Friday, April 2, 2010

Bila suka bersangka buruk..


Makin hari jiwa rasa makin meluat, apa orang kata tuh "annoyed.." "annoying.." huh... bila hati dah hari-hari melihat keburukan orang lain tanpa ada sifat positif untuk melahirkan rasa bahawa sesuatu perkara yang dilakukan itu bersebab, mungkin hati itu dah tak mahu menerima kebaikan walaupun kebaikan itu dah nyata di depan mata. itulah bahana bila suka bersangka buruk iye tak?Biasalah kalau dah "prejudis" baik macam mana pun memang tak la nampak baik. Macam mana pula hati orang yang hari-hari kene dengar orang lain maki dan mendengar pertuduhan-pertuduhan dari seseorang kepada seseorang yang lain tanpa ada bukti yang sahih?

situasi 1:

Macam biasa kamu ada dalam syarikat orang lain, kamu di tugaskan disitu di sebabkan kamu terpaksa pegang projek yang lagi setahun nak habis.. dalam keadaan itu kamu terpaksa memastikan tugasan jurteknik- juruteknik kamu berjalan dengan baik. dan kamu tahu juruteknik- juruteknik kamu itu tahu asas untuk membaik pulih komputer. masakan tak tahu asaskan? kalau tak tahu cemana boleh jadik juruteknikkan? mungkin ada satu masa, juruteknik kamu tu pergi mengulau.. ada masanya kerani sistem tak sempat nak update report dalam sistem dan kadang-kadang juruteknik kamu tak datang tepat ke sekolah mengikut tarikh yang telah dijanjikan. Kamu juga tahu keadaan yang sukar bila dari Johor Bahru Nak pergi ke Pontian atau Batu Pahat mengambil masa berapa lama, lagi-lagi di kawasan pendalaman. Tentu-tentu lari dari tarikh yang dijanjikan. bukan 1 dua tempat kene pergi ,kadang-kadang hampir 10 ke 20 tempat kene pergi.. terpaksala "extend".

Kadang-kadang kerani sistem dan juruteknik kamu tu tak ada niat pun nak mengulau tapi disebabkan kerosakan terlalu banyak berpunca dari "peralatan teknologi yang canggih sangat" tuh cepat sangat rosak menyebabkan elok-elok tak pening nak "handle" perkara-perkara macam ni jadi nak terbalahak sampai pengsan. Elok-elok kerani dapat rehat terus tak dapat rehat ,kadang-kadang kene kerja sampai malam, sampai yang jenis tak tahan drg tipu amek MC rehat, elok-elok technician boleh datang ke sekolah sampai tepat pada masa, mengikut susunan yang sistematik terus tak nak pergi dan berkata " minum kopi kat warung pak mat lagi baik". Semua punca disebabkan bila menuduh yang mereka ni tak buat kerja.. bila sampai situasi di tempat kerja kamu, kamu tentu-tentu tahu juruteknik dan kerani sistem kamu tu sebenarnya buat kerja lagi-lagi kalau kamu memang pernah ada pengalaman untuk kerja-kerja yang mereka buat sebelum ni, lagi la kamu faham keadaan yang sebenarnya..

