Entri saya sebelum ni mungkin kebanyakannya menyatakan rasa kesal, kecewa, marah dan sakit hati. Mungkin juga untuk kali ini saya menyatakan rasa yang sama sekali lagi. Setiap hari ianya membuatkan saya rasa menyampah, meluat dan rasa mahu memaki sahaja orang disekeliling saya untuk setiap tindakan mereka, tetapi bukan semua ok!. Rasanya ini seperti lakonan yang bukan dari hati dan mungkin juga rasa dengki, iri hati atau tak puas hati yang sentiasa bertandang dihati masing-masing. Bukan saja di sekeliling saya malah yang hampir disekeliling saya atau yang bukan disekeliling saya juga samada yang tahu cerita akar umbinya ataupun yang bukan tahu sangat cerita akar umbinya. dah dah banyak lak mengomel.
Saya tak tahu kenapa kebanyakan tak suka gunakan akal. Mungkin saya tak sebagus kamu dan kamu yang diluar sana. Tetapi yang pastinya kebanyakan manusia sekarang suka menggunakan perasaan dari berfikir apakah baik buruk sebenarnya yang berada disekeliling kita dan mengapa baik dan buruk itu sentiasa berada dalam hidup kita. Kadangkala saya tak pasti samada kita ni bersyukur atau tidak apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Selalunya bila kita lihat situasi-situasi yang terdekat, yang jauh atau yang tak nampak oh! mimpi, biasanya bila menangani masalah, pasti menggunakan perasaan, mungkin!. Saya tak pasti tetapi serasa saya ianya pasti menggunakan perasaan bukan akal. Mungkin termasuk saya, tapi saya sudah mula belajar apa yang menyebabkan saya buang masa dengan semua yang mengikut perasan semata. Saya benar-benar kecewa dengan keadaan yang berlaku sekarang, rasa tertekan dan rasa mahu menangis dengan manusia yang ada akal tapi tak nak guna. Lagi-lagi hidup saya makin susah, oh!~mungkin juga saya sudah mula melupakan yang maha berkuasa. Hawa nafsu lebih mengatasi diri dari bersyukur dengan apa yang ada. Kebanyakannya membuat saya betul-betul rasa kecewa. Cuma buat masa ni saya tak ada rasa kecewa yang amat tentang cinta ye, semua tu dah buat saya rasakan hidup saya sia-sia selama ni dengan tidak berfikiran secara waras sewaktu saya mempunyai situasi seperti itu, Tetapi saya amat bersyukur tanpa pengalaman itu saya takkan mampu berfikir seperti ini.
Sebagai seorang ketua untuk satu kelompok, apa yang harus kamu buat jika dalam kelompok kamu mempunyai masalah yang kebanyakannya agak membingungkan dan memberi ketidakselesaan kepada kelompok kamu tidak kiralah dalam pekerjaan,penempatan atau sebagaiya.
Contohnya dalam situasi ini.
Kamu adalah ketua bahagian operasi mendapati permintaan diluar sana bertambah dalam produk keluaran syarikat kamu, katakanlah produk itu adalah roti. Kebanyakan pembuatan disyarikat itu menggunakan tenaga manusia dan hanya sedikit sahaja menggunakan barang yang berteknologi. Dalam masa yang sama syarikat kamu mahu meminimumkan masa, pekerja kamu tidak mampu membuat roti dalam masa yang telah ditetapkan dan mereka juga memerlukan rehat yang cukup agar kerja mereka lebih produktif seterusnya tidak menjejaskan hasil produk keluaran syarikat itu. Oleh itu pekerja dibahagian kamu telah mengadu dan mahu kamu memberitahu kepada pihak atasan sebagai wakil kepada mereka untuk membuat permintaan samada menambah perkerja ataupun menambah mesin untuk menghasilkan produk agar mengikut masa yang ditetapkan dan mempunyai kualiti yang lebih baik. Seperti yang kita tahu setiap syarikat ada waktu mensyuarat untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan syarikat samada masalah pekerja, bagaimana mahu menaikkan kualiti, bagaimana mahu mencapai keuntungan yang lebih atau apa sekalipun adalah didalam mesyuarat yang diadakan oleh setiap syarikat. Dengan itu setiap wakil bahagian harus menghadiri mensyuarat untuk membentangkan sesuatu ataupun memberitahu masalah disetiap bahagian untuk ditangani.
Dalam situasi diatas kamu mesti membayangkan mensyuarat yang agak formal dan ketua bahagian masing-masing akan membentangkan sesuatu dan mereka semua akan membuat kata putus untuk menyelesaikannya jika satu-satu keputusan itu memperolehi penyelesaian yang baik. Kamu juga merasakan seperti itu bukan?
Tapi situasi itu biasanya kita akan melihat disesebuah syarikat sahaja, berkemungkinan dalam situasi itu sahaja yang mereka rasakan ia lebih profesional dalam meningkat keuntungan, mengeluarkan produk yang berkualiti dan melahirkan pekerja yang lebih produktif. Ok, itu cuma manusia-manusia yang mahu syarikatnya berkembang dengan lebih baik ye. Keadaan-keadaan sebegini tak semestinya semua syarikat, tapi saya hanya melihat segelintir sahaja yang mahu berbuat demikian, yang lainnya bila bermesyuarat masing-masing mahu menghentam, nak memaki, nak marah.Syarikat saya pun sama, tapi kebanyakan berlaku dalam syarikat melayu. Maaf saya tak kata semua syarikat melayu, mungkin segelintir sahaja dan ianya termasuk syarikat yang saya bekerja. Mahu menggunakan pekerja yang ada dalam semua bahagian selagi boleh tanpa berfikir bagus untuk syarikat atau tidak. Kalau pekerja tak puas hati mula masalah timbul sampaikan ada cuba meromapak syarikat tempat mereka bekerja. oh! telajak kata pula saya. ok berbalik kepada cerita tadi.
Kamu semua bayangkan syarikat tuh adalah negara, Parlimen tu adalah tempat mensyuarat dan semua ketua bahagian dalam syarikat itu adalah menteri-menteri di dalam satu-satu bahagian tempat atau kawasan datang ke parlimen dengan cara yang perofesional membentangkan masalah yang dihadapi penduduk dan mencari jalan penyelesaian bersama-sama agar memberi impak kepada ekonomi dan keharmonian negara agar masyarkat tidak terlalu tertekan dan mereka boleh menjalankan aktiviti harian mereka dengan baik tanpa rasa ragu-ragu. Ini tidak, datang sana berbalah, membentangkan isu yang tidak terlalu penting dan menyebabkan berlaku pertengkaran yang saya rasa membuang masa, membuat perasaan lebih letih dan tidak dapat menyelesaikan apa-apa dengan baik. Apa yang kamu semua dapat dalam perbincangan yang kamu rasa kononya ia memberi kebaikan? saya mungkin salahkan semua dalam mesyuarat itu kerana kebanyakannya hanya mementingkan diri sendiri dan membiarkan rasa amarah itu lahir dari hati masing-masing. Disebabkan itu lah kekecewaan itu berlaku dan seterusnya ianya seolah-olah adalah punca menyebabkan anarki. Itu mungkin.
Apa yang saya boleh buat. Saya perlu lebihkan masa berfikir bagaimana untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik dan matang dalam menangani satu-satu situasi yang berlaku keatas saya. Disamping memberi kebaikan dan ketenangan pada diri saya agar saya tidak merasa kecewa.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment