Setiap hari saya baca surat khabar buat saya menyampah. Saya tak tahu samada sepatutnyakah berita-berita yang disampaikan itu mengeratkan hubungan kita dalam tanah yang terjajah ini atau kata lainnya dari trikuliti tronoh dalam bolehland ini. Saya berpendapat, kenapa mereka tak nak berusaha menyatukan sesuatu yang terbentuk dari zaman Tunku Abdul Rahman agar tanah yang terjajah kita lebih harmoni? Jangan letakkan hanya kepada sesuatu kaum kerana semua ada hak dalam tanah yang terjajah ini.
Bila kita tahu Lee Chong Wei akan masuk ke akhir dalam perlawanan Badminton. Masing-masing teruja untuk menontonnya. Bila tahu dia kalah, faham pula rasa kecewa. Kamu tahu tak mereka tu dalam kaum atau bangsa apa? tak perlu nak pertikaikan mereka semua ada dalam tanah yang terjajah kita. Kalau betul-betul kita mengikut Islam sebenar adakah Islam hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja? sedangkan asalnya Islam dari tanah arab untuk dianut ke seluruh dunia tanpa mengira warna kulit atau bangsa. Nabi kita S.A.W pula apa bangsa dan keturunan beliau? adakah beliau hanya mempertahankan kaum beliau dan tidak memikirkan orang lain? Secara jujurnya saya katakan tanah yang terjajah ini entah jatuh kemana perginya. Pemikiran sudah rosak dan busuk, Macam barah yang dah seharusnya sudah patut dibuang.
Kamu tahu tak? kita ni terlalu manja, terlalu hasad dengki dan tak boleh lihat apa yang ada pada orang lain lebih dari kita. Saya kecewa dan mula rasa benci bagi sesetengah pihak yang sebenarnya hanya mementingkan keperluan poket mereka. Bukan mereka bersungguh-sungguh nak buat apa yang patutnya ada pada waktu ini. Luaran tak tentu sama dengan isinya bukan?
Hello.. ilmu yang ada salahkah kalau dikongsi kepada semua? Ilmu yang ada bila dikongsi akan lebih bermanfaat dan akan menjadi satu tunggak kemajuan. Ilmu bukan tertumpu kepada sesuatu bangsa ye.. Dan kamu fikirlah kenapa perlu kita rasa takut jika ilmu yang kita peroleh jika benar-benar kita mahu pelajari ia takkan buat kita gagal. Berserah pada yang Berkuasa ditambah dengan usaha gigih pasti akan diberikan sesuatu yang baik dariNya. Kita gagal bukan disebabkan ada satu-satu kaum lain yang memang kita sendiri sedar dengan kerajinan serta kejayaan yang mereka dah kecap, dan disebab kita sendiri tahu bila kita tiada saingan kita akan target tahap yang takdelah susah sangat nak capai kan? bila dibezakan dengan tahap-tahap yang terbaik diluar sana kita takkan mampu nak saingi, contohnya tanah yang terjajah kita sibuk-sibuk nak pecahkan rekod kebangsaan kat sukan olimpik, haa sukan olimpik? bukan kene target rekod olimpik atau rekod dunia ke? hahaha. Sama jugalah dengan ilmu, tiada saingan yang hebat kita sukar terdorong kearah usaha yang lebih keras. Itu saya rasa, tapi kebenarannya mungkin dah nampak cuma kita tak nak mengaku je sebab kita fikir kita hebat, kan?
Saya begitu merasakan tanah yang terjajah kita ni tak boleh mengamalkan brainstorming sebenarnya, Sedangkan kita tahu kaedah itu akan membuat sesuatu keputusan dan idea-idea yang mampu memajukan atau mencipta sesuatu kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang. huh.. yela tu.Bukanlah saya katakan kita tak mampu tapi kita sebenarnya terlebih mampu melakukan itu untuk kebaikan masyarakat dan tanah yang terjajah kita sendiri. Cuma yang tak bolehnya adalah disebabkan apabila kita mengutarakan sesuatu pendapat akan dihukum atau dikenakan tindakan jika pemohonan maaf tidak dibuat untuk pendapat-pendapat yang tidak disokong oleh mana-mana pihak, dan seterusnya akan mereka-mereka ini akan meggelupur macam cacing kepanasan bila mengetahuinya, apa ni? Sampaikan memberi pendapat pun kene dihukum! bukannya pendapat itu sudah dilakukan. Salah betul memberi pendapat ye. Kamu kamu diluar sana tu bayangkanlah kalau tanah yang terjajah kita menggunakan kaedah brainstorming ni apa akan jadi ye? pasti banyak yang dihumban kedalam sangkar-sangkar keindahan ngeri. haih ~ ops! mungkin pendapat saya ini akan membawa saya kedalam sangkar-sangkar itu. erk! x(
Apalagi yang boleh kita lakukan untuk membaikpulih semua ini dari terus menjadi teruk?
saya benci la macam ni. Saya berketurunan jawa dan arab. Melayukah saya? kamu dan kamu dan kamu lagi dan kamu yang itu keturunan apa ye? Yang pastinya saya mengaku saya adalah Islam.
p/s: yeay! saya dah dapat lirik penuh lagu kesukaan saya.
Mawar Khayalan
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasan awan
Dari duniaku yang hampa
Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, oh dunia yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasan awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasan awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala
Oh mawar khayalan
obses saya pada lagu ini. Jika mahu dengar lagu mereka disini Mawar Khayalan
1 comment:
xlarat nak membebel dah... cukup sekadar, marilah bersama perbetulkan diri dan munasabah diri...
eh, aku linked blog kau ye? penulisan yg panjang ini memakan masa yg lama utk dihabiskan... terima kasih komen pada persoalan ke-25...
Post a Comment