Wednesday, July 1, 2009

What You Give You Get Back..

"What you give you get back...." Bila saya sebut pekataan tu mesti saya nak sebut sambil melagukan ayat tersebut, mungkin dalam hidup kamu juga ada terselit kemungkinan perkara tu berlaku. Kalau bukan kamu yang merasakannya mungkin kamu akan nampak apa yang orang keliling kamu buat dan pernah terkena balik pada mereka semula. Pada entri -entri sebelum ni saya banyak juga membebel tentang situasi dalam pejabat saya, mungkin disebabkan tekanan, saya menulis dengan rasa geram untuk orang yang buat saya betul-betul bengang. Pada tahap kesabaran saya hampir hilang, saya telah pun berdoa dia mati kene langgar .. haih nasib la, sebab masa tu saya dah marah sangat kan.

Kalau kamu perasan pada entri-entri sebelum ini saya banyak bicarakan rasa kekesalan dan rasa kurang senang dari pihak atasan yang tahu nak memerintah je, yang hanya tahu nak fikirkan rasa mudah pada posisi kerja mereka dan suka menyalahkan orang bawahan mereka tentang sesuatu kerja atau perkara, sedangkan kesilapan itu datangnya dari diri mereka sendiri. Selagi boleh nak dilakukan orang bawahan macam robot mesti dia buat , cuba la tegur kesalahan dia mesti dia “reject” kamu awal-awal. Haih ! main game sikit mesti dipersalahkan bukan main game masa banyak kerja pun. Nak bagi hilang “ Tension “ je kan.. Lagi-lagi kalau dia tak sukakan kamu misalannya, selagi boleh dia akan buat kamu rasa tekanan dan cari kesalahan kamu selagi boleh, sampai kamu sendiri nak minta tukar bahagian. Pasti kamu fikir masa tuh apa lah nasib kamu kan?

Kadang-kadang kita tak tahu waktu bila balasan perbuatan kita akan kita dapat semula, Samada baik atau sebaliknya. Samada Tuhan nak bagi kita akibatnya sekarang atau nanti-nanti.. Bila saya mula sedar orang yang saya marahkan sebelum ni tiba-tiba jadi baik, tiba-tiba “cover line” saya bila report saya tak memenuhi kehendak sebenar semasa mesyuarat. Tiba-tiba cuba membantu kerja yang susah nak diselesaikan oleh pekerja bawahan dia. Tiba-tiba tak kisah kalau orang lain cuti, “MC” , atau datang lambat , Tiba-tiba banyak bercakap dan tak terasa hati pun bila orang lain bergurau kasar dengan dia. Dan tiba-tiba boleh minta maaf bila dia “push” orang lain buat kerja.. banyak betul tiba-tiba kan?

Haa dan kalau kamu nak tahu rupa-rupanya… ada bos baru yang dah ganti dia. Dia dah sama tahap kerja macam pekerja-pekerja bawahan dia dulu, Apa yang dia pernah buat pada semua pekerja bawahan dia dulu dia kena balik dengan bos baru dia. Kalau kamu nak tahu juga dia paling banyak hari tak datang kerja dan selalu “MC” . Nasib baik dia jenis sedar cepat kalau tak memang tak paham la jenis perangai apa manusia macam dia tu..

Kesimpulannya kenapa kita digalakkan berbuat baik dan selalu tanamkan niat ikhlas dalam hati.?Sebab kita tak tahu apa yang kita buat, baik atau buruk kita pasti mendapat balasan atau akibat yang ntah macam manalah kelak, Cuma lambat atau cepat je benda tu kita terima.. Adeh~ saya perlu sedar dari sekarang sebab saya dah cuba mendoakan dia mati kene langgar.. nanti saya pula di niatkan oleh orang lain dengan niat yang sama macam tu.. erkk~

Pesan untuk diri sendiri: “ tolong buat baik yer.. buat niat yang baik-baik pasti kamu akan dapat balasan yang baik-baik juga..=D”

4 comments:

Si Penanya (?) said...

abah bilang,

"ikhlas itu kunci kemudahan dalam hidup"

p/s; abis tu orang tu dia kerja jadi apa? standard akak ke?

Madu Warna Biru said...

uik.. lajunya .. baru edit .. hek hek..

tuh la kene ikhlas kalau buatpape kan.. orang tuh kerja sama je ngan orang lain cuma dia masih diberi kepercayaan jadi leader untuk apa-apa kerja yang kene guna ramai orang tapi kalau kitorang tak ley buat dia kene pk cemana nak settlekan sebab bos baru lagi kerek dari dia, kalau dia salah dia lah yang kene... fuh..

Stay Sane Mama said...

hidup mcm roda.hehe

EoL said...

nama lagi bos..pernah aku terlihat iklan yang boleh ditujukan kepada masyarakat yg bergelar orang atasan atau boss..iaitu satu brand "BABBIBOSS"..mujurla bos aku xsampai tahap brand tu..cuma yg boleh dikategroikan brand tu ialah orang atasan lain..yg pernah jmpa.