Saya baru cakap pada entri yang lepas. Baru beberapa minit mesyuarat telah diadakan di syarikat saya tapi bukan kepada ketua-ketua bahagian tetapi kepada pekerja yang bekerja di ofis cawangan Kuala Lumpur sahaja. Memang betul dan nyata Pengarah urusan saya di syarikat ini meminta saya pergi ke latihan panggilan untuk masalah bekalan di sekolah-sekolah. Sedangkan itu bukan dalam skop kerja saya.
Dalam situasi ini saya sebagai pekerja tiada hak untuk mengatakan tidak dan secara am nya dia telah memaksa saya bekerja di tempat itu tanpa kerelaan hati saya sedangkan saya telah memberitahu masalah saya mengapa saya tidak boleh menerima tawaran itu. Dia secara terus memaksa saya untuk mengorbankan masa cuti saya pada hujung minggu ini sekaligus meranapkan segala harapan untuk berhibur. Bangsat.. ah Bangsat .. eeee Bangsatnya...
oh! tolonglah redakan kemarahan saya yang bercampur sedih. dah bertitis-titis air mata saya mengalir disebabkan saya tahu akan keperitan yang bakal saya lalui sepanjang 3 bulan ini. oh! tolong la..
p/s: Semoga kerja paksaan ini akan memberi ruang kepada saya untuk memperoleh kerja baru yang lebih baik.
2 comments:
adakah kamo ini saudara ajak pemberita kosmo?
oh tidak-tidak saya tak mengenali dia pun .. kenapa?
Post a Comment