih lagi dan boleh la saya mendaftar "nuffnang" =D.



Masalahnya: Saya bukan pandai menulis macam Pengecat bintang , Ladynoe , melayu minimalis, lucius maximus atau Fazleena Hishamudin. Saya juga tak mampu nak minta sepuluh ribu pelawat masuk ke blog saya berserta dengan komentar secara paksa. Nak minta kasih yang tak sudah-sudah saya komen untuk blog saya, harapan tu angan-angan la agaknya disebabkan blog lain lebih menarik dari blog saya mungkin!.

note:boleh jadi harapan untuk mimpi akan datang. itupun kalau mimpi tu nak datangla kalau tak datang?

2. Saya nak beli satu tanah seluas sabah dan sarawak (cukuplah tak payah besar sangatkan) nak dijadikan negara dibawah pimpinan saya. saya nak bawa masyarakat dalam negara ini yang boleh berfikiran positif ,mampu membawa pemikiran yang ideal untuk masyarakat dalam negara , dan masyarakat boleh berkomunikasi tanpa memikirkan pangkat atau darjat, boleh berkerjasama, berdisplin dan tahu tanggungjawab masing-masing. saya takkan bawa masuk masyarkat yang berhasad dengki dalam negara ciptaan saya ok!

Masalahnya:Boleh ke saya dapat semua tu? mudah ke saya nak dapat manusia yang tak ada hasad dengki? boleh ke pemikir-pemikir ideal bersatu dan menyatukan masyarakat berlandaskan sistem ciptaan Allah S.W.T .

note: puas saya fikir. mana nak cari duit nak beli tanah seluas itu.. haih..


Kamu boleh tolong saya?

5 comments:

Anonymous said...

boleh. cinta dan kasih sayang kita boleh beli dunia sayang, bukan sabah dan sarawak sahaja..keep on writing sayang..kamu dah semakin critical..gud job!!

p/s : sat g saya nak g dunia utopia saya..nak ikut!! :)

Anonymous said...

nak nak ! =D

Anonymous said...

harapan saya untk menjadikan harapan sy bukan sekadar harapan..

hehehe..mcm mane tuh?

atau setidak2nya harapan sy ialah saya mampu utk tidur sbntr lg..

walau weh..

Anonymous said...

hak hak sengal la ko anim .. apa aje la ko punya harapan.. hak hak =D

nurul said...

harapan...
besar sgt maknanya tu...
pada aku...aku akan pastikan harapan dpt dicapai mengikut kemampuan aku dan org sekeliling aku...


lau nk ikut hati dan perasaan,mmg nk sesuatu yg diluar jangkaan tp bkn mudah nk dpt sume tu....kita leh berharap tp mesti dgn usha...

aku akan minimalkan harapan utk aku capai supaya aku dpt berpuas hati dan dpt berharap lagi di masa hadapan....
jd dgn cara ni aku dpt capai byk harapan dlm idup aku...baru best...

hehehe....