Friday, August 15, 2008

Muzik Keras (1)

Tiada mood untuk hari ni mungkin bahana tidur lewat semalam yang juga menjejaskan semangat saya yang selalu rasa nak marah setiap kali sesuatu yang saya tidak suka berlaku. Macam-macam yang saya fikirkan untuk hari ni sehingga saya rasa nak taip entri baru berkenaan topik diatas. Saya bukanlah blogger amatur untuk menulis entri setiap hari, cuma waktu dan keadaan yang akan membawa saya kepada penulisan blog dunia saya sendiri.

Saya sebenarnya banyak terfikir sebelum ini tentang muzik keras. Acap kali saya berfikir tentang ini. Mungkin dari dulu hingga sekarang dan setiap kali saya mendengar muzik keras ini saya akan tertanya-tanya kenapa kebanyakan dari kita memandang muzik keras itu satu perkara yang negatif dan tak harus diikuti oleh kita. Dan saya juga tak pasti apa sebenarnya perjuangan pembawa-pembawa muzik keras ini untuk diberikan kepada kita yang sebaiknya. Saya bukanlah seorang manusia yang suka mengkaji apakah kehebatan yang ada dalam muzik tersebut. Mungkin ada yang akan berpendapat "hey kalau tak tau nak tulis tentang sesuatu yang bukan dalam bidang kita, kajilah dulu sebelum memberi pendapat". Bukan saya tak nak mengkaji, saya cuba selami muzik itu dengan cuba menghayati lirik yang dipersembahkan, bila saya cuba mahu mendengar setiap kata-kata yang diluahkan saya tak dengar ayat itu dengan baik ditambah alunan muzik yang kuat dan pengakhirannya, saya tak tahu apa isi yang cuba mereka bawa untuk pendengar. Bila saya baca tentang muzik keras, mungkinlah muzik keras ,diblog Melayu minimalis ada jugalah kefahaman saya tentang muzik-muzik seperti ini. Cuma saya ingin sangat tahu kenapa kita tidak mahu menerima muzik keras ini sedangkan lirik mereka banyak berunsurkan kematian, penyeksaan, hipokrisi, kekejaman ,seks dan politik secara rumusnya, Saya tak kata semua ok!Bukankah mereka mahu menyedarkan kita semua itu juga berlaku disekeliling kita? dan mereka mahu kita faham dan bertindak sebelum perkara ini menjadi lebih teruk. Kebanyakan kita akan mudah menerima jika ianya lagu cinta. betul tak?

Saya bukanlah pengikut mereka cuma perasaan saya mudah rasa ingin tahu kenapa masyarakat suka sangat berfikiran macam tu. Secara ringkas bagi pendapat saya tentang persoalan itu, mereka tidak suka muzik yang terlalu kuat yang boleh menyebabkan mereka sakit kepala. Dan jika bila mereka melihat muzik keras ini sebagai imej yang selekeh mereka akan terus memandang negatif tanpa menghiraukan perjuangan yang mereka cuba ketengahkan. Tetapi kamu tahu tak? kenapa perlu mereka berpakaian seperti itu sedangkan mereka boleh berpakaian yang lebih baik dan muzik yang mereka bawa digandingkan dengan imej pakaian yang kemas. tak salahkan? dari situ mungkin langkah pertama untuk muzik keras diterima oleh masyarakat. oh! itu cuma kemungkinan yang lahir dari otak saya. bila saya fikirkan semula, kenapa tak bolehkan? Joy Division boley buat. hehe.. kalau nak tahu tentang joy divison google la sendiri.

Kenapa bila kita rasakan tentang politik, kematian, hipokrasi dan sebagainya hanya berkaitan dengan muzik keras?. Bukankah muzik yang tidaklah begitu keras juga boleh lakukannya?

Mana Kurnia

Jangan percaya semua
Apa yang dibicarakan
Aku dan empayarnya
Buang saja damainya

Agar tak terpesona semua
Khayalnya nan menggoda
O’ dunia

Ooooo

Indah, dalam jiwa

(Kau, aku kita kan lupus dan berlumut)

Oooo 4x

Rakyatku sekelian
Pada daulatku yang harus disembah

Khianati diriku
Hanya malapetaka kan datang menyinggah

O’ engkau yang kusanggah
Ketuananmu takkan selama-lamanya

Oooo

Aku lelaki yang
Kekal selamanya
Apalah dayaku
Apa dayaku

Empayarmu yang musnah
Akibatnya
Mana kurnia yang kucari
DariNya datang semua

Akan selamanya
Jiwa terdampar
Hancurlah semua
Apa yang cuba kau lakukan


by Laila's Lounge

kamu rasa ini lirik berkenaan apa? adakah ini lagu dari muzik keras? Bukankah lirik ini luahan dari kemarahan?

Saya tak kenal mereka pun, cuma bila saya google dan terjumpa ini dan bila saya tahu ianya bukan dari mereka yang memperjuangkan muzik keras hati saya pasti akan betanya semula apa beza mereka ini sedangkan perjuangan mereka sama dan mereka ini lebih mudah diterima dari kelompok muzik yang saya rasakan keras. maafkan saya, Saya bukan nak membanggakan mana-mana pihak, saya hormat kepada perjuangan mereka yang tahu apa itu rasa marah, dan sesuatu perjuangan bila saya rasa pengisian itu dibawa kejalan sesuai pasti akan diterima. Bila hati sudah tertutup untuk sedar, itu saja yang kita tak boleh nak lakukan apa-apa dan hanya mereka sendiri yang mampu mencari perubahan sendiri.

1 comment:

sonik-malam said...

lailo adalah seorang pengerak musik dak pemuitis yg hebat...
dengar kan alun melodinya serta liriknya...
pasti bawa kamu ke dunia lain...