Semalam saya ke pra-tonton KAMI The Movie. Fuh!mungkin ini kali pertama saya menghadiri satu pra-tonton yang memang saya minat filemnya. Bukan seperti KL Drift atau KL Menjerit ye. Dalam waktu yang sama saya tergolong dalam golongan manusia-manusia yang berkelas tinggi dan Glamour, oh mungkin!,saya hanya berbaju-T, Berseluar jeans tapi bukan skinny jeans ye dan juga selipar jepun pada masa itu. Saya dijemput hanya kebetulan haha..bukanlah penting sangat pun saya ni disebabkan rakan seperjuangan tak dapat nak hadirkan diri dan saya harus mewakilkannya.. Memang saya nak pergi pun sebenarnya.
Mungkin ada pandangan sesetengah pihak cerita ini biasa. Sebelum ni saya ada dengar komen-komen dari orang yang tak berapa sukakan filem yang tidak kritikal. Mereka lebih sukakan filem yang banyak berfikir dan disebabkan saya bercampur dengan mereka kebenarannya memang wujud dalam kelompok masyarakat kita.
Tetapi jika kita berfikir secara positif banyak yang boleh diambil sebagai satu rujukan dalam kehidupan kita. Masyarakat kita pun harus diberi satu ruang untuk banyak berfikir dan sebagai permulaan kita perlu tertumpu kepada filem seperti ini yang lebih kepada golongan remaja masa kini yang mungkin telah di sekat dari pemikiran kritikal. Ia mungkin adalah penyebab kenapa kita tak boleh nak salahkan golongan remaja ini 100% kalau mereka tak berapa minat dengan filem-filem kritikal. Ini mungkin satu permulaan untuk kita lebih banyak berfikir dari skrip yang telah mereka buat dan cara mereka menonjolkan watak mereka dalam filem ini. Kebanyakan kita pun malas nak berfikir kalau filem tu terlampau kritikal betul tak? saya tak salahkan pembuat filem itu tetapi filem ini sedikit sebanyak mengajar golongan remaja ini lebih banyak berfikir dari menontonnya sahaja. oh! itu mungkin pendapat saya sahaja tetapi saya melihat ianya dari sudut yang berlainan.
Wujudnya satu ikatan persahabatan yang kuat. Saya amat terharu dalam satu babak dalam filem ini kita bukan sekadar mengatakan dia itu kawan tetapi sahabat. Kamu akan merasakan itu juga jika kamu benar-benar menghayati. Jika kamu nak tahu ulasan lebih ,kamu masuk ke Melayu Minimalis, dia ada mengulas filem ini serba sedikit. Tak sangka pula dia datang semalam. Kalau tidak dah tentu saya akan perhatikan setiap kasut yang hadir ke pra-tonton itu, lagipun saya tak nak bercerita panjang, hanya berkongsi keseronokan semalam kerana saya adalah diantara orang yang terawal menonton filem tersebut. Best babe!
Kamu tengok filem ni dulu. Kamu pasti rasa apa yang saya rasa sekarang :D
4 comments:
wah! dh tgk film KAMI ke? so how was it? best x soundtrack film ni??
please comment about it okay...
aah dah tengok... best la jugak sebab b4 ni tengok series KAMI kat 8tv.. yang pasti kita kene dengar apa yang drg sebut dan cakap kita compare ngan life kita .. ada pengisian dan maksud sebenarnya.. even ada yang memperkotak katik kan film ni macam budak-budak tapi pengisian tuh sebenarnya yang perlu kita ambil. kadang-kadang tak paham kat diorang ni cerita kritikal pun payah nak paham cite yang mudah macam ni kutuk-kutuk tapi msg yang dia sampaikan langsung tak masuk otak.. haih!
biase la tu...manusia kan xpenah puas ngan ape yg ade...lebih baik cite camni dari cite yg kdg2 quality nye tiggi tp xde moral values utk disampaikan...
mmg cite ni cite remaja...tp kita kene ingat kita juga mengharungi fasa remaja yg xkurang beza dgn mereka...cube hayati betul2 ek...
jangan lupa tengok ok.. ada lagustargazer jugak tau ! :D
Post a Comment