Bila kamu dengar orang yang bukan pekerja syarikat kamu kata " diorang ni penipula .. drg bukan datang sekolah, macam lak'anat" .." dorang ni buat kerja tak betulla, kenapa bodoh sangat dia ni" .. "drg ni kalau tak tahu asas memang bodoh sangatla tuh" boleh tak jangan nak maki depan aku? " boleh tak? dia tak tahu apa kamu rasa dan kamu buat .. dia tahu mengarah dan taip report je.. tiba-tiba nak maki hamun macam dia sorang je buat kerja. Kalau setakat "presure" kena maki dengan cikgu, disebabkan tu salah je semua kene pada juruteknik dan kerani sistem.. bukan nak cek dulu masalah yang dihadapi sebelum nak tuduh, sikit-sikit cakap bodoh, sikit-sikit celaka, kadang-kadang guru yang buat report, letak je ganggang terus maki celaka la , maki lak'anat la.. kadang-kadang kita tahu bukan senang nak hadap situasi tu ,sekali sekala ada juga perasaan nak maki hamun tu kan .. tapi kalau hari-hari nak maki, nak jadi apa kau ni? bila kamu yang dengar hari-hari pun rasa nak maki balik orang yang asyik tau nak maki orang tu je.. bayangkanla kamu hadap orang macam ni dan kamu terpaksa dengar dia maki juruteknik dan kerani sistem kamu dan kamu rasa agak malu bila hari-hari kamu dengar dia asyik maki "customer" yang buat report tu. Sekarang ni ada orang baru masuk tempat ni dan awal-awal dia telah didedahkan dengan makian serta cemuhan apa yang kamu rasa kalau kamu adalah orang baru? kalau saya " Ish poyo nye..drg ni.."

Kamu rasalah kalau adalah situasi macam tu dalam hidup kamu, samada kamu akan terlibat sama atau kamu akan jadi benci dan rasa meluat dengan orang yang suka menuduh itu.. kalau tipikal "attitude" kebanyakan orang memang suka mengutuk atau pandang keburukan orang lain, dan merelakan diri dia untuk menyertai orang-orang yang saya sebutkan tadi.. betul tak ,apa yang saya cakap? sebab saya pun pernah alami keadaan tu.. tipu la kalau kita tak pernah alaminya kan? =D cuma kesedaran tu bila akan tiba je kan?

cuba bayangkan juga kamu dah banyak kali melalui perkara seperti ini , dan cuba untuk mengelak supaya perkara tersebut tidak berulang lagi dalam diri kamu.. apa yang mungkin kamu rasakan saat ini? mungkin benci ,meluat dan rasa yang macam " haih lebih baik aku bla dari sini.." dari berada dalam tempat yang penuh kebusukan hati.. tapi disebabkan kamu dah terpaksa berada di situ nak tak nak kamu terpaksalah tadah atau pekakkan telinga dengan headphone.. kalau tak pasang sesuatu dalam telinga jangan nak tipu la kamu tak boleh dengar orang yang memaki-maki sambil menuduh-nuduh orang lain tuh.. "pantry" sebelah pun boleh dengar inikan kamu yang duduk sebelah dia kan?

situasi 2:

Bila kamu tahu kawan kerja kamu kata, "maki je orang yang penting kamu rasa kamu baik". Rasa nak pijak je otak dia ni bila keluar nanah busuk. tolongla jangan fikir macam tu.. mengata orang pum pam pum pam .. cakap teruk la perangai dia.. tak baik la perangai dia. dia suka main game masa kerja. kutuk dia kawan suami orang , sampai nak meletup anak tekak masa bercerita ingat baik ke tuh? kawan kamu kata (statement ye..)yang penting ikhlas, tengok diri sendiri la wei, cukupla sikap mengata belakang tu dah nampak kamu seorang yang tak baik..

Saya pasti kamu ada dalam situasi yang hampir sama.. masih banyak lagi cik kiah-cik kiah kat tempat-tempat kerja ni rupanya.. bila hati dah tekad tak nak jadi orang macam tuh lagi kamu akan sedar makin dekatlah benda-benda yang macam tu datang dalam hidup kamu. Apa yang penting untuk diri kita pada waktu ini cari punca dan larikan diri kamu dari situasi yang buat kamu terpanggil semula kepada situasi yang semacam itu. Syaitan bila kita nak buat baik jangan harap dia nak bagi peluang.... lebih baik senyap dari bercakap sebab supaya orang takkan bezakan sikap dengan cara..

p/s: maaf la kalau terkasar tapi telinga ni dah bernanah dah. nak dapat headphone pinjam pun susah haih~

No comments: