Saturday, December 12, 2009

Bila orang dah tak sukakan kita..



Kamu tentu tahu dalam hidup kita bila ada orang yang tak suka kita. Apa-apa pun kita harus terima.

Yang pertama kita tgk apa yang ada dalam diri kita yang buat orang lain tak suka dengan kita. Kalau kamu dah tahu kamu tu manusia jangan nak pertikai yang kita ni tak pernah buat salah, mungkin sebab yang jelas adalah disebabkan kita punya kesilapan yang kita tak pasti bila masa kita buat, tak nampak atau sengaja tak nampak kita perlu tahu bagaimana nak memperbaiki diri sendiri untuk tidak menjadi keterlaluan dan membuatkan orang akan menjadi lebih meluat terhadap diri kita ni. Saya tengah memperbaiki walaupun dah terlalu banyak untuk di perbaiki salah masih nampak ketara walaupun cuba berubah.. saya masih berubah , masih cuba untuk berubah ...

Yang keduanya kalau orang tuh dah betul-betul tak suka , bagaimana cara pun dia takkan terima , bertukar rupa , bertukar cara atau bertukar rasa, yang pasti tolong jangan jadi orang lain , tolong jangan buat sesuatu yang bukan ada dalam diri sendiri, sebab bila kita nak jadi orang lain sangat kita akan nampak seperti orang bodoh.. jadi.. kalau diorang dah tak suka jangan dipaksa untuk kita lebih menimbulkan rasa tidak senang dalam kehidupan orang yang tak sukakan kita tu.. jangan sekali-kali merayu , memaksa atau bertindak diluar kemampuan kita .. jika tidak, sesuatu perkara tersebutlah akan menyebabkan kita lebih tidak disukai oleh orang yang memang tak menyukai kita malah mereka akan lebih merasakan meluat dan benci terhadap kita..

Walaupun rasa itu berat cubalah jadi orang yang tak sukakan kita tu, bayangkan kamu dalam keadaan dia, kamu tak menyukai seseorang dan mereka berbuat sesuatu untuk kita menyukai dia , mungkin rasa meluat dan benci itu timbul dalam diri kita kerana bila kita dah tak suka dia, lagi dia nak kacau hidup kita!! pernah tak kamu rasa macam tu?? pasti pernah bukan? sekejap atau lama atau sampai akhir hayat, kita perlu ingat kita tak perlu berusaha lebih dari kemampuan kita untuk mereka menyukai kita, sekurang-kurangnya berikan masa pada mereka, jika mereka masih berkeadaan itu maafkan dia dan buang dia dalam hidup kita sejauh-jauhnya kerana rasa itu akan menjejaskan kehidupan yang akan kita teruskan, jika perkara itu menjadi sebaliknya berkawanlah dengan seikhlas-ikhlasnya.. Cuba dengan sedaya upaya, rasa sakit itu hanya sementara dan sakit itu akan hilang bila kita menjadi orang yang tabah menghadapi dugaan, berbeza dengan ketabahan yang tak mahu dibina oleh orang yang mahu merosakkan kehidupannya sendiri..


Seperti pakar motivasi saya rasakan sekarang, tetapi motivasi ini perlu berjalan dalam kehidupan kita, kita takkan terlepas dari keadaan begitu ,dengan sifat positif yang perlu kita wujudkan kita mampu menjadikan kehidupan kita lebih baik dan bahagia.. InsyaAllah.

P/S: Jika orang lain tiada masih ada lagi pengganti yang menggantikan dia. tetapi tidak pula kepada yang Esa dia tetap satu dan hanya dia yang kita ada..

5 comments:

Sunshine in the morning said...

salam sis..

baca tajuk saja boleh buat terkedu
hati manusia kita tak boleh nak agak..
suka atau tidak itu kehendak masing2
mmg xboleh dihalang..
orang dah tak sukakan kita
nak wat macam mana kan..
angkat kaki sajalah..
huhu

♥FitzDella♥ said...

=)

Madu Warna Biru said...

Salam sunshine

memang lumrah pasti ada yang tak suka sedikit atau banyak cuma kita tak tahu samada kita mahu menerima atau tak mahu menerima .. kalau kita orang yang menerima tentu kita tahu ada kebaikannya sesuatu yang terjadi atas diri kita.. bijak gunakan situasi untuk kita tangani masalah jika terjadi atas diri kita tak gitu..

Salam tara iris

Terima kasih atas bacaan kamu ya..:D

CITY® said...

kalo org dah tak suka kita
kita harus terima dan pergi

heeeeeeeeeeeeeee

Anonymous said...

sesungguhnya saya setuju ngan ape yang dinyatakan ianya adalah benar tiada yang benar melainkan benar belaka